Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak dua menjak ini, alhamdulillah semakin ramai yang mendapat kesedaran untuk membina laman sesawang melibatkan syarikat atau jenama mereka. Ini perkembangan yang bagus kerana sebelum ini, ramai yang terlalu fokus kepada penggunaan platform media sosial sehingga lupa ingin menyediakan premis online penting iaitu laman sesawang.
Namun begitu, ada perkara yang perlu kita ambil berat apabila ingin membina laman sesawang ini. Ada beberapa ciri dan fungsi yang andai kita abaikan, akan memberikan impak kurang bagus kepada laman sesawang yang kita bina. Ramai terlalu fokus kepada kecantikan laman mereka, hingga lupa fungsi praktikal laman tersebut.
Laman yang baik akan mencapai tujuan laman itu dibina dan akhirnya akan memberikan kesan positif dari sudut penjenamaan dan jualan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Apa yang perlu ditetapkan sebelum laman dibina
Dalam dunia digital sekarang ini, ada banyak jenis laman yang boleh kita bina, ini semua bergantung kepada tujuan sebenar laman itu ingin digunakan. Contohnya sebuah laman korporat akan mempunyai ciri yang berbeza berbanding laman e-dagang, begitu juga laman sosial dan lain-lain lagi.
Setiap laman ini akan memberikan pengalaman pengguna yang berlainan dan oleh sebab itu, penting untuk kita fahami apa yang pelawat bakal lalui semasa menjejaki laman kita buat pertama kali. Apabila kita memahami perkara ini, kita akan fokus pada fungsi utama sebelum mencantikkan laman tersebut.
Tetapkan satu atau dua tujuan utama apabila kita membina laman, usah hanya serahkan kepada web developer untuk buat keputusan. Mereka adalah developer, bukan arkitek yang bertanggungjawab untuk menyusun perjalanan dan skop yang lebih luas.
Perancangan laman sesawang adalah tanggungjawab individu yang berbeza, sama seperti apabila membina bangunan, tukang buat bangunan jarang yang merancang pembinaan. Arkitek dan jurutera yang akan bertanggungjawab untuk merancang mengira dan merekacipta bangunan tersebut.
Memberikan pengalaman yang menarik dan selesa kepada pelawat
Setiap laman, perlu disusun agar ianya selesa dan menarik kepada pelawat. Andai ingin membuat jualan di laman, pastikan laman jualan itu memberikan keselesaan dan jawapan kepada apa yang mereka cari. Seterusnya mempengaruhi mereka untuk membuat belian terus.
Andai kita membina laman korporat atau laman syarikat, perlulah hidangkan maklumat yang biasanya diperlukan atau dicari oleh pelawat. Lain pula ceritanya andai kita membina laman e-dagang, ianya perlu menyelesaikan apa yang mereka inginkan dengan cara yang mudah dan lancar.
Kosmetik laman adalah bonus
Perkara terakhir yang perlu kita fikirkan adalah kosmetik atau kecantikan laman. Memang kecantikan ini memang perkara yang akan buat kita gembira untuk ulang datang ke laman tersebut. Namun ianya adalah perkara yang terakhir perlu kita fikirkan.
Kosmetik untuk produk atau jenama melibatkan kecantikan perlu dititikberatkan. Untuk laman-laman lain, cukup sekadar laman tersebut mudah dibaca, mudah difahami dan ringan untuk dilayari. Pemilihan saiz font yang bersesuaian juga sangat penting agar maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami.
Pastikan ada perbezaan ketara antara font dan latar yang ingin digunakan di laman kita. Trend masa kini, kebanyakan laman yang melibatkan info teks akan menggunakan latar belakang bewarna putih. Andai laman-laman melibatkan perkongsian video atau gambar, latar gelap akan digunakan untuk memberikan pengalaman yang menyelesakan.
Usah campur adukkan antara fungsi laman dan fungsi lain
Mengusahakan laman seperti laman e-dagang, usahlah kita sibuk ingin meletakkan fungsi seperti butang belian menggunakan whatsapp ataupun FB messenger. Ini hanya menyebabkan kita telah menidakkan fungsi sebenar atau fungsi utama laman itu dibina.
Laman boleh menguruskan belian dan pertanyaan tanpa melibatkan individu atau wakil jualan. Automasi yang melibatkan laman web boleh dicapai apabila kita telah merancang dan menguruskan setiap laman dengan baik. Apabila kita menguruskan laman seperti menguruskan Whatsapp atau di media sosial, kita akan kerugian potensi utama laman dibina.
Jika anda memerlukan khidmat nasihat dan konsultasi pengurusan dan pembinaan laman sesawang yang baik, boleh hubungi Denaihati Network untuk temujanji lanjut.
