Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan Ambiga. Ada yang menganggap beliau sebagai juara demokrasi yang menjadi ketua Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan mungkin Bersih 4.0. Walaubagaimanapun Ambiga menjadi musuh kepada perniaga Kuala Lumpur kerana mengganggu perniagaan setiap kali siri Bersih dianjurkan. Ambiga telah berjaya menjenamakan nama beliau dan Bersih bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di seluruh dunia.
Penjenamaan adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan aktiviti yang kita ingin lakukan. Sebagai blogger apa yang kita boleh belajar daripada penjenamaan yang telah dibuat oleh Ambiga.
1. Kontroversi boleh membantu menaikan nama dengan cepat. Ada beberapa blog yang namanya naik cepat sebagaimana cepat naiknya nama Ambiga dengan melancarkan program krontroversi Bersih. Sebagai blogger sesekali boleh kita selitkan entri kontroversi selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan undang-undang negara.
2. Konsisten dengan aktiviti dan strategi yang telah dirancang. Ambiga tidak kisah dengan apa yang Pemerintah katakan, beliau tetap menganjurkan siri Bersih bermula Bersih 1.0 sehingga yang terbaru Bersih 3.0 sebagai blogger kita pun mesti sentiasa ada aktiviti seperti contest, game, reunion dan sebagainya supaya blog kita tidak dilupakan. Ambiga tidak akan jadi terkenal seperti sekarang kalau hanya menganjurkan Bersih 1.0 sahaja.
3. Sanggup menghadapi ujian seperti Ambiga yang bakal didakwa di makamah kerana melanggar undang Malaysia. Sebagai blogger kita pun mesti sanggup dimarah, dimaki dan dispam dengan berbagai komen negatif kerana bukan semua suka dengan cara kita. Denaihati pun telah disingkir dari senarai Facebook dan Twitter beberapa rakan blogger lama dan ada blogger baru yang buat entri tidak puas hati.
Entri ini bukan untuk menyokong atau membangkang perjuang Ambiga kerana walaupun apa yang aku akan cakap tentang Ambiga beliau dan teman-temannya akan pasti meneruskan perjuangan mereka kerana Malaysiakan negara Demokrasi. Cumalah yang aku kurang syok puak-puak yang katanya memperjuangkan demokrasi ini, demokrasi hanya betul bila sama idea dengan mereka bila berbeza pendapat mampuslah memang kena kutuk teruk.
Kehebatan Ambiga membina dua jenama dalam satu masa iaitu Ambiga dan Bersih. Cara ini agak sukar untuk blog sebagai contok JeJai, armo02 dan Teratakarmo orang yang sama tetapi nama yang berbeza agak sukar dikenali oleh blogger lain dan perlu kerja tiga kali kuat untuk membina jenama. Berbeza dengan Ariffshah yang menggunakan domain, username Twitter dan Facebook yang sama jadi beliau hanya perlu bekerja sekali untuk penjenamaan dan mungkin kerana itu Ariffshah lebih terkenal dan lebih bagus alexa ranking daripada Teratakarmo. Dalam persaingan sengit alexa ranking Malaysia, blog Abangensem dijangka bakal menewaskan blog Teratakarmo kerana Abangensem menggunakan satu username untuk semua berbanding Teratakarmo.
Ketika ngeteh bersama the singing blogger n the geng ada yang mencadangkan aku buat contest, mana-mana blog yang dapat menewaskan alexa ranking Malaysia blog Denaihati dalam tempoh 3 bulan dapat hadiah gadget. Macam bagus je idea ni.
Untuk penjenamaan yang berkesan bagus sangat kalau domain dan username facebook, twitter, foursquare, instagram, linkedin, google plus serta semua akaun sosial media yang ada menggunakan nama yang sama.
Semuga perkongsian aku dengan mengambil contoh Ambiga sebagai cara yang baik untuk kita membina jenama blog kerana penjenamaan adalah KING dalam pemasaran.
238 Comments
Terima kasih di atas info yang diberikan.. Betul kata-kata DH tu.. Untuk menjadi seorang blogger yang berjaya kita perlu menjadi seorang yang agresif dan berani.. Supaya blog kita akan mudah dikenali..
P/S: Sedang menantikan contest terbaru dari DH.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Perkenalkan 1 Pembeli , dapat Komisyen RM1,000
Sekiranya ada contest yang sebegitu saya pun nak mencuba nasib..menang tak menang belakang cerita..ia akan beri kesan positif pada blog..
ternyata ambiga ya namanya luar biasa caranya dalam strategi branding
Curahan rasa smp3lembang @ ..Hasil UN 2012
Nama Ambiga saya baru baca dari sini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lambang Baru KOPERASI INDONESIA
nama beliau tiba tiba melonjak naik di Malaysia ini
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
Popular Ambiga ni
sudah tentu, masuk media sini sana..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
menjenamakan jenama..fuhh..jenuh gak tu..
nak jenamakan blog kita.. fuuhh.. blog DH okay lagi laaa
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
Hendak mencari secebis populariti..kena melibatkan sekelompok insan yg tidak mengejar kemegahan..:)
strategi penjenamaan blog kita juga harus ikut strategi ini
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
wow! contest lawan alexa tu memang mencabar. melihat sesuatu dari sudut yang berlainan. tahniah, DH!
Curahan rasa Sya Isya @ ..GAMBAR ANAK HARITH ISKANDAR – ZANDER XAYNE ISKANDAR
nak lawan alexa DH.. woohoooo.. tak terdaya lagi
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
Best dgn entri ni yg mengajak kita berfikir cara utk lihat sesuatu itu.
Thanks bro DH =)
p.s-bagus jugak cabaran alexa ni…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Utusan Maharaja Rom
hafizmd nak lawan alexa DH ke? 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
impressive. sgt suka entri ini, bro DH. terima kasih dan slamat bercuti di beijing. bawa balik ole2 lebih ckit utk kami ya? boleh buat giveaway ringan2 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..15 tips supaya solat jadi khusyuk
ada give away lagi ke? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
ambil contoh dari sudut yang positif..
yang negatif jangan ikut..
Curahan rasa Mus @ ..Gambar Selepas Sawah Padi Dituai Di Kota Belud
benar bro, yang positifnya kita jadikan contoh, yang negatifnya kita buang…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
Iya Kang,… tapi sekarang banyak diantara kita yang tidak memiliki filter sehingga semuanya dijadikan contoh…termasuk yang negatif.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lambang Baru KOPERASI INDONESIA
yang buruk sudah pasti jadikan tauladan..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
Assalamualaikum…ilmu yang utk di kongsi..TQ
Curahan rasa OrangKampung @ ..WiFi Percuma
waalaikumussalam.. ilmu yang baik untuk rakan blogger
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
Setuju sangat dengan ulasan dan cadangan dari sifu. Terbaik!
Curahan rasa halif83 @ ..Hargai keindahan alam ciptaan tuhan
whah ..nak try ni buat gtu DH ..haha ..nak buat contest nanti roger-2 DH ..haha
Curahan rasa spudin @ ..Samsung Galaxy SIII Kini Di Malaysia
lepas baca ni tetiba terlintas nak menukar tag line blog saya
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Naik Pentas
ok jugak tu.. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kelebihan Membaca Ayat Seribu Dinar
alaaa zarul.. nak buat tagline apa pulak.. apa yang di rasa? 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
Comments are closed.