Assalammualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kebakaran di hutan hujan tropika terbesar di dunia iaitu Hutan Amazon di Brazil. Kebakaran Amazon merupakan tragedi besar pada bumi. Digelar ‘Paru-paru Bumi’, Amazon ini membekalkan 20 peratus oksigen kepada atmosfera untuk melambatkan perubahan iklim dunia.
Data rasmi Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) menunjukkan hampir 73,000 kes kebakaran direkodkan antara Januari hingga bulan ini, berbanding 39,759 sepanjang tahun lalu.
Hutan hujan yang menempatkan lebih 5 juta spesies flora dan fauna ini terbakar seluas lebih satu padang bola pada setiap minit dan menyebabkan asap tebal memenuhi ruang udara sehingga ke Sao Paolo yang terletak lebih 2736 kilometer dari Amazon.
Kebakaran yang berlaku ini merupakan kebakaran yang terparah dalam sejarah
Akibatnya, langit di bandar menjadi hitam walaupun pada waktu siang kerana matahari ditutupi asap dan debu tebal.
This is the view from my window at 3:50 pm during the rain. Sunset happened 2 hours later. pic.twitter.com/JKb4bavCqf
— Claudia 🏡🏴🇧🇷 (@CauCiardi) August 21, 2019
European Union mengeluarkan imej satelit yang menunjukkan asap daripada kebakaran tersebar di sepanjang semenanjung Brazil ke persisiran Atlantik.
Asap memenuhi hampir separuh negara berkenaan dan menjangkiti negara bersebelahannya seperti Peru, Bolivia dan Paraguay.
What’s the #wildfire picture like over coming days?
— World Meteorological Organization (@WMO) August 22, 2019
Here’s the latest @CopernicusEU 🛰 forecast ⤵️ pic.twitter.com/rbODnAK6gq
Air hitam, berbau asap dan berjelaga
Wartawan GloboNews, Leandro Matozo melaporkan, air hujan yang dikumpulkan di halaman belakang rumahnya berwarna hitam dan berjelaga.
“Ibu saya selalu meletakkan baldi di belakang rumah untuk mengutip air hujan bagi mencuci lantai, menyiram pokok untuk menjimatkan bil serta menjaga alam sekitar,” katanya.
“Hanya hujan hari ini menarik perhatian kami.”
Penduduk di sekitar turut berkongsi gambar hasil tadahan hujan mereka di laman Twitter.
Isso é a água da chuva de ontem em Santo André. #SP1 pic.twitter.com/fEENH1MLnw
— Roberto Stefani (@somaisumjose) August 20, 2019
GENTE… vocês viram que choveu agua preta?? Serio sem brincadeira nenhuma! Por isso o céu tava muito estranho.. credo pic.twitter.com/hB2CJMksb6
— Frɑn⁷ ᴮᴱ (@sevenstarsARMY) August 20, 2019
Semoga Allah pelihara kita semua.
Dah baca ? Klik share 🙂
4 Comments
semoga masyarakat di sana tabah menghadapi ujian ini..
memang parah jika hutan yang terbesar terbakar..
kasihan hidupan liar mati begitu sahaja
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bahagia Bila Shopping
Sukar untuk mempercayai yang hutan hujan ini terbakar kerana panahan kilat. Tidak pernah terdengar kilat boleh membakar hutan hujan kecuali hutan beriklim kering. Apakah ia kejadian yang disengajakan atau tidak disengajakan. Apakah ia kejadian semulajadi atau kesilapan manusia?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Khas Exam Online Pembangunan Masyarakat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Dibuka Untuk Jualan!
Hutan Amazon lebih muda dari Hutan Belum, sayang sungguh ia dah terbakar dengan parah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Urus Masa Bisnes Dropship Shopee Part Time
Air hujan menjadi berwarna hitam itu menandakan betapa pekatnya asap yang ditimbulkan dari kebakaran hutan amazon. Semoga cepat bisa dipadamkan.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Perlindungan Penyakit Kritis dengan Asuransi Jiwa Mi Ultimate Critical Care
Comments are closed.