Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT percubaan untuk menganjurkan seminar di bulan Ramadan mendapat sambuatan yang sangat mengalakkan. Ramai yang memberi maklumbalas negatif apabila Akademi Denaihati Network mengumumkan akan menganjurkan “Seminar Sembang Hartanah”. Teringat kata Tn Hj Mohamad Sahar semasa merasmikan seminar katanya Ramadan bulan mujahadah, bulan berjuang, bulan beribadah dan bulan menambah ilmu BUKAN bulan bermalas-malasan.
Klik untuk tahu rahsia buat duit dengan Rumah Lelong
Syukur lebih daripada 60 peserta telah menyahut semangat perjuangan bulan Ramadan menghadirkan diri untuk menimba ilmu hartanah dari panel-panel hebat yang telah dijemput iaitu Tuan Samsudin Kadir, Tuan Saufi Karim, Tuan Faizul Ridzuan dan panel misteri Tuan Saiful. Semua ini nama besar dalam pelaburan hartanah bumiputera yang banyak pengalaman dan ilmu. Untuk mengetahui biodate mereka boleh baca dalam entri Blogger Ensem di “Seminar Sembang Hartanah“.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014019.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014111.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014212.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014300.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Antara perkataan yang paling melekat dalam minda ini adalah ucapan daripada En. Zainudin Kayat wakil Pengurus PKNS yang merupakan salah satu penaja utama Seminar Sembang Hartanah :
Lebih baik kita mencipta peluang supaya kita tidak perlu bersaing dengan orang lain
Memang dalam maksud tetapi penuh dengan inspirasi bagi yang memahami dan merupakan motivasi terbaik untuk dijadikan pedoman untuk melangkah lebih jauh dalam dunia yang semakin mencabar.
[box type=”shadow”]
Tuan Hj Mohamad Sahar, President Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor yang juga penaja utama seminar sembang hartanah juga banyak berkongsi informasi berguna yang boleh dijadikan panduan. Antara statistik yang dikongsikan adalah pelabur Bumiputera hanya menguasai kurang dari 7% bangunan komersial dan hanya ada 3% sahaja pemaju Bumiputera di Malaysia tidak termasuk syarikat yang dipunyai oleh GLC dan Agensi Kerajaan.[/box]
Sangat tepat usaha sungguh-sungguh yang dilakukan oleh AbangEnsem untuk menyedarkan kita semua betapa besar vacum Bumiputera dalam pelaburan hartanah jika dibandingkan dengan bangsa lain. Alhamdulillah kalau dahulu terlalu sedikit di kalangan Bumiputera yang ada minat untuk belajar ilmu hartanah tetapi kini semakin berubah. Belum terlambat untuk kita menceburi bidang hartanah yang telah melahirkan ribuan juatawan di Malaysia.
[box type=”info”]
Tuan Hj Mohamad Sahar juga berkongsi pengalaman main kutu hartanah bersama 40 orang rakan-rakan untuk membeli rumah kedai yang boleh kita tiru. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat dengan dianggotai oleh 40 orang dan setiap bulan setiap ahli akan membayar RM500 jadi jumlah terkumpul RM20,000 sebulan. Dalam tempoh 30 bulan mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM600,000 dan telah digunakan untuk membeli sebuah rumah kedai dua tingkat di Bandar Baru Bangi tanpa perlu pinjaman bank. Mungkin kita juga mampu bergerak bersama-sama begini tanpa perlu mengharap pinjaman bank untuk membeli bangunan komersial sebagai pelaburan.[/box]
Banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh para panel yang membuka mata peserta. Ilmu sudah ada yang penting untuk bertindak dengan berani tanpa rasa takut untuk gagal. Pengalaman akan menjadi cikgu terbaik untuk membawa kita ke peringkat berbeza dari masa kesemasa. Terus bersama Blog AbangEnsem.com dan tunggukan seminar hartanah yang akan dianjurkan secara berkala .. jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu untuk buat duit dengan pelaburan hartanah.
No related posts.
