Assalamualaikum dan salam 1 dunia, dulu pening juga nak buat keputusan beli domain dan hosting. Bila dah ada domain dan hosting sendiri, rasa lebih bebas bak kata Seniman Agung TS P. Ramlee “Dunia seperti ana yang punya”. Kali ini kita nak belajar sikit tentang domain yang mungkin ramai Rakan Blogger tak ambil kisah. Entri kali tentang domain adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini adalah untuk mengajak rakan-rakan blogger untuk mengambil berat mengenai domain yang kita gunakan. Sekarang ini memang ramai rakan-rakan blogger yang menggunakan domain sendiri atas platform yang berbeza-beza, ada yang menggunakan platform WordPress, blogspot dan juga lain-lain perkhidmatan. Apa juga platform yang anda gunakan, pengurusan domain adalah penting untuk dititikberatkan.
Perkara yang sering menjadi perbualan adalah untuk meletakkan www atau tidak pada pangkal awalan domain, contohnya www.denaihati.com atau denaihati.com. Bagi pengguna platform WordPress, masalah ini bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi untuk pengguna blogspot, silap percaturan, blog anda tidak akan dapat diakses.
Ada beberapa blog rakan blogger yang saya kenalpasti mengalami masalah ini, antaranya adalah blog Mia Namia, domain namiacinta.com jika diakses tanpa awalan www akan mengalami masalah ralat 404 – tidak ditemui. Ini adalah perkara yang seharusnya dielakkan, jika kita tidak mahu menggunakan domain tanpa awalan, setiap trafik yang pergi ke namiacinta.com perlulah dialihkan ke www.namiacinta.com untuk mengelakkan ralat 404 daripada berlaku.
Ada beberapa lagi rakan-rakan blogger yang menghadapi masalah yang sama, semoga akan dapat diperbaiki masalah ini untuk mengelakkan daripada para pembaca menghadapi masalah tidak dapat membuka blog anda walaupun domain adalah betul. Ada beberapa lagi perkara lain mengenai pengurusan domain yang perlu diambil berat oleh para blogger dan empunya laman sesawang, jika ada kesempatan akan dikongsikan dalam artikel yang berlainan.
Anda bolehlah mencuba domain anda untuk mengenalpasti sama ada ralat ini akan berlaku jika anda menulis domain anda dengan atau tanpa www pada pangkal domain tersebut. Jika dengan awalan atau tanpa awalan, blog anda masih boleh dibuka, maka domain anda tiada permasalahan ini.
Jika anda menggunakan subdomain lain, seperti blog.domain.anda dan sebagainya, masalah ini mungkin akan berlaku sekiranya ada pelawat yang hanya mencari domain domain.anda melalui pelayar komputer mereka. Sila pastikan domain utama anda, sekiranya tiada sebarang maklumat, akan membawa ke subdomain yang telah anda tetapkan.
143 Comments
info yg sangat berguna unyuk newbie mcm saya
Curahan rasa Ajumohit @ ..Produk atau perkhidmatan dari Eizil.com
Terima kasih atas petunjuknya, karena mulai dari dahulu blog saya bermasalah dengan ini
Curahan rasa Laskar SUZUKI @ ..Jadwal Pertandingan SUZUKI AFF 2012
Better baiki cepat dan daftar webmaster then submit xml… Kalau x kena penalti nanti..
Curahan rasa Webberita @ ..Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri
Tahukah anda, domain memainkan peranan penting dalam SEO?
Curahan rasa Webberita @ ..Wanita Tewaskan Jerung Dengan Taekwondo
Domain yg baik untuk seo ada 3 sahaja.. Iaitu, com,net dan org.. yg lain kurang kekuatan seonya..
Curahan rasa Webberita @ ..Wanita Tewaskan Jerung Dengan Taekwondo
Pengurusan penting dalam sesuatu perkara, termasuklah Domain
Curahan rasa MeToYouInformation @ ..What Is Personal Protection Insurance
Saya blom berani pakai domain berbayar coz masih baru. Tapi informasi ini sangat berguna, krn suatu saat saya pasti akan pakai domain berbayar. Thanks..
Curahan rasa Hendra @ ..8 Pedoman Merawat Kulit
KEna pakai bos.. penting sangat.. =)
Curahan rasa Webberita @ ..Wanita Tewaskan Jerung Dengan Taekwondo
ooo baru tahu..biasa masukkan url tanpa www boleh jer..emm mujur la blog pondok kecil tak ada ralat 404 tu bila search url..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Penyakit Umat – Penyebab Jiwa Yang Kotor
Domain tanpa www lebih bagus dalam SEO..
=D
Curahan rasa Webberita @ ..Jual Pai Daging Wanita
alhamdulillah saya pengguna platform blogspot
domain saya dapat diakses dengan awalan www atau tanpa awalan tersebut
terima kasih telah diingatkan
Curahan rasa Citro Mduro @ ..Mencoba Setting Custom Robots Blogspot Terbaru
info berguna. blogger2 lain pun perlu sama-sama mantapkan blog mereka. Bukan hanya sekadar entry, perkara lain juga perlu di ambil kira. Ramai juga blogger yang terlepas pandang hal-hal kecik cam ni. Walaupun kecik, impaknya besau.
Curahan rasa Gie @ ..Rozita tak gentar cubaan bogel dan gosip
Impaknya besau gila!
Curahan rasa Webberita @ ..Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri
Saya baru ja ada masalah bab domain tapi bukan masalah 404 error. Selepas selesai proses propagasi ke hosting baru, tak boleh setup cloudflare kalau tak guna www. Tapi masalah senang ja tukar custom nameserver, selesai. Bab subdomain baru buat subdomain baru. hehe.
Masalah error 404 ni kalau berlaku, boleh redirect 301.
Curahan rasa Naziman @ ..Rumah baru Rupa baru, Hosting ServerFreak Tema Smally
Blogger yang serius pasti menitikberatkan hal ini..apalagi kalau sudah menggunakan domain dan hosting berbayar..penyeliaannya harus lebih rencam..tapi JomStadi sendiri masih belum bersedia untuk gunakan servis berbayar 🙂
Curahan rasa JomStadi @ ..2 Biasiswa Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)
Masalah di atas terjadi pada blog saya, bagaimana nak atasi? guna domain berbayar cuma hostingnya saja blogspot, hrp rakan2 yang tahu tolong info kat sini atau mana2 yg patut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Bagaimana cara nak atasi masalah ini? supaya tak memerlukan www utk pergi ke URL blog kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Setting masa mula2 buat wordpress.. Or, kalau da buat, set kat setting, kat redirect..
Curahan rasa Webberita @ ..Pakej Samsung Galaxy Note 2 Dengan DIGI,MAXIS, dan CELCOM
baru mengalami masalah bandwidth tak cukup walaupun dah topup 2 kali dlm sebulan… sengkek mak! :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Haji Akbar 2012 dan kenangan manis pergi haji
Trafik mesti kencang gila nie!
=D
Hebat2!
Curahan rasa Webberita @ ..Jual Pai Daging Wanita
ane masih belum berani pakai dimain sendiri kang..
Curahan rasa Pustaka Virtual @ ..Daftar Nama Sungai & Letaknya di Indonesia
Kena pakai domain sendiri,.. Baru betul!
Curahan rasa Webberita @ ..Jual Pai Daging Wanita
kemaren ane tanpa www malahan error.
gk bisa langsung redirect
http://www.androidapps.us/
Curahan rasa faza bahakim @ ..Asus Padfone 2 primer contact
Comments are closed.