Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha pihak eQurban.com telah berangkat ke Kemboja dengan menaiki pesawat AirAsia. Mereka yang terlibat berada di sana lebih kurang seminggu demi tugas dan amanah saudara seIslam bagi melaksanakan Ibadah Qurban 2013/1434H. Turut bersama beberapa orang peserta Qurban tahun 2013 dan juga team Denaihati.
Alhamdulillah tahun ni tempahan lembu melalui eQurban.com berjumlah lebih 1,000 ekor lembu di mana 330 ekor lembu ditempah dari Malaysia dan selebihnya tempahan yang diterima dari luar negara. Kesemua pelaksanaan ibadah Qurban dibuat di Kemboja dan Vietnam.
Qurban di Kemboja tahun ni agak mencabar kerana keadaan sebahagian besar bumi Kemboja sekarang yang dilanda banjir terutama yang melibatkan perkampungan muslim. Perancangan awal berkaitan lokasi penyembelihan terpaksa diubah. Haiwan sembelihan Qurban juga terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan baik dengan bantuan daripada petugas-petugas Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) dan penduduk kampung yang terlibat.
Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013 dibuat di beberapa perkampungan di Kemboja dan Vietnam seperti di Kampong Chhnang, Kampong Cham, Dam Bea, Chroy Mintry, Punhea Krek, Me Mot dan lain-lain. Team eQurban dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan tugas di setiap lokasi berasingan untuk urusan penyembelihan.
Ibadah Qurban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut. Ianya bukan sekadar ibadah sunat tetapi juga sunnah Rasulullah saw. In shaa Allah apabila kita melaksanakan Qurban dengan niat untuk mencari keredhaan ALLAH, tak mustahil kita juga akan dapat membuka kunci rezeki yang tidak disangka-sangka.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Terima kasih kepada Rakan Blogger yang telah mempromosi eQurban secara online kerana tempahan tahun ini meningkat berlipat kali ganda dan lebih daripada 70% dari online. Semuga usaha kita dapat membantu umat Islam di Kemboja yang sememangnya susah. Kepada Rakan Blogger teruskan mempromosi program Aqiqah Kemboja yang berjalan berterusan sepanjang tahun . In Shaa Allah komisen yang lumayan menanti mereka yang terus berusaha dan yang paling penting setiap sen komisen anda itu ada manafaat yang besar untuk umat Islam Kemboja.
Gambar Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja
[customgallery]
45 Comments
ALhamdulillah semakin banyak yang berqurban untuk saudara Muslim di KAmboja
Curahan rasa munir ardi @ ..Tanda Kolesterol yang dapat dijumpai pada Kaki
70% dari jualan online yer , suatu kejayaan besar tuh…alhamdulillah…
Curahan rasa papa mifz @ ..Kek Coklat 2 Tingkat oleh Mama Mifz Bakery
semoga amalan berqurban mendapat balasan yang setimpal dari yang Maha Esa..
cabaran banjir tu sudah pasti menguatkan lagi semangat untuk terus berqurban..
Curahan rasa Mus @ ..AirAsia Perkenalkan ‘Self-Tagging’ Untuk Bagasi
Alhamdulillah sempurna sudah aktiviti korban. Halangan itu adalah pemangkin semangat untuk terus berjaya menjalankan ibadah korban di sana.
Curahan rasa JunAina @ ..Market Value Rumah Meningkat
wao.. hebat program ni merentasi sempadan. Boleh di lanjutkan di teruskan lagi dan di harap para blogger menyokong usaha macam nih dengan sukarela.
Curahan rasa encikarman @ ..Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta
Tahniah atas kejayaan terlaksananya usaha murni korang wlupun tdapat halangan…
Curahan rasa belinda ishak @ ..Punca Suami Curang
syukur alhamdulliah..dapat juga mereka merasa daging segar hasil korban rakyat malaysia mereka ni. Insyallah jika ada rezeki tahun depan buat lagi korban ni
Alhamduliilah perkara baik walau ada halangan Allah mudahkan untuk semua 🙂
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Latest FB Ads Marketing Missing Chapter
Akhirnya terlaksana apa yang dirancangkan.
tahniah dan syabas atas usaha murni pihak eQurban:-)
Curahan rasa JMR @ ..Review Filem: Highland Tower
Walaupun banjir ,dapat juga laksanakan korban di sana .Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga EQurban
Curahan rasa wazy @ ..Rujukan Dan Strategi Dalam Kerjaya
Alhamdulillah, banya yang Qurban … semoga tahun depan lebih banyak lagi! Berbagi itu indah dan menyenangkan!
Curahan rasa Edi – aura ide @ ..Google Hummingbird dan Masa Depan SEO (Bagian 3)
usaha yang sangat mulia… Teruskan usaha yg murni ini wahai sahabat ku
Curahan rasa MrJocko @ ..Bahaya Rokok Seludup, Murah Tetapi Bahaya
tak sangka pula da cabaran..kena banjir pula…tapai syukur smeua dapat dilaksanakan dengan sempurna
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Khurafatkah Aku
Syukur alhamdulillah, semuanya bisa berjalan lancar…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Qurban di Kamboja Melalui eQurban
Comments are closed.