Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai seorang blogger, perisian atau peralatan untuk melihat statistik pelawat blog kita pastinya sudah tidak asing lagi. Pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk merekod statistik trafik ini, antaranya menggunakan perisian yang siap sedia di pasang dalam cPanel kita seperti awstats, webanalyzer, analog stats, atau perisian pihak ketiga seperti google analytics, clicky, woopra, histats, atau peralatan yang kita boleh tambah seperti plugin jetpack untuk WordPress dan seumpamanya.
Namun begitu, adakah kita menggunakan semua peralatan yang merekod statistik pelawat dan trafik blog kita sebaiknya?
Lazimnya, ramai Rakan Blogger hanya melihat berapa banyak unique visitors, bounce rate atau jumlah halaman yang dibuka. Inipun kebanyakannya berpunca kerana memenuhi kehendak pengiklan semata-mata. Jika anda benar-benar ingin meningkatkan kualiti blog anda, gunakanlah data-data dari perisian statistik ini tadi untuk memperbaiki atau menambah baik artikel-artikel atau strategi yang anda telah atur.
[box type=”shadow”]
Google Analytics adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google untuk menjana statistik terperinci tentang trafik laman web dan sumber lalu lintas dan langkah-langkah penukaran dan jualan.
[/box]
Kita ambil contoh Google Analytics sebagai alat untuk kita mengukur sumber lalu lintas blog kita. Jika anda masih belum mempunyai akaun Google Analytics, anda boleh daftar akaun versi percuma atau berbayar untuk blog anda. Google Analytics ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh membantu kita untuk merangka strategi bagaimana untuk meningkatkan trafik kita atau untuk melariskan jualan (terutama kepada blogger yang mempunyai blogshop).
Salah satu yang boleh memberikan anda maklum balas menarik adalah Intelligence Events. Fungsi ini akan memberikan anda statistik penting seperti contoh sekiranya ada trafik yang luar biasa tinggi dari kebiasaan dan seumpamanya. Perkara ini dapat membantu anda mengenalpasti sekiranya ada blog lain atau aktiviti yang menyebabkan trafik anda meningkat tinggi, dan sekiranya anda boleh mengenalpasti perkara tersebut. Antara kemungkinan yang boleh dibuat adalah usahasama dengan empunya blog yang menyebabkan trafik anda naik tadi untuk membuat jualan bersama atau perkara lain yang boleh mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”264″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-analytics-overview.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”264″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-analytics-visit-vs-pageviews.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”264″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-analytics-real-time-statistik.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Selain itu, fungsi Real Time Overview membolehkan anda melihat trend semasa pelawat blog anda. Ini membolehkan anda melihat artikel yang sedang dibaca oleh pelawat, dari mana sumber trafik sekiranya ianya merupakan hasil dari referal dari laman lain. Melihat taburan lokasi pelawat yang sedang membaca blog anda dan banyak lagi.
Semua data ini adalah berharga jika anda menggunakannya dengan baik, ianya boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan sekiranya dianalisa dengan betul. Anda boleh mengetahui selera atau budaya pembaca daripada taburan lokasi yang membolehkan anda membuat jualan atau perancangan pemasaran affiliate yang lebih jitu dan terus sampai ke target market yang sepatutnya.
“Yang ditunggu sudah tiba Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu”
Semoga selepas ini, anda semua akan mengambil berat dan cuba menggunakan perisian-perisian ini dengan lebih baik. Untuk belajar lebih lanjut bagus juga join Kelas Pengurusan Blog Master anjuran Akademi Denaihati Network. Banyak lagi ilmu lain pengurusan blog akan dikongsikan untuk menjadi anda Top Blogger yang boleh buat duit dengan blog.
No related posts.
53 Comments
baru daftar dengan google analytic nie, mula2x nampak macam blur skit, tpi skrang faham skitlah walaupun tak semua.
Curahan rasa adarain @ ..Animasi Tempatan Dulu Dan Kini
Google Analytics memang berguna jika kita ingin lihat performance blog kita dari segi trafik dan pelawat secara berkala
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #66
Alhamdulillah,….. Saya juga mulai mengenal Google Analytics dari entri di denaihati.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Lirik Lagu ‘ KekasihMu’ Fatin Shidqia Lubis
Terima kasih banyak untuk sharing ilmunya yang sangat bermanfaat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Lirik Lagu ‘ KekasihMu’ Fatin Shidqia Lubis
nice sharing.. google analytics memang penting untuk mengetahui progress blog kita dari semasa ke semasa..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Ramalanku Benar Belaka 2013
Terima kasih di atas perkongsian info… Google Analytics memang terbaik, untuk mengetahui statistik pengunjung blog kita… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Mudahnya Dengan Pemanggang Ajaib
Selalu jugak chek..
Curahan rasa weschairs @ ..Kisah Pahlawan Neraka
Terima kasih perkongsian tips ini DH. Dapat saya belajar tips ini di sini.
buat masa sekarang target untuk menurun Alexa kepada angka bawah 100k…lepas dapat baru nak buat target lain pula.
Curahan rasa kakiblog @ ..7 Tips Mudah Mengenali Blogger Yang Aktif
Ikut tips turunkan alexa kat blog ni in shaa Allah boleh turunkan bawah 100k tu.
terima kasih bro atas panduan tersebut..tengah berusaha ini.
Curahan rasa kakiblog @ ..Senarai 25 Blog Yang Aktif Untuk Blogwalking
Sy memang selalu tengok pasal statistiks nie. Bounce rate jumlah trafik sy tak tengok sangat.
For me, statistik nie membantu sy mengenal pasti sumber dari mana hits yg sy dapat untuk setiap jualan produk affiliate yg sy promote.
Kalau ade yg kurang boleh sy baiki. Skrg gune Google Analytics dan GetClicky je.
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-24 Dari Jobdirumah
Dulu selalu usha dekat google analytic. Sekarang nie slow sikit sebab nak fokus pada penulisan yang lebih personal yang dekat dengan diri…
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Uji Bakat Over The Top Musim Ke-2 Bersama Kelab Simpanan Cheeky MBSB
saya kurang ambil berat statistik..
terima kasih atas perkongsian maklumat
Curahan rasa Mus @ ..Wordless Wednesday: Pak Cik
Masih banyak kena belajar, sebab saya ni empty dlam bab2 macam ni.
Memang guna GA untuk tengok pelawat disamping cpanel dan nuffnang tetapi amat jarang login..
Curahan rasa hatiputera @ ..Wordless Wednesday – Cashout Nuffnang
selalu kalau log masuk google analytic just semak unik visitor dan seangkatanya saja….. untuk fungsi2 lain tak berapa nak faham… 🙂
Banyak fungsinya antaranya kita boleh tahu mana keywords dan entri yg jadi landing trafik paling banyak. Dari statistik ini kita boleh merancang entri dan keyword yg boleh fokus utk up kan organik trafik.
Curahan rasa denaihati @ ..Aqiqah Ramadan di Kemboja
Masih belajar memahami data yang ada didalam Google Webmaster. Terutama Google Search Queries .
Curahan rasa akubiomed @ ..Juadah berbuka pilihan bulan Ramadhan
Untuk statistik trafik blog guna Google Analytics. Kita boleh lihat trafik datang daripada berbagai sumber dan berbagai keywords.
Curahan rasa denaihati @ ..Buat Duit Dengan Blog
Comments are closed.