P.Ramlee Mana Kan Ku Cari Ganti

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau di Indonesia terkenal dengan Benjamin S artis tersohor yang telah pergi meninggalkan nama. Di Malaysia Tan Sri P Ramlee mendapat penghormatan setelah beliau pergi selamanya. Seorang artis tersohor yang mempunyai berbagai kemahiran dalam berbagai cabang seni menjadikan P Ramlee artis yang hilang tanpa penganti. Dari anak kecil hingga atuk moyang pasti ingat dan mengenali siapa itu P Ramlee.

Siapa yang lupa dengan suka duka sedih lawak filem-filem seniman lagenda antaranya Bujang Lapok, Do Re Mi, Ibu Mertuaku, Ahmad Albab, Madu Tiga, Keluarga 69, Anakku Sazali, Penarik Beca, Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul, Sarjan Hassan, Antara Dua Darjat dan banyak lagi. Begitu juga lagu seperti Dendang Perantau, Azizah, Anakku Sazali, Barang Yang Lepas, Berkorban Apa Saja, Bulan Di Pagar Bintang dan banyak lagi.

Seniman Lagenda P Ramlee

Sehingga kini industri seni negara masih tercari-cari penganti penganti Seniman Agung Tan Sri P Ramlee. P Ramlee manakan ku cari ganti. Apakah filem P. Ramlee yang paling best bagi ANDA mungkinkan Pendekar Bujang Lapok??

Mungkinkah akan ada Seniman sekarang dapat menghampiri kehebatan P. Ramlee??

168 Comments

  1. Biar pun berkali2 tengok filem P.Ramlee tapi tak pandai jemu2.. Saudara2 saya yang umur 10 tahun pun suka sangat tengok filem P.Ramlee.. sanggup tahan tidur semata2 nak tunggu filem P.Ramlee.

      1. Memang wajib setiap kita ada koleksi P.Ramlee.. Entah mana dah video saya tu hilang (pernah ada koleksi video P.Ramlee, zaman VCD belum naik lagi).. haha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!