“Rindu Geng Tabligh”, Luahan seorang frontliner apabila menjaga kluster terbaru yang lebih ‘demand’

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Sudah hampir dua bulan petugas barisan hadapan (frontliner) kita bertungkus-lumus tanpa mengenal penat dan lelah mengendalikan kes membabitkan Covid-19.

Ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat berjumpa keluarga, tertidur kepenatan, bahkan khidmat mereka ini sangatlah besar kerana terpaksa berhadapan dengan risiko mendapat jangkitan wabak ini setiap hari ketika bertugas.

Kemuliaan menyelamatkan nyawa

Kemuliaan tugas mereka dipandang tinggi di sisi Islam. Dalam Al-Quran, Allah SWT memberikan kepada kita bayangan bahawa tugas menyelamatkan nyawa seumpama menyelamatkan nyawa seluruh manusia.

Luahan seorang Doktor yang menjaga pesakit kluster terbaru

Di samping itu, para petugas kesihatan juga terpaksa melayan pelbagai kerenah pesakit yang berbeza-beza setiap hari. Ini adalah perkongsian daripada Mohd Afiq di Facebook beliau tentang pengalamannya menjaga pesakit dari kluster terbaru yang sangat berbeza dengan kluster tabligh sebelum ini.

Yang hebatnya perkongsian beliau telah mendapat perhatian rakyat Malaysia tidak sampai satu hari dimuatnaik.

Rindu Pada Geng Tabligh

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..

Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Kluster baru lebih ‘demand’

Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu..

Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..

Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..

Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.

Rindu geng tabligh.

Perkongsian beliau telah mendapat 23 ribu perkongsian dan 5 ribu komen. Malah, netizen juga turut bersetuju dengan apa yang telah dikongsikan ini. Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak covid-19 dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Mohd Afiq


Spread the love

7 Comments

  1. Bertabahlah wahai wira2 negara, sesungguhnya begitulah sifat manusia yg bodoh sombong & bongkak, tatkala ajal menjemput sampai ke halqum mereka barulah mereka ingin kembali kpd Allah.

    Frontliner pun punyai hati dan perasaan sepertimana orang lain juga.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!