Zahirkan ucapan ulang tahun UKM ke 50 – Dr Noor Hisham

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Cetus rasa bimbang rentas negeri

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan masyarakat bahawa tindakan rentas negeri untuk tujuan menyambut Aidilfitri boleh mengundang padah dan menyebarkan semula wabak Covid-19.

Menurutnya, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Malah, 10 daripada kluster-kluster itu adalah masih aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan Covid-19, di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan, terutama sekiranya ia terus-menerus berlaku walaupun selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, masyarakat harus waspada ketika tempoh perayaan yang bakal tiba kerana mungkin menjadi pemangkin kepada penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan-kawasan yang kini sudah mencapai status Hijau.

Terdahulu, pada sidang media sama Noor Hisham memaklumkan pihaknya khuatir melihat peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

Katanya, 15 Mei lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

“Jumlah ini meningkat kepada 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung sebelum diarah berpatah balik oleh PDRM pada 16 Mei lalu” katanya.

Ucapan Ulang Tahun UKM

Walaupun sudah menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak melupakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tempat pengajiannya.

Dalam sidang media harian perkembangan terkini COVID-19, beliau sempat menzahirkan ucapan sambutan Jubli Emas UKM.

Sebelum meneruskan sesi soalan, saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Jubli Emas iaitu ulang tahun UKM ke 50.

Sebagai graduan kelahirannya, saya berdoa UKM akan terus melahirkan graduan-graduan yang cemerlang dan berdaya saing seperti motto universiti iaitu ‘Mengilhamkan Harapan dan Mencipta Masa Depan’,” katanya.

Baca juga: Biodata Dato’ Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Dr Noor Hisham, 57, adalah pakar bedah terlatih berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada UKM pada 1988 dan 1994.

Sumber: Bharian


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!