Perlu Ke Unlimited Storage Hosting Untuk WordPress Anda?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Antara Iklan Pop Up atau Tidak” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah menjawab soalan yang menarik tentang keperluan Unlimited Storage Hosting yang menjadi persoalan ramai Blogger. Semuga tajuk yang menarik ini dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

Jawapan pendek saya – TAK PERLU

Unlimited storage hosting yang dimaksudkan ni adalah akaun hosting yang tidak mempunyai had dari segi ruang simpanan data. Kepada yang masih menggunakan Blogger/Blogspot, hosting anda ditaja oleh Google, jadi anda tidak perlu fikir tentang semua ini. Tapi kalau nak berpindah ke WordPress, anda memerlukan sebuah akaun hosting untuk kegunaan simpanan fail (gambar, html, css dsb.) dan WordPress itu sendiri.

Serverfreak baru sahaja upgrade plan mereka

Apa yang lebih penting ialah untuk kita mengelakkan diri daripada menggunakan pakej hosting yang menawarkan unlimited storage. Hal ini adalah untuk mengelakkan risiko-risiko lain yang datang dengan kelebihan unlimited storage tersebut.

Antara risiko yang dimaksudkan ialah:

  1. Unlimited storage membolehkan pengguna lain meletakkan seberapa banyak yang mungkin laman web mereka dalam server yang sama. Ini meninggikan risiko jangkitan malware yang seterusnya mengancam keselamatan WordPress site anda.
  2. Pengguna lain yang menyalahgunakan storage (untuk kegunaan laman torrent misalnya) berisiko mendapat serangan penggodam (hackers). Laman web lain yang disimpan di dalam server yang sama akan turut terjejas daripada serangan ini.
  3. Hardware yang digunakan oleh server dengan unlimited storage ini berkemungkinan besar adalah berkualiti rendah dan lama untuk menjimatkan kos mereka memberikan kelebihan unlimited storage. Dalam hal ini, pengguna menghadapi risiko hardware failure.

Kepada yang ingin berpindah dari Blogger/Blogspot ke WordPress, saya cadangkan anda memilih salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan hosting ini (termasuk Serverfreak). Link

Pemilihan hosting ini penting untuk mengelakkan pening yang berpanjangan nanti.

Jangan salah pilih ok?

 


Spread the love

99 Comments

  1. Salam! Azie baru jer pindah dari Blogspot.com Kepada Dot.com dan sekarang guna Serverfreak. Banyak kena Learn lagi. Harap ada yang sudi memberi tunjuk ajar.

  2. Selaku salah seorang pengusaha web hosting… Memang bersetuju dengan artikel ni… Unlimited shared hosting ini hanyalah tawaran yang kebanyakannya hanya omongan kosong…

    Namun perlu diingat… Ada juga penyedia perkhidmatan seperti amazon yang menyediakan storage yang besar dengan teknologi yang baik.

    Apapun apabila telah mencapai tahap web yang besar… Pembahagian server untuk simpanan database, media server untuk gambar dan lain-lain di samping dns server yang baik adalah lebih baik jika dibandingkan dengan menggunakan shared hosting semata-mata…
    Curahan rasa Eizil @ ..Indahnya berbulan maduMy Profile

  3. Saya menggunakan perkhidmatan Exabytes…dengan hosting permulaan sebanyak 5gb monthly bandwith dan 2gb hosting storage dengan kos lebih kurang seratus ringgit setahun saja. Kira-kira lapan bulan bandwith dah exceed limit jadi saya bertukar kepada pakej pertengahan dengan 50gb monthly bandwith dan 10Gb hosting sotrage. Sehingga sekarang masih releven untuk saya. Jika memerlukan seterusnya mungkin saya akan memilih dedicated server hosting kerana ia lebih selamat dan tidak diganggu oleh orang lain. Namun yang membataskan pilihan saya itu ialah kos nya mungkin tinggi berbanding hosting pakej yang lain.
    Curahan rasa Syarih @ ..Teknik Paling Cepat Tingkatkan Pagerank Blog Anda,My Profile

  4. Hosting unlimited nih lagi pening nak jaga. Better kalau yang baru berkecimping dengan blogging, boleh try dulu yang limited. Bila dah kukuh hosting, aliran trafik keluar masuk mencanak-canak, baru le fikir nama tukar yang unlimited atau tak?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!