Pentingnya pengurusan perisian statistik

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai seorang blogger, perisian atau peralatan untuk melihat statistik pelawat blog kita pastinya sudah tidak asing lagi. Pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk merekod statistik trafik ini, antaranya menggunakan perisian yang siap sedia di pasang dalam cPanel kita seperti awstats, webanalyzer, analog stats, atau perisian pihak ketiga seperti google analytics, clicky, woopra, histats, atau peralatan yang kita boleh tambah seperti plugin jetpack untuk WordPress dan seumpamanya.

Namun begitu, adakah kita menggunakan semua peralatan yang merekod statistik pelawat dan trafik blog kita sebaiknya?

Lazimnya, ramai Rakan Blogger hanya melihat berapa banyak unique visitors, bounce rate atau jumlah halaman yang dibuka. Inipun kebanyakannya berpunca kerana memenuhi kehendak pengiklan semata-mata. Jika anda benar-benar ingin meningkatkan kualiti blog anda, gunakanlah data-data dari perisian statistik ini tadi untuk memperbaiki atau menambah baik artikel-artikel atau strategi yang anda telah atur.

[box type=”shadow”]
Google Analytics adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google untuk menjana statistik terperinci tentang trafik laman web dan sumber lalu lintas dan langkah-langkah penukaran dan jualan.
[/box]

Kita ambil contoh Google Analytics sebagai alat untuk kita mengukur sumber lalu lintas blog kita. Jika anda masih belum mempunyai akaun Google Analytics, anda boleh daftar akaun versi percuma atau berbayar untuk blog anda. Google Analytics ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh membantu kita untuk merangka strategi bagaimana untuk meningkatkan trafik kita atau untuk melariskan jualan (terutama kepada blogger yang mempunyai blogshop).

Salah satu yang boleh memberikan anda maklum balas menarik adalah Intelligence Events. Fungsi ini akan memberikan anda statistik penting seperti contoh sekiranya ada trafik yang luar biasa tinggi dari kebiasaan dan seumpamanya. Perkara ini dapat membantu anda mengenalpasti sekiranya ada blog lain atau aktiviti yang menyebabkan trafik anda meningkat tinggi, dan sekiranya anda boleh mengenalpasti perkara tersebut. Antara kemungkinan yang boleh dibuat adalah usahasama dengan empunya blog yang menyebabkan trafik anda naik tadi untuk membuat jualan bersama atau perkara lain yang boleh mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”264″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-analytics-overview.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”264″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-analytics-visit-vs-pageviews.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”264″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-analytics-real-time-statistik.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Selain itu, fungsi Real Time Overview membolehkan anda melihat trend semasa pelawat blog anda. Ini membolehkan anda melihat artikel yang sedang dibaca oleh pelawat, dari mana sumber trafik sekiranya ianya merupakan hasil dari referal dari laman lain. Melihat taburan lokasi pelawat yang sedang membaca blog anda dan banyak lagi.

Semua data ini adalah berharga jika anda menggunakannya dengan baik, ianya boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan sekiranya dianalisa dengan betul. Anda boleh mengetahui selera atau budaya pembaca daripada taburan lokasi yang membolehkan anda membuat jualan atau perancangan pemasaran affiliate yang lebih jitu dan terus sampai ke target market yang sepatutnya.

“Yang ditunggu sudah tiba  Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Semoga selepas ini, anda semua akan mengambil berat dan cuba menggunakan perisian-perisian ini dengan lebih baik. Untuk belajar lebih lanjut bagus juga join Kelas Pengurusan Blog Master anjuran Akademi Denaihati Network. Banyak lagi ilmu lain pengurusan blog akan dikongsikan untuk menjadi anda Top Blogger yang boleh buat duit dengan blog.


Spread the love

53 Comments

  1. jap la nak terjah semula….tp trafik skrg ni dah down…lps pregnant sampai skrg entri biasa2 ajer…kejap ada…kejap tak de…nak terjah blog kekawan pun jarang sangat….SEO….kantoi ler…slowly fokus semula…apapun selalu dtg sini…biasa silent reader ajer… 😉
    Curahan rasa syamila @ ..WW : Pertandingan MewarnaMy Profile

  2. setiap hari auc wajib pergi ke google analytic, hitstart, google webmaster dan bing webmaster selain dari tengok kat smartphone melalui start jetpack untuk menganalisis perkembangan blog
    Curahan rasa AUC @ ..Muka Baru Blog AUCMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!