Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan Ambiga. Ada yang menganggap beliau sebagai juara demokrasi yang menjadi ketua Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan mungkin Bersih 4.0. Walaubagaimanapun Ambiga menjadi musuh kepada perniaga Kuala Lumpur kerana mengganggu perniagaan setiap kali siri Bersih dianjurkan. Ambiga telah berjaya menjenamakan nama beliau dan Bersih bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di seluruh dunia.
Penjenamaan adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan aktiviti yang kita ingin lakukan. Sebagai blogger apa yang kita boleh belajar daripada penjenamaan yang telah dibuat oleh Ambiga.
1. Kontroversi boleh membantu menaikan nama dengan cepat. Ada beberapa blog yang namanya naik cepat sebagaimana cepat naiknya nama Ambiga dengan melancarkan program krontroversi Bersih. Sebagai blogger sesekali boleh kita selitkan entri kontroversi selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan undang-undang negara.
2. Konsisten dengan aktiviti dan strategi yang telah dirancang. Ambiga tidak kisah dengan apa yang Pemerintah katakan, beliau tetap menganjurkan siri Bersih bermula Bersih 1.0 sehingga yang terbaru Bersih 3.0 sebagai blogger kita pun mesti sentiasa ada aktiviti seperti contest, game, reunion dan sebagainya supaya blog kita tidak dilupakan. Ambiga tidak akan jadi terkenal seperti sekarang kalau hanya menganjurkan Bersih 1.0 sahaja.
3. Sanggup menghadapi ujian seperti Ambiga yang bakal didakwa di makamah kerana melanggar undang Malaysia. Sebagai blogger kita pun mesti sanggup dimarah, dimaki dan dispam dengan berbagai komen negatif kerana bukan semua suka dengan cara kita. Denaihati pun telah disingkir dari senarai Facebook dan Twitter beberapa rakan blogger lama dan ada blogger baru yang buat entri tidak puas hati.
Entri ini bukan untuk menyokong atau membangkang perjuang Ambiga kerana walaupun apa yang aku akan cakap tentang Ambiga beliau dan teman-temannya akan pasti meneruskan perjuangan mereka kerana Malaysiakan negara Demokrasi. Cumalah yang aku kurang syok puak-puak yang katanya memperjuangkan demokrasi ini, demokrasi hanya betul bila sama idea dengan mereka bila berbeza pendapat mampuslah memang kena kutuk teruk.
Kehebatan Ambiga membina dua jenama dalam satu masa iaitu Ambiga dan Bersih. Cara ini agak sukar untuk blog sebagai contok JeJai, armo02 dan Teratakarmo orang yang sama tetapi nama yang berbeza agak sukar dikenali oleh blogger lain dan perlu kerja tiga kali kuat untuk membina jenama. Berbeza dengan Ariffshah yang menggunakan domain, username Twitter dan Facebook yang sama jadi beliau hanya perlu bekerja sekali untuk penjenamaan dan mungkin kerana itu Ariffshah lebih terkenal dan lebih bagus alexa ranking daripada Teratakarmo. Dalam persaingan sengit alexa ranking Malaysia, blog Abangensem dijangka bakal menewaskan blog Teratakarmo kerana Abangensem menggunakan satu username untuk semua berbanding Teratakarmo.
Ketika ngeteh bersama the singing blogger n the geng ada yang mencadangkan aku buat contest, mana-mana blog yang dapat menewaskan alexa ranking Malaysia blog Denaihati dalam tempoh 3 bulan dapat hadiah gadget. Macam bagus je idea ni.
Untuk penjenamaan yang berkesan bagus sangat kalau domain dan username facebook, twitter, foursquare, instagram, linkedin, google plus serta semua akaun sosial media yang ada menggunakan nama yang sama.
Semuga perkongsian aku dengan mengambil contoh Ambiga sebagai cara yang baik untuk kita membina jenama blog kerana penjenamaan adalah KING dalam pemasaran.
238 Comments
menewaskan alexa ranking Malaysia blog Denaihati dalam tempoh 3 bulan dapat hadiah gadget… Sebuah tantangan…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan Bangsa
Bagi blog saya sangat mustahil…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan Bangsa
satu tahunpun pasti belum bisa dengan jumalh traffik seperti sekarang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan Bangsa
bang iwan nak tewaskan alexa DH ka?
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
Apa yang kita cakap akan dihisab nanti diakhirat, begitu juga apa yang kita tulis, kita mesti bertanggungjawab di akhirat nanti
Curahan rasa Bumi serta isinya @ ..Fadhilat memelihara solat sunat dhuha
Setiap kehidupan kita akan dihisap diakhirat kelak bukan sahaja yg ditulis.
hoho.. nak tanding cik lexa dengan DH dalam masa 3 bulan memang sukar utk aku namun itu semua bukan halangan.. mana tau boleh sebat terus tanding Paul Tan.. har3…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Author
tanding paultan? aduhaaaaiii.. tepuk dahi eden. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
aku kenal sikit je ambiga tu,tapi langsung dia tak kenal aku
Curahan rasa onlajer @ ..Musholla Dan Bilik Air
cehhh,,mane la dye nak kenal.hadoi..satu dlm sejuta maa.
Curahan rasa Master Zuheir @ ..Denaihati Bagi Ilmu Penting Berkongsi Backlinks Itu Penting
master zuheir.. kita ni siapa lah kan? lagi2 tak masuk politik.. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
onlajer.. aku kenal kat TV je.. hehhee
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
betul tu..sangat setuju dengan tuan denaihati..
Curahan rasa aslam @ ..Sesi ngeteh bersama blogger
setuju dengan aslam yang buat sesi ngeteh
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
penjenamaan memang penting dalam dunia internet dan perniagaan. kalau tak kenal, maka tak cinta…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..WORDLESS WEDNESDAY: MY YELLOW PRINCESS
nak kena rebranding blog kita…
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
Assalam… biar kalah ambiga…. Kalau boleh nak lebih aggresif lagi macam itu singa kelaparan…huahuahua
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Hangat ! Mulan Jameela Cium Tangan Ahmad Dhani
waaahh.. semangat sungguh budak lanun
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
memang betul.klu boleh nama 2 biar unik dan jgn lebih 2 perkataan.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Aishwarya Tak Kisah Disindir Gemuk
macam nama shakiddo… kan? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
kita strategi dia sebagai inspirasi
bukan orngnya, menarik apa yg dikaitkan 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Fakta Mitos Tentang Kolesterol
menarik strategi sebagai inspirasi, semoga strategi mengena akan datang..
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
betul jugak tuh…huhuhu
Curahan rasa lepak @ ..Drama Review : Sinopsis drama Seindah Sakura
memang betul seperti entry DH ini
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
wah..info yang sangat menarik.. betul juga apa yang dikatakan ni..
Curahan rasa boni @ ..Puii!! Hambekk Kau!
info menarik, sudah tentu ada isinya
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
strategi yang baik. tapi ada blogger yang tidak nak dikenali, tapi nak blog dia dikenali.heh..
Curahan rasa wandisini @ ..Nicholas Si Llama Ramalkan Chelsea Menang
usaha kena lebih,, aturan mesti betul
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
terbaeek…yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan 😀
Curahan rasa Shahrul @ ..Destinasi Percutian Musim Cuti Sekolah
dan entry blog DH ini jadikan ilmu didada
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!
Comments are closed.