Panduan mengurangkan jumlah url di blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada teman blogger yang respond entri Adakah blogger kenal blog sendiri dan sudi bantu denaihati untuk selesaikan isu url yang lebih daripada 100 mengikut Meta Tag Analyzer. Pada awalnya mengikut analisa tersebut blog denaihati ada 132 url dan ini boleh menyebabkan masalah di search engine tertentu. Jumlah url terbaik yang dicadangkan adalah kurang dari 100. Aku dah nampak masalah ini sejak setahun yang lalu dan ini adalah antara sebab aku berhijrah ke domain sendiri. Aku pun tak beberapa faham sangat isu walaupun dah cuba beberapa kali mengubahsuai. Yang jadi masalah bagi aku adalah mengenal pasti link mana yang dikira berlebihan tu.

dofollow link analisa oleh SEO doctor

Mengikut panduan Kak Jie owner blog kujie2.com dan Azuanrazi owner blog azuanrazi.com cara mudah untuk mengenalpasti adalah dengan menggunakan tool SEO Doctor adds on yg boleh dipasang di firefox. Aku pernah nampak cerita SEO doctor ni di blog kak jie tapi tak berapa faham sangat. Mengikut SEO doctor semua dofollow link akan berwarna kuning. Sekarang dah faham dah.

Antara panduan yang boleh aku kongsikan untuk mengurangkan jumlah url di blog yang telah aku lakukan adalah :

1. Panduan dari kak jie yang di email kepada aku adalah :

a. Jadikan link dofollow di mainpage kepada link nofollow dengan memasukkan rel=”nofollow” di hadapan link yang terdapat di mainpage contoh rel=”nofollow”  href=”http://twitter.com/denaihati”

b. Kurangkan bilangan entri di mainpage lagi pun kan dah ada recent posts. Aku kurangkan dari 10 ke 5.

c. Buang link yang tak penting jadi aku dah buang link FB sebab dah ada FB Fanpage.

2. Panduan dari Greenlava owner blog BloggerSentral.com melalui komen beliau di entri Adakah blogger kenal blog sendiri :

a. Kurangkan katogeri jadi aku dah buang lebih daripada 10 katogeri dan tukar jadikan tag.

b. Unlink kan comment count. (Aku tengah fikir nak buat macam mana tapi pasti ada cara dan kesannya.

Semua panduan di atas benar-benar telah mengurangkan jumlah url dan Meta Tag Analyzer dah bagi warna hijau. Ada sesiapa lagi nak tambah panduan mengurangkan url sangat-sangat dialu-alukan. Bak kata pepatah orang tua Sharing is caring. Kepada pengguna wordpress boleh install plugin All in One SEO untuk memantapkan Meta Tag. Semua ni penting kalau kita betul-betl serious nak berblog tak percaya baca entri terbaru Ariffshah.com.

Next projek aku nak tukarkan warna merah Web Page Analyzer ke warna hijau. Ada yang boleh bantu ke? Kepada yang nak membantu sila check result denaihati di http://analyze.websiteoptimization.com.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

180 Comments

    1. Dari pada Meta Tag Analyzer katanya :“Some Search Engines have problems with more than 100 urls on a page.” Dalam bahasa kita akan ada masalah untuk search engine tertentu crawl ke blog kita la tu akibatnya agak susah lah visitor nak jumpa blog kita kat search engine.

  1. rasanya semalam paling banyak balas email pengunjung – bukan denaihati.com je

    dah mungkin semalam juga paling panjang tulis email..hehe

    kadang² faham tapi tak berapa pandai nak menerangkan pada orang kecuali orang yang bertanya…bahasa tunggang langgang

    bukan cikgu yang baik…
    Curahan rasa Kujie @ ..109 Visitors Untuk 22 Minit 40 SaatMy Profile

  2. Sy lebih suka guna Search Status Add Ons Firefox kalau nak check nofollow. Rasanya comment tu tak perlu nak di Unlink. Sebab comment count tu ada kelebihannya tersendiri.. Kita blh tahu samaada org yg komen tu baca ataupun tak entry kita.

    Dah dapat kaler hijau tu, dah bagus tu.. 🙂
    Curahan rasa Azuan @ ..Download Drama Chinta Akasia TV3My Profile

        1. Amboi nak gelak.. realiti tu.. cuba check blog kat luar tu, berlambak macam tu.. sakit telinga nak buka blog ada music.. kalau berblogwalking terpaksa buka lebih daripada satu blog yang semuanya ada music tersendiri, boleh jadi “buta pendengaran” terus.. hehe.. Sorry kalau menyinggung siapa2, tapi memang benda ni realiti.
          Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM CandidatesMy Profile

  3. biasanya bilangan link ni saya optimize untuk front page je (domain: ariffshah.com) sebab crawler akan masuk dari situ.

    untuk page-page lain macam susah tapi kalau nak gak, boleh kurangkan displayed comments dalam single post. kalau camtu kena cari theme yang boleh pecah komen kepada beberapa page.
    Curahan rasa ariff @ ..Ebook SEO Starter Guide Google TerbaruMy Profile

    1. ok juga ada recent post tapi kurangkan jumlah entri pada main page tu. aku pun tengah fikir2 nak reduce jumlah entri dan lebihkan recent post sebabnya bila visitor masuk terus ke entri diaorang akan nampak recent post kat sidebar tu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!