Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Olimpik London 2012 sudah bermula dengan perasmian gilang gemilang. Malaysia seperti Olimpik yang lepas menghantar wakil tetapi penyertaan Olimpik London 2012 bukan sekadar melengkapkan jadual. Penyertaan Malaysia kali ini dengan sebahagian atlet yang bertaraf dunia yang mungkin boleh memecah kemarau pingat emas selama 56 tahun. Bangga semacam bila tengok kontigen Malaysia keluar didahului pembawa bendera Pandelela Rinong olahragawati 2011.
Harapan negara tentulah kepada pemain Badminton no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan pengayuh basikal pecut negara Mohd Azizulhasni Awang untuk membawa pingat emas pertama negara. Walaubagaimana pun tidak mustahil ada kejutan sebagaimana tewasnya pasukan bola sepak Sepanyol kepada Jepun.
Rakyat 1Malaysia pasti mendoakan kejayaan kontingen Malaysia yang pasti akan berjuang bersungguh-sungguh antaranya Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohd, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim, Lee Hup Wei, Noraseela Mohd Khalid, Josiah Ng Onn Lam, Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustapa Rusli, Fatehah Mustapa, Bryan Nickson Lomas, Huang Qiang, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, Traisy Vivien Tukiet, Leong Mun Yee, Yu Peng Kean, Khairulnizam Mohd Afendy, Heidi Gan dan Khoo Cai Lin.
Satu Dunia juga sedang memerhati Pregnant Olympian, Nur Suryani Mohamed Taibi atlet menembak negara yang merupakan satu-satunya atlet sedang mengandung lapan bulan bersaing untuk mendapat pingat di Olimpik London 2012. Memang tabik pada Nur Suryani yang kuat semangat dengan membawa kandungan 8 bulan bukannya mudah. Ini anak pertama beliau setelah menunggu beberapa tahun dan juga kali pertama terpilih menyertai olimpik jadi bukan mudah untuk membuat keputusan. Semangat begini yang mesti dijadikan teladan untuk maju dalam hidup.
Rakyat Malaysia boleh mengikuti update terkini Olimpik London 2012 :
1. Live Olimpik London 2012 di TV2 RTM.
2. Live Olimpik 2012 2012 di Channel Olimpik Astro 823 dan 841 (HD)
3. Live di Official Olympic Channel Youtube.
4. Live streaming di stadium twitter dengan hashtag #OlimpikLondon
5. Dapat keputusan terkini Olimpik London 2012 @ Olympic Result
6. Kedudukan terkini pingat Olimpik London 2012 @ Jadual Pingat Olimpik London 2012
7. Keputusan terkini kontingem Malaysia @ Malaysia Olimpik London 2012
Semuga pingat emas yang ditunggu selama 56 tahun oleh Malaysia akan menjadi kenyataan di Olimpik London 2012.
Keputusan Olimpik London 2012 kontigen Malaysia
28/7 : Badminton Double : Kien Keat Koo/Boon Heong Tan (Malaysia) beat Naoki Kawamae/Shoji Sato (Japan) 21-12 21-14
2/8 : Keputusan Lee Chong Wei vs Simon Santoso 21 -12, 21 – 8. Peringkat suku akhir menentang Kashyap Parupalli.
3/8 : Keputusan suku akhir Badminton Single : Lee Chong Wei vs Kashyap Parupalli 21 – 19, 21 – 11. Peringkat separuh air menentang Cheng Long.
3/8 : Keputusan Suku Akhir Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong Tan vs Bodin Issara-Maneepong Jongjit 21 – 16, 21 – 18. Peringkat separuh akhir menentang Cai Yun-Fu Haifeng.
4/8 : Keputusan semi final Badminton Single : Lee Chong Wei vs Cheng Long 21 – 13, 21 – 14. Gambar menarik perlawanan Semi Final Badminton London 2012. Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan akan berlansung pada jam 8.00 pm, 5/8/12.
4/8 : Semifinal Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong vs Cai Yun-Fu Haifeng 9 – 21, 19 -21
5/8 : Keputusan Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan.
MALAYSIA BOLEH!!
222 Comments
cabaran olimpik 2012 kepada atlit kita sangat tinggi,ada di kalangan pegawai olimpik dapat rasa genggaman pingat tetapi masih berteka-teki.Harap Malaysia Boleh!
Curahan rasa keretahitam @ ..Lazy Saturday
kagum dengan semangat pasukan bolasepak jepun
Curahan rasa hatiputera @ ..Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2012
Terima kasih atas link Official Olympic Channel Youtube-nya ya….
Curahan rasa Share With Agung Talaga @ ..Cara Membuat atau Memasang Daftar Isi Blog Berdasarkan Tanggal Postingan
Badminton beregu lelaki layak ke pusingan seterusnya.
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Contest Reka Dialong Bro Framestone
baru aje tengok petang tadi..team memanah kalah plak dengan mexico..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 19 dari Innity
Semua rakyat Malaysia menantikan kejutan daripada atlit kita hadiahkan emas untuk negara.
Curahan rasa akubiomed @ ..Coretan pada bulan Ramadhan
Semoga saja sahabat Malaysia bisa mendapatkan Emas
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS BNN 2012
Semoga pula Indonesia bisa menunjukkan prestasi terbaiknya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS BNN 2012
Dan semoga pula Indonesia bisa membawa pulang medali yang banyak aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS BNN 2012
Semoga masing-masing atlit negara bisa menunjukkan performanya terbaiknya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS BNN 2012
Dan membawa nama baik masing-masing negara
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS BNN 2012
Harapan dari kedua-duan negara berjiran supaya dpt membawa pulang pingat emas demi utk membanggakan dan menaikkan nama negara sendiri di pentas dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Persembahan yang diberikan perlu sepenuh semangat kesukanan demi utk menaikkan nama benua Asia Tenggara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Sama-sama kita sokong negara masing2, supaya dpt gold medal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Kejutan yang pasti sukar ditempuhi jika, prestasi tahap Olimpik diambil kira kecuali badminton dan basikal ada peluang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Salut, atlit putri yang mempunyai semangat juang yang tinggi, perlu dicontoh.
Curahan rasa Sehat dan langsing @ ..Agen Herbalife Magelang
Dlm acara menembak lelaki berpasukan kita di tempat ke 10, tapi terkandas ke pusingan seterusnya kalah kepada Mexico.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Kenapa acara squash tidak dipertandingkan, kalau tidak dah pasti digalas oleh Datuk Nicol Ann David. Pasti satu pingat emas dlm genggaman.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Tidak lupa juga dlm acara basikal iaitu Mohd Azizulhasni Awang, semoga beliau dlm keadaan terbaik utk berjuang dlm acara kegemarannya utk harapan negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Semoga Datuk LCW, berjaya membawa pingat emas utk Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Tahniah,semua kontigen Malaysia berjuang membawa pulang sebutir pingat emas buat negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Ya, malaysia boleh. Lcw ada harapan 🙂
Itulah yang diharapkan pingat emas drp Datuk LCW dlm acara badminton.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
fuhh nasib baik lapan bulan kalau 7 bulan tak lepas naik kapal tu kot
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Anak Siapa Lah Ni?
Ada harapan ke dia dapat pingat utk Malaysia?? 😀
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
best dari website rasmi, boleh pilih negara yg kita nak tgk live view.. 🙂
Curahan rasa cmratu @ ..Live pasukan Malaysia di Olympic London
Comments are closed.