Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT percubaan untuk menganjurkan seminar di bulan Ramadan mendapat sambuatan yang sangat mengalakkan. Ramai yang memberi maklumbalas negatif apabila Akademi Denaihati Network mengumumkan akan menganjurkan “Seminar Sembang Hartanah”. Teringat kata Tn Hj Mohamad Sahar semasa merasmikan seminar katanya Ramadan bulan mujahadah, bulan berjuang, bulan beribadah dan bulan menambah ilmu BUKAN bulan bermalas-malasan.
Klik untuk tahu rahsia buat duit dengan Rumah Lelong
Syukur lebih daripada 60 peserta telah menyahut semangat perjuangan bulan Ramadan menghadirkan diri untuk menimba ilmu hartanah dari panel-panel hebat yang telah dijemput iaitu Tuan Samsudin Kadir, Tuan Saufi Karim, Tuan Faizul Ridzuan dan panel misteri Tuan Saiful. Semua ini nama besar dalam pelaburan hartanah bumiputera yang banyak pengalaman dan ilmu. Untuk mengetahui biodate mereka boleh baca dalam entri Blogger Ensem di “Seminar Sembang Hartanah“.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014019.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014111.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014212.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014300.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Antara perkataan yang paling melekat dalam minda ini adalah ucapan daripada En. Zainudin Kayat wakil Pengurus PKNS yang merupakan salah satu penaja utama Seminar Sembang Hartanah :
Lebih baik kita mencipta peluang supaya kita tidak perlu bersaing dengan orang lain
Memang dalam maksud tetapi penuh dengan inspirasi bagi yang memahami dan merupakan motivasi terbaik untuk dijadikan pedoman untuk melangkah lebih jauh dalam dunia yang semakin mencabar.
[box type=”shadow”]
Tuan Hj Mohamad Sahar, President Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor yang juga penaja utama seminar sembang hartanah juga banyak berkongsi informasi berguna yang boleh dijadikan panduan. Antara statistik yang dikongsikan adalah pelabur Bumiputera hanya menguasai kurang dari 7% bangunan komersial dan hanya ada 3% sahaja pemaju Bumiputera di Malaysia tidak termasuk syarikat yang dipunyai oleh GLC dan Agensi Kerajaan.[/box]
Sangat tepat usaha sungguh-sungguh yang dilakukan oleh AbangEnsem untuk menyedarkan kita semua betapa besar vacum Bumiputera dalam pelaburan hartanah jika dibandingkan dengan bangsa lain. Alhamdulillah kalau dahulu terlalu sedikit di kalangan Bumiputera yang ada minat untuk belajar ilmu hartanah tetapi kini semakin berubah. Belum terlambat untuk kita menceburi bidang hartanah yang telah melahirkan ribuan juatawan di Malaysia.
[box type=”info”]
Tuan Hj Mohamad Sahar juga berkongsi pengalaman main kutu hartanah bersama 40 orang rakan-rakan untuk membeli rumah kedai yang boleh kita tiru. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat dengan dianggotai oleh 40 orang dan setiap bulan setiap ahli akan membayar RM500 jadi jumlah terkumpul RM20,000 sebulan. Dalam tempoh 30 bulan mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM600,000 dan telah digunakan untuk membeli sebuah rumah kedai dua tingkat di Bandar Baru Bangi tanpa perlu pinjaman bank. Mungkin kita juga mampu bergerak bersama-sama begini tanpa perlu mengharap pinjaman bank untuk membeli bangunan komersial sebagai pelaburan.[/box]
Banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh para panel yang membuka mata peserta. Ilmu sudah ada yang penting untuk bertindak dengan berani tanpa rasa takut untuk gagal. Pengalaman akan menjadi cikgu terbaik untuk membawa kita ke peringkat berbeza dari masa kesemasa. Terus bersama Blog AbangEnsem.com dan tunggukan seminar hartanah yang akan dianjurkan secara berkala .. jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu untuk buat duit dengan pelaburan hartanah.
No related posts.
55 Comments
pelaburan yang patut diceburi oleh golongan muda..
Malagnya saya tak ada ilmu bab ni..kalau ada ilmu dah lama blog niche kan padal hartanah..permintaanya tak ada susut nilai..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Sedu Sedan
makasih denai untuk infonya, acaranya sangat bermanfaat
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen herbalife Pekanbaru
acara yang sangat bermanfaat bagi para blogger, thanks denai
Curahan rasa ade sunandar @ ..Tips Menghilangkan Selulit
Bijak cara main kutu tu. Tapi kita kena cari rakan-rakan yang betul-betul boleh di percayai la kan. Takut nanti ada yang lari sebelum capai target tu. terima kasih tips ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tips Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 27 Julai 2013
Pelaburan hartanah memang sangat digemari saat emas bergerak turun harganya
Curahan rasa munir ardi @ ..Ulang Tahun Rosalind Franklin ke-93 di logo google hari ini
bukan mudah nak melabur hartanah nie
Curahan rasa mohdazahar @ ..6 kelebihan teh untuk kesihatan yang perlu anda ketahui
kalau tahu caranya taklah susah tu yg ilmu penting
salam.. info yang menarik nnti kelapangan blh join tambah ilmu..
Curahan rasa IniKalilah @ ..PRK Kuala Besut: Gambar Ustaz Azhar Turun Padang [Saksikan…]
Memang menarik juga pelaburan hartanah ni tapi buat masa sekarang, saya lebih fokus belajar ilmu pelaburan saham.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Wordless Wednesday #7 : Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah
Kena belajar dengan sifu-sifu hartanah ni bagaimana mereka berjaya dalam bidang hartanah. Jika ada peluang saya insya Allah pergi..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Senarai Harga Kereta Volkswagen Das Auto Terkini
aku dah lama minat hartanah nih, tapi belum nak mula2 lagi beli hartanah. Aku target nak beli rumah2 flat nak bagi sewa. perkara pertama ken buat ialah buat blog hartanah, boleh bleh jv dgn abgensem.. hehehe
Curahan rasa encikarman @ ..`Tablet Android’ Xplore lasak
Banyak juga tips yg dapat dalam seminar ni ye
Curahan rasa hafiz @ ..Wordless Wednesday 28 : Home made ikan bakar
tertarik dengan kata2 tu .. 🙂
“Lebih baik kita mencipta peluang supaya kita tidak perlu bersaing dengan orang lain
Curahan rasa Ejulz @ ..Keturunan Diraja Britain
Kalau dapat beli harta menerusi ‘force sale’ best giler. Tapi kena ada duit gak lah. Beli dari auction pun ok juga. Tak pun cari yang belum siap cuma risk nya kalau developer cabut je lah. Apa-apa pun, real estate skrg ni harga nya aduhai tsumawi… kecuali kawasan2 tertentu je lah.
Curahan rasa Ismail N @ ..Use This Coupon To Get 30% Discount At Hostgator
menarik juga cara Tuan Hj Mohamad Sahar berkongsi untuk beli dan melabur dalam hartanah,mungkin boleh belajar dari beliau juga nanti
Curahan rasa wazy @ ..Bubur Lambuk Johor Style
Comments are closed.