Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Olimpik London 2012 sudah bermula dengan perasmian gilang gemilang. Malaysia seperti Olimpik yang lepas menghantar wakil tetapi penyertaan Olimpik London 2012 bukan sekadar melengkapkan jadual. Penyertaan Malaysia kali ini dengan sebahagian atlet yang bertaraf dunia yang mungkin boleh memecah kemarau pingat emas selama 56 tahun. Bangga semacam bila tengok kontigen Malaysia keluar didahului pembawa bendera Pandelela Rinong olahragawati 2011.
Harapan negara tentulah kepada pemain Badminton no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan pengayuh basikal pecut negara Mohd Azizulhasni Awang untuk membawa pingat emas pertama negara. Walaubagaimana pun tidak mustahil ada kejutan sebagaimana tewasnya pasukan bola sepak Sepanyol kepada Jepun.
Rakyat 1Malaysia pasti mendoakan kejayaan kontingen Malaysia yang pasti akan berjuang bersungguh-sungguh antaranya Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohd, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim, Lee Hup Wei, Noraseela Mohd Khalid, Josiah Ng Onn Lam, Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustapa Rusli, Fatehah Mustapa, Bryan Nickson Lomas, Huang Qiang, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, Traisy Vivien Tukiet, Leong Mun Yee, Yu Peng Kean, Khairulnizam Mohd Afendy, Heidi Gan dan Khoo Cai Lin.
Satu Dunia juga sedang memerhati Pregnant Olympian, Nur Suryani Mohamed Taibi atlet menembak negara yang merupakan satu-satunya atlet sedang mengandung lapan bulan bersaing untuk mendapat pingat di Olimpik London 2012. Memang tabik pada Nur Suryani yang kuat semangat dengan membawa kandungan 8 bulan bukannya mudah. Ini anak pertama beliau setelah menunggu beberapa tahun dan juga kali pertama terpilih menyertai olimpik jadi bukan mudah untuk membuat keputusan. Semangat begini yang mesti dijadikan teladan untuk maju dalam hidup.
Rakyat Malaysia boleh mengikuti update terkini Olimpik London 2012 :
1. Live Olimpik London 2012 di TV2 RTM.
2. Live Olimpik 2012 2012 di Channel Olimpik Astro 823 dan 841 (HD)
3. Live di Official Olympic Channel Youtube.
4. Live streaming di stadium twitter dengan hashtag #OlimpikLondon
5. Dapat keputusan terkini Olimpik London 2012 @ Olympic Result
6. Kedudukan terkini pingat Olimpik London 2012 @ Jadual Pingat Olimpik London 2012
7. Keputusan terkini kontingem Malaysia @ Malaysia Olimpik London 2012
Semuga pingat emas yang ditunggu selama 56 tahun oleh Malaysia akan menjadi kenyataan di Olimpik London 2012.
Keputusan Olimpik London 2012 kontigen Malaysia
28/7 : Badminton Double : Kien Keat Koo/Boon Heong Tan (Malaysia) beat Naoki Kawamae/Shoji Sato (Japan) 21-12 21-14
2/8 : Keputusan Lee Chong Wei vs Simon Santoso 21 -12, 21 – 8. Peringkat suku akhir menentang Kashyap Parupalli.
3/8 : Keputusan suku akhir Badminton Single : Lee Chong Wei vs Kashyap Parupalli 21 – 19, 21 – 11. Peringkat separuh air menentang Cheng Long.
3/8 : Keputusan Suku Akhir Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong Tan vs Bodin Issara-Maneepong Jongjit 21 – 16, 21 – 18. Peringkat separuh akhir menentang Cai Yun-Fu Haifeng.
4/8 : Keputusan semi final Badminton Single : Lee Chong Wei vs Cheng Long 21 – 13, 21 – 14. Gambar menarik perlawanan Semi Final Badminton London 2012. Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan akan berlansung pada jam 8.00 pm, 5/8/12.
4/8 : Semifinal Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong vs Cai Yun-Fu Haifeng 9 – 21, 19 -21
5/8 : Keputusan Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan.
MALAYSIA BOLEH!!
