Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kat sini tak pernah naik kapal terbang angkat tangan. Dulu naik kapal terbang memang suatu perkara yang sangat pelik tetapi AirAsia telah mengubah segalanya. Teringat kisah kawan yang pertama kali naik kapal terbang masa take off pegang kerusi macam nak tercabut .. ada ke kawan-kawan yang macam tu?? Setelah entri kontroversi nasi lemak AisAsia menjadi panas jom pulak kita baca kisah pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia dari Blogger Kujie yang tak perlu diperkenalkan lagi.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Cara Beli Tiket AirAsia Online
Entri ini diterbitkan atas permintaan seorang teman yang sedang merancang bercuti. Beliau akan membeli tiket kapal terbang secara online buat pertama kalinya. Semua orang pun akan rasa gugup , rasa senak perut untuk buat sesuatu buat kali pertama. Apalagi kalau membabitkan transaksi wang secara online. Takut tersilap, takut tersalah.
KLIK UNTUK TEMPAH HOTEL SECARA ONLINE – DISKAUN SEHINGGA 60%
Moga panduan membeli tiket kapal terbang AirAsia online ini dapat mengurangkan serba sedikit debar rakan kita tersebut.
Cara membeli tiket kapal terbang online mungkin berbeza dari masa ke semasa tetapi secara asasnya seperti ini.
- Login ke laman web AirAsia. Lebih mudah kalau terus mendaftar. Lain kali nak beli lagi, boleh login saja.
- Pilih lokasi yang dikehendaki, tarikh pilihan dan bilangan yang akan turut serta di bahagian carian .
Walaupun ada pilihan untuk tiket anak-anak, harga tiket kapal terbang adalah sama untuk semua orang – dewasa atau kanak-kanak. Bayi adalah untuk yang berumur 9 hari hingga 24 bulan.
Carta yang diberi adalah untuk pilihan 7 hari. Pilih saja mana satu penerbangan yang dikehendaki.
Tips Membeli Tiket Murah AirAsia
- Kalau nak cari tiket harga murah, semak setiap hari dan waktu penerbangan. Harga berbeza untuk hari berbeza dan waktu penerbangan berbeza.
- Beli awal. Lokasi popular mungkin lebih cepat habis tiket murah tersebut.
- Tiket murah tidak bermaksud semua tempat duduk di dalam satu penerbangan itu berharga murah. Setiap penerbangan mempunyai kuota tiket harga murah yang berbeza.
- Harga tiket murah AirAsia tidak termasuk cukai lapangan terbang dan caji bahan api kecuali disebut sebaliknya. Cukai lapangan terbang berbeza bagi setiap tempat.
- Sekarang kita boleh cari tiket harga murah AirAsia dalam julat masa 4 minggu. Klik saja di penjuru kanan ( view by month ) untuk menyemak penerbangan dalam sebulan.
- Kalau travel jauh bagus order makan seperti Nasi Lemak Pak Nasser secara online sebab ada diskaun 20%.
Senang nak cari waktu bila ada tiket harga murah AirAsia dengan carta sebulan. Senang nak rancang waktu sesuai untuk pergi dan balik.
Bila dah pilih, klik teruskan dan isi butir peribadi.
Tempahan tiket antarabangsa AirAsia tidak perlukan nombor passport. Dulu kena isi, sekarang boleh beli tiket, kemudian baru pergi buat passport. Pastikan nama yang ditulis itu betul mengikut Kad Pengenalan.
Buat juga pilihan penerbangan seperti berat bagasi yang dibawa, tempahan makanan atau permintaan istimewa. Kalau nak diraikan dengan karpet merah pun boleh. Bayar saja. Lihat juga harga yang kita perlu bayar untuk insuran penerbangan.
Bagasi boleh dibeli kemudian ( add on ) kalau ingin menambah barang yang dibawa selewat-lewatnya 4 jam sebelum penerbangan.
Boleh juga beli tiket bas online dari KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan ke KLCC.
Selesai semua pilihan, buat pilihan cara bayaran beli tiket online AirAsia. Boleh guna Debit kad atau Kredit kad. Jangan lupa lihat juga caj yang dikenakan untuk memproses pembayaran tersebut.
Selepas itu, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Apa-apa rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan tersebut.
14 hari sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Biasanya saya check in 3-4 hari sebelum terbang.
- Masuk ke laman web Air Asia dan klik Check-in.
- Kalau check in di kaunter , bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket.
Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau.