48 Comments
Perkongsian Terbaik daripada seorang yang pakar dalam membuat laman web.. nak kena belajar ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Bab teknikal websitte/nlog, bro Eizil memang pakar..ilmu tahap tinggi pun ada
Amazon contoh terbaik, mudah , ringkas dan padat ..mesra pengguna dan memudahkan pelayar datang laman webnya
terima kasih pencerahannya. sangat bermanfaat dalam memaksimalkan fungsi laman di bisnis yang sayaa geluti. smeoga denaihati makin melejit
Memang pada mulanya blogger yang baru, akan excited nak cantikkan blog. Tapi lama-lama tahu sendiri untuk mantapkan isi blig, beebanding mekap-mekap blog nih.. apa pun kekemasan blig perlu ada untuk memudahkan pelanggan hadir dan tenang membaca.. itu pendapat saya lah. Hehe.. 😀
Curahan rasa Nor Hazmira Mihamzah @ ..FAKTA BETUL TENTANG SOYA. NO 3 PALING TAK SANGKA
Ada pengguna yang suka laman ringkas, cepat load dan pantas, ada yang suka berwarna korporat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
betul, tapi ada terpulang pada niche blog juga, tapi kalau simple dan ringan lebih baik …
Curahan rasa akupenghibur @ ..Kita Hidup Di Dunia Ini mencari keredhaan Allah.
Laman web dan blog, kembali mendapat tempat di kalangan netizen terutama yang berniaga.
Apatah lagi apabila sudah banyak kes melibatkan isu flag.
betul sekali… laman web dan blog kini menjadi tarikan kembali,.. semoga terus bertahan…
Curahan rasa akupenghibur @ ..Surya Chlorophyll Sesuai Untuk Orang Yang Tak Suka Makan Sayur Sayuran
Mempunyai laman web dan blog sendiri akan memudahkan lagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai produk. Syarikat yang menjual barangan berjenama menjadi keperluan dalam mewujudkan pengurusan laman web.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Laman web dan blog masih relevan walaupun dah lama di internet. Media sosial yang baru naik memeriahkan lagi cara untuk pemasaran di lakukan
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!
semoga social media dan laman web tidak bersaing dan saling menjatuhkan…
moga bersaing secara sehat..
Curahan rasa akupenghibur @ ..Allah temukan kita dengan macam-macam orang kerana Allah nak kita kuat
Laman web dah banyak bersepah di internet, kalau niat nak naikkan ke muka pertama google semata mata ramai akan kecundang.
Kena ada minat mendalam dan kesabaran untuk berjaya
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Puteri Qahrina Chalet : Homestay Melaka yang cantik di tepi pantai!
Laman yang tak berkualiti akan ke belakang, yang ada kualiti dan memenuhi keperluan pembaca akan terus kekal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 4 Rumah Sebelum Usia 30 Tahun
Laman web yang menarik dan bermaklumat akan menjadi tumpuan orang ramai kan. Terima kasih atas info yang menarik dan sangat bermanfaat untuk semua
Curahan rasa Ira @ ..Bagaimana Shortcut Cantik Luar Dan Dalam Dengan Shaklee?
laman web yang ringan dan menarik memang akan jadi tumpuan… terutama blog yang mempunyai content yang menarik
Curahan rasa akupenghibur @ ..Surya Chlorophyll Sesuai Untuk Orang Yang Tak Suka Makan Sayur Sayuran
laman web menarik, kemas lebih menari perhatian pengunjung. kalau jual barang sejuk mata future customers
Curahan rasa nikkhazami @ ..Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018
betul. ramai yang lupa bahawa blog dan laman web juga sgt efektif dalam membina empayar perniagaan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kalis Kasih Tv3
Pandangan pertama tue sangat pentingkan bila pengguna masuk ke laman yang tersusun rapi, kemas dan tak serabutkan mata..
Sedap mata memandang hati terus terpaut nak beli produk yang kita jual ☺
Curahan rasa Nur Razali @ ..Youth Skincare Shaklee Lulus KKM
Satu cara untuk follow up semula prospek ialah retargeting Adwords kepada pelawat yang pernah datang ke laman kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
laman web yang menarik ..
akan memberi rasa keyakinan kepada pengguna.
mereka lebih percaya dan pelawat akan ditukar menjadi pelanggan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebenar Jadi Insan Gelandangan
Terima kasih atas ilmu yang di berikan. Memang membuka minda untuk masa akan datang. Laman web jadi aset penting untuk perniagaan
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!
betul..laman yang tersusun dan user friendly memang akan buat pengguna nak datang selalu…selain konten yang mantap
regular trafik akan datang lagi dan mungkin tambah trafik yang baharu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..60 Ekor Udang Celup Tepung Viral Di Restoran King Trizai Celup Tepung Pantai Penarik
Contoh paling mudah ialah Amazon, design yang ringkas tapi mampu tarik ramai pelawat dengan konsisten.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Ye la, design Amazon simple je. Tapi transaksi bisnesnya juta-juta USD kan. Fuh
Comments are closed.