55 Comments
Sebelum beli hartanah, risik-risik dengan orang jabatan mana-mana tempat yang akan naik harga. Atau masa hadapan akan mengalami peningkatan ekonomi. Biasanya unit perancang ekonomi dan pejabat pegawai daerah orang yang paling awal tahu.
Curahan rasa waiman takwa @ ..Senarai Harga Kereta Volkswagen Das Auto Terkini
Setakat ni saya belum dapat hadirkan diri..belum kena lagi dengan jadual yang tak sibuk..In Syaa Allah akan hadir juga nanti..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Komisen Kelima Dan Keenam Job Di Rumah
jika ada lagi seminar macam nih lagi , Insya-Allah den akan turut serta…
Curahan rasa papa mifz @ ..Harga Ubat Sudah Naik Ke…??
Tertarik dengan sistem kutu untuk beli hartanah tu..Denaihati network taknak buat satu ke? Kot2 boleh join sama…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Bukan Salah Ibu Mengandung
teringin nak pergi seminar..tapi masa dan hari memang selalu tak kena..
Curahan rasa titan @ ..Writting is my passion.
Bro Denaihati, serius bila baca entry ni, pastu diletakkan statistik penguasaan bumiputra dan juga seminar yg dianjurkan Denaihati dan AbangEnsem, saya merasakan benda ni wajib dijalan kan terus menerus dan membantu bumiputra untuk belajar dan menguasai bidang ini
Curahan rasa Juan @ ..Pengalaman Bersahur dan Juadah Berbuka Puasa
wah! Abang Ensem masuk liputan Astro Awani ..
Saya pun sudah berkira-kira nak cuba libatkan diri dalam bidang hartanah ni.
Curahan rasa Fyzal @ ..Increase Unique Visitors to Your Blog? It Is All About Keywords & SEO
Tahniah saya ucapkan kepada Krew Akademi Denaihati Network… kerana berjaya menganjurkan seminar pelaburan hartanah .. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Konvensyen Usahawan Muslim 2013 untuk Semua rakyat Malaysia
Akademi Denaihati Network semakin inspiratif..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Instansi Pusat dan Daerah yang Menerima CPNS 2013
terbaik tips2 yang di kongsikan. main kutu hartanah… tak pernah terpikir sampai macam tu.
Curahan rasa sepol @ ..Senarai Usahawan Muslim Berjaya
sangat teruja dengan konsep rumah EvoX yang diwar-warkan oleh Tuan Hj Mohamad Sahar… jika berjaya ianya banyak membantu golongan eksekutif…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Si Pemikat Gadis
Menarik cadangan tersebut.. Jika dikumpulkan boleh membeli sebuah rumah dengan bayaran tunai!
Curahan rasa abangkhai @ ..A dad who knows the pain
hebat2 diorang nih ^_^
part main kutu tue yang best.
Curahan rasa fyna @ ..Raya Moments of Closeness with Samsung
Konsep ni dah lama orang cina buat utk beli macam-macam bagunan kediaman dan komersial.
Konsep seperti ini sangat baik untuk menjadi rujukan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Instansi Pusat dan Daerah yang Menerima CPNS 2013
Hanya saja kalau di Indonesia harus dapat izin terlebih dahulu dari sebuah lembaga yang bertajuk OJK (Otoritas Jasa Keuangan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Instansi Pusat dan Daerah yang Menerima CPNS 2013
Supaya tidak serupa dengan kasus Ustadz Yusuf Mansyur
Curahan rasa Bang Iwan @ ..ROSALIND FRANKLIN – Ilmuwan Peneliti Struktur DNA di Logo Google Hari Ini
Wow, memang duit kutu tu saya minat. Jika tim DH nak anjur jangan lupa offer pada saya juga. 🙂
Curahan rasa halif @ ..Surat Tawaran
semua speaker adalah hebat belaka…
Insyallah jika ada kelapangan next time nak juga turut serta…
Curahan rasa daddydee @ ..Duhai Pemandu Malaysia Memandulah Dengan Mata Dan Hati
Comments are closed.