Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keywords “Halal Jakim” antara keywords yang paling top pencarian di blog Denaihati kerana salah satu entri bertajuk “semak status halal secara online dan sms” antara yang tersenarai top 10 dalam carian google. Isu halal semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna khasnya umat Islam untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal.
Sejak kebelakangan ini terlalu ramai yang mencari status halal beberapa syarikat besar yang terdapat di Malaysia yang sangat popular dikalangan masyarakat. Keadaan ini berlaku setelah keluar berbagai status di sosial media terutama di Facebook sehingga status halal syarikat tersebut diragui. Bab halal haram ini tak boleh ada keraguan kerana apabila ada rasa was-was terhadap satu-satu produk atau makanan maka hukumnya kita tidak boleh makan makanan tersebut.
Ramai pembaca singgah di blog Denaihati untuk mengetahui status halal McDonald, Secret Recipe, The Chicken Rice Shop dan Starbucks. Untuk menjawab soalan status halal syarikat-syarikat berikut JAKIM telah membuat kenyataan rasmi di website.
[box type=”shadow”]Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:
- McDonald’s
- Secret Recipe
- The Chicken Rice Shop (TCRS)
- Starbucks
Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.
JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di [email protected]. – JAKIM
Memang banyak makanan yang menjadi persoalan seperti status halal kopiko walaupun dah ada logo halal nak tahu baca “penjelasan isu halal kopiko“. Aku pun sering menerima tag daripada kawan-kawan di wall facebook dan juga menerima whatsapp tentang isu halal haram berbagai produk dan tak kurang banyak juga isu lama yang dikitar semula berulang-ulang kali. Aku memang tak pernah memanjangkan isu halal haram kepada kawan-kawan selagi tidak mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa. Tak mahu terjerumus menjadi pembawa berita palsu kerana takut tak sempat nak mohon maaf kepada pihak yang dituduh.
Memang senang nak tag atau foward berita palsu tanpa usul periksa begitu juga tag dan foward gambar insan tertentu yang telah di tulis dengan dialog tertentu tanpa pengetahuan tuan punya gambar tersebut. Kalau dialog bagus syukurlah tetapi kalau dialog yang memalukan pasti tuan punya gambar tersebut merasa malu. Bagimana agaknya kita nak memohon maaf pada insan tersebut. Jadi berhati-hatilah apabila nak berkongsi berita atau gambar supaya kita tidak terjerumus seperti isu halal di laman sosial.
[box type=”shadow”]DNA Babi dikesan dalam Coklat Cadbury
Pengesahan ini telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang menjalankan analisis ke atas beberapa sample produk cadbury. Daripada analisis yang dijalankan mereka megesahkan bahawa produk Coklat Cadbury Dairy Milk (Hazel Nut), No Siri, 200813M01H I2 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond, No Siri 221013N01R I1 mengandungi DNA Babi.
Dengan pengesahan ini, Pihak Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah berjanji untuk menarik balik kesemua produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta dan produk batch lain seperti di jelaskan dalam FB Cadbury tidak terlibat. – Sumber
PUTRAJAYA, 18 November, 2014: Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status Halal coklat Cadbury.
JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.
Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000. – Sumber[/box]
Sosial media dan whatsapp atau yang seumpamanya memang boleh menjadi medium untuk berkongsi ilmu tetapi kalau disalah guna boleh juga dijadikan medium menfitnah yang boleh meruntuhkan sebuah perniagaan.
121 Comments
memang setiap minggu la pasni den pekena Green Tea kat starbucks hehehe
Curahan rasa Zuan @ ..Disebalik Lensa Hazman Fadzil
kalau masih ragu2…buka saja laman web JAKIM…tu la orang kita…mudah sangat sebarkan berita yang tak pasti kebenarannya…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Film Review – RoboCop 2014
Assalamualaikum Tuan blog.Semoga kita sebagai Muslim sentiasa berhati- hati dengan kedai makan mahupun restoran yang kita pergi.Bukan setakat memikirkan status halal,malah kebersihan restoran juga perlu kita teliti.
Curahan rasa Mohd Azrin Abu Bakar @ ..Memang MATI itu dekat dengan manusia
Betul2..setju pendapat abg denai…saya dan kawan2 selalu bos belanjer di star bucks…tp ada mulut2vbusuk selalu cskap2…kan star bucks tu x halal..sampai panas ht mdengarnya. Jawapan saya…sila rajin2 bukak/sms/email jakim…sebab itu yg selalu saya buat.