222 Comments
karena banyak kegiatan di bulan Ramadhan ini, maka tak sempat nonton Olimpiade London 2012
Curahan rasa Dadan @ ..Info Alokasi Formasi CPNS Kemenkes 2012
harap2 malaysia dapat memiliki pingat….
saya juga harap begitu, siti…
Curahan rasa Nana @ ..Ahli Perniagaan Mati Ditembak
harapan kita pada badminton pulak skrg 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Blog Kena Godam lagi kali ke 3
Kecuali badminton, nampak sukan yg lain agak payah nak menang. Nampak jelas kemjuan pesat dicapai negara2 lain terutama China dan Australia bila beberapa rekod dunia dan Olimpik dipecahkan. Happy dgn persembahan KKK-TBH setakat ini. Mungkin semangat olimpik berjaya kembalikan motivasi mereka yg agak luput kebelakangan ini.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Tarikh Tayangan Filem Tanda Putera
harap2 dapat lah pecah rekod tuk emas. sapa2 pun x kesah. kalu tak dapat 1 dapat 2 emas pun ok
Curahan rasa drsuri @ ..Promosi Live Body Nosode Theraphy Percuma
wah.tak sangka ada atlit kita yg popular di luar negara.haha.
Curahan rasa khairil @ ..Mr Bean, James Bond, Beckham Meriahkan Perasmian Olimpik London 2012 (25 Gambar)
Nonton Olimpiade 2012 tak kalah ramainya dengan EURO 2012 kemarin. Semoga negara kita bisa berjaya tahun ini !!
Curahan rasa Share With Irfan @ ..Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia
Malaysia dan Indonesia akan berjaya di Olimpik 2012 London !!
Curahan rasa Share With Irfan @ ..Formasi CPNS Kemenkes 2012 Seluruh Provinsi Indonesia
Semoga demikian seperti yang kita harapkan
Curahan rasa munir ardi @ ..Foto – Foto Salad Pizza Hut yang Hmmmmm Yummi
wah. femes lah mesia kali ni.
Curahan rasa Oh! budu @ ..contest brought to you by sunlight : detik bersama sunlight
Nur Suryani berjaya juga melaksanakan tugas walaupun dalam keadaan mengandung tu..
Curahan rasa zool @ ..Terima kad raya pertama
Persembahan pada hari pertama tiada yang boleh dibanggakan sangat. harap ada persembahan cemerlang pada hari seterusnya
Curahan rasa zool @ ..Motosikal kuda
perjuangan untuk negara tercinta. walaupun mngandung tapi tetap aktif juga…
Curahan rasa Nana @ ..Ahli Perniagaan Mati Ditembak
Nur Suryani Mohamed Taibi menjadi berita di seluruh dunia tapi tenggelam bila dlm acara menembak, belum cukup latihan, mungkin corak latihan tidak sistemetik # terkini- guna latihan secara simulasi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jom Join Contest Kami Bro…..framestone “Bina Dialog Menarik”
Sesuatu latihan mestilah lebih terkini dan sistematik ketika latihan supaya tidak ketinggalan dgn negara lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
memang segala sesuatunya membutuhkan latihan yang maksimal agar memperoleh hasil yang memuaskan sahabat sensasi2020
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Alokasi Formasi CPNS Kemenkes 2012
Tiada hasil yang bagus tanpa latihan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Alokasi Formasi CPNS Kemenkes 2012
Latihan yang rutin menjelang perlombaan akan sangat mendukung performanya pada saat perlombaan sesungguhnya di adakan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Alokasi Formasi CPNS Kemenkes 2012
Sungguh mustahil bila sebuah prestasi didapatkan tanpa latihan yang baik
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Alokasi Formasi CPNS Kemenkes 2012
Dan itu berlaku pada tiap kejuaraan atau pun perlombaan apapun
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Alokasi Formasi CPNS Kemenkes 2012
Latihan terutama ujicoba dan mengikuti pertandingan eksebisi
Curahan rasa munir ardi @ ..Tanda-tanda Serangan Jantung akan menimpa anda
Ramai peserta Malaysia dah terkeluar dlm persaingan spt memanah, menembak, acara terjunam berirama cuma badminton masih menceriakan kontijen Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Semoga atlet Malaysia sentiasa bersedia berjuang utk negara kita, buat yg terbaik….tunjukkan bahawasannya kita boleh “Malaysia Boleh”.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Tunggal Putra Malaysia di Badminton unggulan Pertama dunia
Curahan rasa munir ardi @ ..London 2012 Archery/Google Logo Hari ini
selamat dan sukses yang akan bertandng untuk negaranya
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Medan
YA demi negara berjuang sekuat tenaga
Curahan rasa munir ardi @ ..London 2012 Diving/logo Google hari ini
lagi ngandung ikut olimpiade,,moga sukses
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen herbalife Semarang
Comments are closed.