Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Ramai yang mengeluh akan kekurangan lorong tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG), lebih-lebih lagi pada musim perayaan
Tambahan pula, kekurangan lorong tambah nilai ini telah mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas. Bukan itu sahaja, pengguna lebuh raya juga akan merasa leceh untuk singgah ke stesen petrol semata-mata hanya untuk menambah nilai kad TnG.
Bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan menerusi sistem PLUS RFID yang membolehkan akaun kad kredit, debit dan e-dompet dipaut terus untuk proses pembayaran tol.
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan plaza tol di lebuh raya kendalian bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan mod pembayaran buat pengguna.
“Justeru, melangkah ke hadapan, kami sedang pada peringkat untuk mewujudkan lebih banyak pilihan pembayaran dengan menjadikan kad debit dan kredit sebagai antara mod pembayaran dengan harapan dapat mengatasi masalah kesesakan di lorong tol,” kata beliau.
Sesudah proses naik taraf tersebut selesai akhir tahun ini, pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS.
Dengan kemudahan terbaharu itu, pengguna PLUS tidak lagi perlu bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.
3 Comments
Kerajaan PH tidak wajar gula-gulakan rakyat dengan janji penghapusan tol semata-mata untuk meraih undi, sebaliknya tunaikan setiap inti pati manifesto mereka tanpa alasan dan helah politik.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..5 Gaya Hidup Orang Jepun Yang Sangat Teruk Untuk Dicontohi
Sangat memudahkan pengguna dan elakkan kesesakan. Selalunyaa tambah nilai di stesen petrol siap-siap sebelum memulakan perjalanan.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..8 Sampul Ini Bantu Urus Duit Setiap Bulan Lebih Baik Dan Lebih Disiplin Menyimpan
Dengan sistem yang canggih yang terus dikembangkan banyak kemudahan yang didapat, termasuk pembayaran biaya masuk jalan tol ini.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Perlindungan Penyakit Kritis dengan Asuransi Jiwa Mi Ultimate Critical Care
Comments are closed.