Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas aku teringat pada seorang sahabat lama tuan punya sebuat travel agen yang terkenal, apa lagi terus je aku telefon dia. Dari bunyi deringan telefon sepertinya dia berada di luar negara. Tekaan aku tepat dia berada di Okinawa Jepun. Apa lagi bising membebel aku sebab dia tak ajak aku melawat lokasi pelancongan idaman.
Okinawa merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Jepun. Sudah lama teringin untuk pergi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, tetapi masih belum berkesempatan. Okinawa mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati, dari tarikan darat sehinggalah ke dasar laut.
Sekiranya kita belum pernah pergi ke sana, pasti sukar untuk membayangkan pelbagai lokasi dan tarikan pelancong yang menarik di Okinawa. Menurut cerita sahabat aku ini terdapat banyak lokasi menarik seperti Kabira Bay di pulau Ishigaki.
Selain itu, terdapat juga acara-acara perayaan yang menarik di Okinawa. Perayaan-perayaan ini diraikan oleh penduduk di sana dengan cara yang berbeza-beza.
Budaya di Okinawa juga pastinya berbeza dengan budaya di tempat kita, Malaysia. Antaranya seperti penggunaan alat musik Sansen. Musik ini merupakan salah satu musik yang berasal dari Okinawa. Terdapat juga teknik tradisional mewarna fabrik yang diamalkan di Okinawa.
Tak dapat melancong ke Okinawa bersama sahabat, dapat melihat gambar-gambar yang menarik pun sudah memukau mata bayanglah kalau dapat bercuti di Okinawa mesti lagi seronok. Memang azam suatu hari nanti nak bercuti di Okinawa untuk menambah koleksi kisah kembara aku di blog Travel Denaihati di Denai.my doakan tercapai.
Japan Tourism Board sedang mempromosi cuti-cuti di Okinawa dengan kempen I Love Okinawa untuk mengalakan rakyat Malaysia bercuti di sana. Salah satu aktivit sempena kempen #ILoveOkinawa adalah penganjuran contest. Apa yang anda perlu lakukan adalah.
- Like Facebook Fanpage VisitOkinawa.my
- Kemudian pilih tiga gambar yang anda suka daripada senarai 20 gambar yang disediakan
- Satu gambar pemenang akan diumumkan di Fanbook Okinawa.
- Kemudian 55 pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur secara random daripada semua yang menyertai.
- Penganjur akan mengirim email kepada pemenang.
Pemenang akan menerima hadiah berikut:
- Hadiah pertama untuk 5 orang : “Ryukyu Glass”
- Hadiah kedua untuk 5o orang : “Star Sand”
Jom layari halaman khas Kontes #ILoveOkinawa.
Memang mudah contest yang dianjurkan jangan lepaskan peluang. Sekiranya anda berminat untuk melancong ke Okinawa, pihak Okinawa juga akan berada di MATTA Fair untuk promosi pelbagai pakej pelancongan dengan harga yang paling menarik untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pakej menarik dan melancong bersama seisi keluarga ke pelbagai lokasi yang disediakan.
Jom nikmati gambar-gambar menarik yang disediakan khusus untuk contest ini di bawah.
[customgallery]
167 Comments
memang best kalau dapat gi okinawa ni
Curahan rasa zool @ ..Bila Selesema datang lagi
Cantik betul Okinawa ni. Boleh lah kawe masukkan dalam plan nanti. Maybe bila Shinji Kawaga dah balik Jepun.
Curahan rasa Brader Sports @ ..Will Harris Harrun Be The One To Make Way For Pablo Aimar In JDT’s Next Game?
macam lambat lagi dia balik Jepun kalau masih dengan MU…
Curahan rasa Denaihati @ ..Kisah pengalaman hubungan suami isteri
Wah banyak tempat menarik kat sana.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..10 Hadis Mengenai Alam Sekitar [Infografik]
kalau di google dan tengok kat google earth, rasanya satu pulau ni menarik.
Curahan rasa Denaihati @ ..MSMW Awards banyak jasa kepada Blogger
Wah..lama tak pi Jepun.. Huhuhu….
Curahan rasa kayriel e’izham @ ..5 Gambar Pengetua Pusat Tahfiz Amal Sibuk Berfoya-foya Tersebar Dikala Kanak-Kanak Bersengkang Mata Minta Derma
dulu-dulu masa keje kilang my colleague selalu ke Japan sebab OJT di sana…memang menarik tempatnya…tapi kosnya mahal ler sikit…….
kalau masa “on job training” tu bos-bos besar syarikat belanja ke Okinawa mesti seronoklah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger
Macam menarik je Jepun ni kan. 🙂
Curahan rasa TrendViral.my @ ..Hanya Yang Berani Saja Layak Untuk Memasuki Kabin Kecil Ini.
teruja tengok keindahan pulau kat sana..tenang jer tengok gambar tu.
Curahan rasa ema @ ..WW : Ayat budak sekolah sekarang
itu baru tengok gambar, kalau depan mata betapa syoknya dan mendamaikanlah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Kisah pengalaman hubungan suami isteri
Fuhh serius lawa pulau Ishigaki tuh..
Curahan rasa papa mifz @ ..Kadar Bayaran Medan Letak Kereta Bertingkat di Lumut
Menarik sekali bisa berkunjung kemari
Curahan rasa Portal Balikpapan @ ..Trans Corp Bakal Bangun Trans Studio di Balikpapan
was sungguh menarik sekali semua kegiatanya
Mcm best je tmpt ni….harap sy pun dpt jgk pergi tmpat ni satu ari nanti.
Semoga impian Tn Hj ilham utk ke Okinawa dan serata Jepun menjadi kenyataan tahun 2014 ni!
Curahan rasa SHA @ ..Tiada yang lama, tiada yang baru
terima kasih banyak-banyak doanya sis, mudahan makbur nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia orang kaya bertambah kaya
Senang je contest ni.. mesti nak join.. hehe..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Chinese New Year Bersama Sylvia Yong
yupp, selamat mencuba, kalau ada rezeki menang jangan lupa kongsikan pengalaman dengan kawan-kawan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kamera Sony Alpha5000 Malaysia dilancarkan
Macam mearik… teringin juga nak pergi nie…
Curahan rasa fazrol @ ..Ustaz! Hang tunggu aku mai!
teringin jugak nak pergi sini..kalaulah berpeluang…kan syok…teringin nak makan masakan laut dia..anggur rumpai laut tuh..
Curahan rasa Miliee Cyrus @ ..Best 10 2014 Model Basket Ball Shoes for Mens
satu tarikan juga makanan jepun yang unik ni, yang bakar-bakar nampak sedap, yang makan mentah tu mungkin susah sikit…
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Comments are closed.