Pemeriksaan secara rawak di kawasan tumpuan – KPN

KUALA LUMPUR, 10 Oktober — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan pemeriksaan secara rawak di kawasan tumpuan dan menamatkan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri susulan pengumuman kebenaran rentas negeri yang bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun, SJR akan tetap diteruskan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Op Benteng dan cegah jenayah serta keselamatan.

“Meskipun tiada SJR, PDRM akan tetap mengerakkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan masyarakat mengamalkan SOP,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Acryl Sani turut menasihati orang ramai untuk tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang telah diberikan dan sentiasa mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 kembali meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media khas hari ini, memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus dan dengan keputusan tersebut, Keluarga Malaysia kini bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa, melancong dan sebagainya.

Sumber: Bernama

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!