Tapi dengan pihak Ikea saya masih tak puas hati. Memang saya dah email jakim ….mmg drg dah sahkan produk mereka halal…tapi soalan saya yg lagi satu adakah foodcourt ikea ada sijil halal…sampai kehari ini tiada jawapan..
Kalaulah abg denai boleh jawabkan..adakah boleh kita makan di restoran yang tiada sijil halal w/pun produk mereka halal?
Curahan rasa alin marlini @ ..PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO JUBLI PERAK 25 TAHUN PPZ
maaf terlepas pandang soalan, kalau restoran biasa orang islam biasanya memang tak ragu-ragu, bila restoran francais dan dari luar negara selalunya ada isu dan perlu sijil halal.
Sebab tu sebelum kita nak sebarkan sesuatu pastikan dah kaji dan selidik terlebih dahulu sebab isu halal haram bukan isu main2..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Phoebe Ribbon Chiffon Maxi Skirt – NAK JUAL
Tak pasal kita menyebarkan fitnah
Kecanggihan teknologi patut seiring dengan kewarasan fikiran kit
Curahan rasa cikgu naman @ ..Hari Terakhir Pencalonan #MSMW2014
isu status halal dan haram bukan saja terletak pada makanan tetapi termasuk juga barang pengguna yang lain seperti ubat-ubatan, minuman kesihatan dan juga losyen serta alatan make-up… Dengan adanya panduan dari JAKIM serta keyakinan diri sendiri sebarang keraguan pasti dapat dielakkan. Terima kasih atas makluman, semoga bermanfaat buat semua.
Curahan rasa yangbaik @ ..Sesaknya sepanjang jalan kerana CNY
Status halal atau haram sesuatu produk memang wajar disemak sama ada melalui online atau sms agar tidak menimbulkan perasaan was-was terhadap produk tersebut
Curahan rasa wazy @ ..Fenomena M-Commerce Dan Pembelian Dalam Talian
status halal haram ni memang sensitif kan DH. Dan ada juga yang nak ambil kesempatan updates status bukan-bukan nak mengelirukan orang lain. Sebenarnya kita rasa dalam soal halal haram ni kalau kita tak yakin baik dielakkan…sekarang dah ada kemudahan untuk check. Might as well do it tapai kalau tak yakin juga jangan makan..
Curahan rasa Raudzah @ ..Tahniah & Terima Kasih Sahabat Setia Blog Santai
Isu halal perkara sensitif..sama juga macam politik..yang buruk cepat tersebar..yang baik kadang2 dianggap tipu. Kita sebagai pengguna perlulah kaji dulu info yang disebarkan..terima kasih bro diatas pencerahan. Semoga ramai diluar sana yang baca perkongsian ini
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Panduan Penjimatan Beli Barangan Elektrik
terima kasih tuan denai hati kerana entri ini.. baru rasa tak ragu-ragu untuk makanan tersebut
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Pengundian Social Media Awards Bermula 2014 !!! Jom Laksanakan Tanggungjawab Anda
Status halal suatu produk memang harus ditempel pada produk tersebut supaya tidak timbul keraguan dari konsumen
Curahan rasa Dawaihati @ ..Bosan Nganggur? Ini 3 Tips Jitu bantu Kamu Cari Kerja
Saya ada kemusykilan contoh kalau kita beli.atau menggunakan produk buatan dari luar negara..sudah tentu logo halal tidak dicetak…jadi adakah alternatif lain untuk mengetahui status halal tersebut…..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Pendapat aku.. Jakim juga ada mengesahkan jabatan agama di luar negara untuk diterima pakai di negara kita. Boleh semak juga.
Curahan rasa KiD @ ..VOTE in MSMW 2014
Mencari yang Halal itu fardhu. Selalu juga jenguk website halal jakim sebelum makan minum tempat tertentu.
Curahan rasa Farhana @ ..Cuti Tahun Baru Cina
Permohonan bukan islam untuk patuhi halal Jakim tinggi dan mengharapkan kesedaran pengusaha islam juga melakukan permohonan sijil halal.
Curahan rasa akubiomed @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Comments are closed.