- Pilih opsyen telefon pintar semasa proses daftar masuk dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod bar untuk mencetak.
- Pilihan terima melalui email – Pilih opsyen ini semasa proses daftar masuk untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
Ini contoh Boarding Pass AirAsia. Dah siap nombor tempat duduk. Tak perlu nak berebut-rebut macam dulu. Sewaktu melalui balai berlepas, nombor gate akan diberikan.
Tiba harinya, datang lebih awal kerana kita mungkin tidak biasa dengan pintu berlepas atau proses pemeriksaan yang perlu dilalui.
Selamat bercuti dan nikmati pengalaman pertama kali naik kapal terbang. Jangan pejam mata sewaktu take off takut jantung tertinggal! ha ha ha
Baca juga Tips beli tiket AirAsia paling murah.
110 Comments
Tak pernah cuba lagi. Tunggulah kalau nak bercuti nanti, google balik entri ini ya. Hee. Terima kasih untuk perkongsian panduan membeli tiket kapal terbang secara online ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
Kali pertama memang kekok beli tiket cara online tapi lama-lama dah jadi expert beli tiket secara online kat airasia. Mampu pergi indonesia sahaja. 😀
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Nak buat tempahan tiket melalui Air Asia ni, mudah sebab online.
Tapi saya nasihatkan anda beberapa perkara kerana dah banyak kali terjadi.
1. Sila cek betul-betul harga akhir. Ramai ingat harganya murah, tetapi sebenarnya di sana ada kos dan caj lain turut dikenakan. Jika dah setuju dengan harga akhir, barulah sahkannya.
2. Rancang betul-betul jadual perjalanan anda. Ada juga yang tak dapat guna tiket Air Asia yang dah dibeli sebab tersilap pilih tarikh, malah kerana tak sahkan betul-betul sama ada tarikh booking tu ada kekosongan atau tak. Kesilapan sebegini akan menyebabkan tiket anda terbazir begitu sahaja.
3. Sentiasa alert dengan tarikh tiket. Ada yang terlajak kerana terlupa tiket dah dibeli pada tarikh sekian sekian, atau checkin silap tarikh. Sayanglah kalau berlaku macam tu.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Rasanya di pasaraya ada kedai-kedai agen kepada syarikat penerbangan, contohnya Air Asia.
Kalau tempah di situ, mesti ada kos servis yang perlu dibayar kepada agen.
Nasihat saya, beli sendiri. Panduan ini pastinya amat membantu anda.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Bos company kawan saya selalu menasihatkan kakitangan beliau supaya sentiasa memantau kalau-kalau ada kempen promosi dan harga diskaun daripada Air Asia. Beliau sendiri kalau nak ajak kakitangannya melancong sebagai aktiviti syarikat, akan cari harga termurah.
Memang pandai, lokasi dan tarikh akan jadi perkara kedua penting. Asalkan murah, syarikat boleh beraktiviti sambil menjimatkan kos.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
panduan berguna untuk aku juga ni..sebab aku tak ernah naik kapal terbang..serius ni..manalah tahu aku pun jadi maca kawan bro DH tu sampai pegang kerusi ketat-ketat takut punya pasal kan
Panduan yang bagus buat semua.
Wan pernah beberapa kali buat secara online. Mudah jugak la. Walaupun awalnya pening-pening lalat.
Kena bijak timing. Kalau last minit memang mahal la kan. Tukar tarikh pun tinggi charge nya juga.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Sya tak faham mcm mne nk beli tiket secara online…
Debit kad tu kad ATM ke? Saya konfius sikit.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Gadis Peugot CDM25
Selain terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang yang punyalah ramai (sebab lobi menunggu sempit), nilah first time saya naik flight tanpa merasa makanan selama 2 jam! T__T
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Nasib baiklah masa saya naik tu flight malam, makan pun dah makan 2 jam sebelum flight, jadi dalam kabin tu tidur ajelah sebelum sampai KL.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Wah, sukalah dengan perkongsian yang ini! First time saya naik Air Asia hujung Mei lalu. Pengalaman naik Air Asia lain sungguh dengan penerbangan lain.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
orang kata air asia ni perangkap customer yg kurang pandai beli tiket secara online
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
Yakah? Saya belum ada pengalaman beli tiket flight secara online, biasanya abang sepupu saya yang uruskan. :3
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
sampai sekarang masih lagi blur bila nak beli tiket air asia.
hahah! kena buat dgn hati2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
Comments are closed.