Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT percubaan untuk menganjurkan seminar di bulan Ramadan mendapat sambuatan yang sangat mengalakkan. Ramai yang memberi maklumbalas negatif apabila Akademi Denaihati Network mengumumkan akan menganjurkan “Seminar Sembang Hartanah”. Teringat kata Tn Hj Mohamad Sahar semasa merasmikan seminar katanya Ramadan bulan mujahadah, bulan berjuang, bulan beribadah dan bulan menambah ilmu BUKAN bulan bermalas-malasan.
Klik untuk tahu rahsia buat duit dengan Rumah Lelong
Syukur lebih daripada 60 peserta telah menyahut semangat perjuangan bulan Ramadan menghadirkan diri untuk menimba ilmu hartanah dari panel-panel hebat yang telah dijemput iaitu Tuan Samsudin Kadir, Tuan Saufi Karim, Tuan Faizul Ridzuan dan panel misteri Tuan Saiful. Semua ini nama besar dalam pelaburan hartanah bumiputera yang banyak pengalaman dan ilmu. Untuk mengetahui biodate mereka boleh baca dalam entri Blogger Ensem di “Seminar Sembang Hartanah“.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014019.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014111.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014212.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014300.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Antara perkataan yang paling melekat dalam minda ini adalah ucapan daripada En. Zainudin Kayat wakil Pengurus PKNS yang merupakan salah satu penaja utama Seminar Sembang Hartanah :
Lebih baik kita mencipta peluang supaya kita tidak perlu bersaing dengan orang lain
Memang dalam maksud tetapi penuh dengan inspirasi bagi yang memahami dan merupakan motivasi terbaik untuk dijadikan pedoman untuk melangkah lebih jauh dalam dunia yang semakin mencabar.
[box type=”shadow”]
Tuan Hj Mohamad Sahar, President Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor yang juga penaja utama seminar sembang hartanah juga banyak berkongsi informasi berguna yang boleh dijadikan panduan. Antara statistik yang dikongsikan adalah pelabur Bumiputera hanya menguasai kurang dari 7% bangunan komersial dan hanya ada 3% sahaja pemaju Bumiputera di Malaysia tidak termasuk syarikat yang dipunyai oleh GLC dan Agensi Kerajaan.[/box]
Sangat tepat usaha sungguh-sungguh yang dilakukan oleh AbangEnsem untuk menyedarkan kita semua betapa besar vacum Bumiputera dalam pelaburan hartanah jika dibandingkan dengan bangsa lain. Alhamdulillah kalau dahulu terlalu sedikit di kalangan Bumiputera yang ada minat untuk belajar ilmu hartanah tetapi kini semakin berubah. Belum terlambat untuk kita menceburi bidang hartanah yang telah melahirkan ribuan juatawan di Malaysia.
[box type=”info”]
Tuan Hj Mohamad Sahar juga berkongsi pengalaman main kutu hartanah bersama 40 orang rakan-rakan untuk membeli rumah kedai yang boleh kita tiru. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat dengan dianggotai oleh 40 orang dan setiap bulan setiap ahli akan membayar RM500 jadi jumlah terkumpul RM20,000 sebulan. Dalam tempoh 30 bulan mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM600,000 dan telah digunakan untuk membeli sebuah rumah kedai dua tingkat di Bandar Baru Bangi tanpa perlu pinjaman bank. Mungkin kita juga mampu bergerak bersama-sama begini tanpa perlu mengharap pinjaman bank untuk membeli bangunan komersial sebagai pelaburan.[/box]
Banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh para panel yang membuka mata peserta. Ilmu sudah ada yang penting untuk bertindak dengan berani tanpa rasa takut untuk gagal. Pengalaman akan menjadi cikgu terbaik untuk membawa kita ke peringkat berbeza dari masa kesemasa. Terus bersama Blog AbangEnsem.com dan tunggukan seminar hartanah yang akan dianjurkan secara berkala .. jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu untuk buat duit dengan pelaburan hartanah.
No related posts.
55 Comments
Aku masih lagi kekurangan ilmu pelaburan hartanah.. Tapi still rase bidang nie berpotensi besar untuk menjana keuntungan
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-25 Dari Jobdirumah
rebutlah peluang dan timba ilmu dari mereka yang berpengalaman dan berjaya..
Curahan rasa KiD @ ..Buka Puasa di Hospital Kajang
idea bergabung untuk membeli hartanah tu memang baik…
Curahan rasa zool @ ..Berbuka di rumah dan diluar – Apa pilihan anda?
Intinya jangan takut gagal dan atau adanya pesaing, Allah memberi rejeki kita dari segala arah.
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Info terbaru Pendaftaran Calon Pegawai Negeri Sipil (CPNS) 2013
@Denaihati,
Suatu info yang sangat bermanfaat. Jika @Denaihati jadi pengajur ‘k . u . t . u’
Saya pun nak sertai.. ^_^
Ikhlas,
Amin Johar
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..NAMA DOMAIN | DAFTAR DOMAIN
mesti byk ilmu yg dpt via seminar ni..untung sp bpeluang join ni..
Curahan rasa JMR @ ..Raya Moments of Closeness with Samsung
Menarik sebenarnya idea Tuan Hj Mohamad Sahar.. rasaya boleh praktikan juga untuk pelaburan hartanah ni..
Curahan rasa myvitrd @ ..Kecewa Dengan Fatwa Dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan
Ramai yang sertai Seminar macma ni. Pandai orang buat duit
Curahan rasa Qashmere @ ..Sambutan Hari Jadi El Qashrin Qaisara Yang Ke 3 Di Permata
Ramai jugak yer yang turut serta seminar tu..
Curahan rasa Fakarepain @ ..TOYOTA VIOS 2013 TELAH SEDIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Idea bermain kutu merupakan idea yang bagus tapinya ahli perlulah orang yg betul2 kita percaya sebab zaman sekrang ni ramai yg kaki kapur memandang dunia tanpa memikirkan akhirat.
Curahan rasa JunAina @ ..Resepi Roti Goreng Mudah dan Sedap
Kena buat cara official siap dgn surat perjanjian.
selagi harga belum paras bubble, selagi tu masih tak terlewat untuk melabur ^^
Curahan rasa Zuan @ ..Raya Moments of Closeness with Samsung
Menciptakan peluang jauh lebih baik dibanding bersaing untuk mendapatkan peluang yang ada. Sebuah quote yang sangat inspiratif.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Instansi Pusat dan Daerah yang Menerima CPNS 2013
biasa main kutu 1 2 ratus je… menarik dgn konsep yg diketengahkan ni…
Curahan rasa AUC @ ..Rujukan Umum Peperiksaan Gred F41
Saya suka konsep Tuan Hj Mohamad Sahar bermain kutu untuk membeli asset.
Curahan rasa akubiomed @ ..Membidik Full Moon di bulan Ramadhan
in sha Allah nak join..cuma setiap seminar tu adakah bermula dengan asas atau seminar dibuat ikut peringkat?
Curahan rasa cikgu naman @ ..MyKad Smart Shopper
Comments are closed.