Nuffnang Blog Awards 2011, Here I Come

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ingat sebelum ini DiGi telah menghargai Blogger Malaysia dengan anugerah “Blogger of the Year” kini tiba pula masanya Nuffnang memberi penghargaan kepada Blogger Asia Pacific dengan anugerah Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011. Acara gilang gemilang akan dihadiri oleh 500 Blogger Asia Pacific akan berlansung pada 16 Disember 2011 di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis anugerah Nuffnang Asia Pacific Blogs Awards 2011 yang ditaja oleh Volkswagen dan Putrajaya Marriot bukan sekadar untuk memberi awards kepada Blogger terbaik rantau ini tetapi lebih penting dapat mengumpulkan komuniti Blogger rantau Asia Pacific dalam satu majlis yang terhebat pada tahun 2011.

Berikut adalah jadual Nuffnang Blog Awards 2011 :

  1. Blog Nomination : 25 Oct – 7 Nov 2011
  2. Blog Contest : 25 Oct – 19 Nov 2011
  3. Voting : 15 Nov – 27 Nov 2011
  4. Blog Awards : 16 December 2011
Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011

Katogeri Anugerah :

  1. Region’s Best Blog
  2. Most Influential Blog
  3. Best Micro Blog
  4. Best Entertainment Blog
  5. Best Food Blog
  6. Best Travel Blog
  7. Best Fashion Blog
  8. Best Photography Blog
  9. Best Geek Blog
  10. Best Parenting Blog
  11. Best Lifestyle Blog
  12. Most Original Blog Design
  13. Hidden Gem

Blog Denaihati memanglah tidak tercalon dikalangan best of the best blog Asia Pacific lagi pun sehingga hari ini blog Denaihati hanya sekadar ahli biasa buka eksklusif Nuffnang belum pernah masuk dalam katogeri ahli berbintang-bintang glitterati.

Kalau diberi peluang untuk menghadiri Nuffnang Blog Awards ni best juga bukan apa bolehlah jadi motivasi menjelang 2012. Bayangkan dapat berjumpa dengan Top Blogger Asia pacific pasti banyak ilmu Blogging yang boleh dipelajari daripada mereka. Kata bijak pandai kalau kita nak berjaya kena campur dengan mereka yang sudah berjaya jadi kenalah bercampur dengan Top Blogger Asia Pacific yang petama kali berkumpul di Kuala Lumpur.

Aku yakin kalau dapat hadir Anugerah Blog Awards 2011 ini pasti misi blog Denaihati untuk mencapai trafik blog harian lebih 10 ribu sehari pada 2012 akan menjadi kenyataan. Mungkin juga status jaguh kampung blog Denaihati akan berubah menjadi blog yang terkenal di rantau Asia Pacific dan ini sudah pasti akan memberi kesan positif kepada teman-teman yang menjadi pelawat setia blog Denaihati. Tapi semua ini hanya angan-angan Mat Jenin yang hanya akan jadi kenyataan sekiranya pengurusan Nuffnang sudi pandang blog kerdil DENAIHATI.COM.

Sudikah mereka?

Nota : Jam 11.11 pada 11.11.11 semuga membawa rezeki kepada blog Denaihati.


Spread the love

100 Comments

    1. Ini pandangan aku secara peribadi tidak melibatkan mana-mana pihak. Kalau kita ambil contoh MAS ada menyediakan Arak tetapi ARAK bukanlah perniagaan MAS tetapi sebahagian daripada khidmat bukan perniagaan.jadi tidak menjadi HARAM untuk kita menjadi penumpang.

      Begitu juga acara anugerah blog awards Nuffnang. Kehadiran aku kalau dijemput adalah untuk bertemu TOP BLOGGER dari rantau Asia Pacific bukan untuk berpesta. Buat masa ini kita tidak ada pilih program lain yang boleh mengumpulkan TOP BLOGGER rantau Asia Pacific. Pandangan peribadi aku tidak menjadi masalah untuk menghadari program sebegini atas tujuan untuk menimba pengalaman dan bertemu dengan TOP BLOGGER serantau.

      Orang bisnis macam aku dah biasa menghadiri majlis yg dianjurkan oleh bukan Islam untuk tujuan perniagaan bukan berpesta. Setaip program tersebut pasti akan ada hidangan ARAK jadi kita kena tahu bawa diri. Kalau nak mengharapkan program yang dianjurkan oleh orang Islam memanglah sangat kurang kecuali program ceramah politik.

      Untuk menjadi usahawan yang berjaya mesti ada keterbukaan jangan terlalu jumut dalam lingkungan kita sahaja. Ingat perniagaan ini 90% dikuasai oleh bukan islam. Kita belajar dari mereka dan uruskan perniagaan kita mengikut hukum agama. Lihat sahaja contoh politik tak salah PAS bersama dgn DAP dan UMNO bersama MCA. Yang buat sistem keretapi letrik Mekah Metro juga syarikat China bukan syarikat islam.
      Curahan rasa Denaihati @ ..Soalan Percubaan SPM 2011 OnlineMy Profile

      1. ya, saya tahu niat anda, itu menanti jawapan ni. tapi untuk peringatan, umat islam ditegah untuk menyertai perkara-perkara yang mengandungi unsur syubah ini, malah terangan-terangan “tiger” menjadi penaja. apa yang ditaja? hadiah? kos tanggungan/makanan para peserta disana? dah bercampur aduk bukan? dan adakah ianya “semestinya” disertai?

        keretapi letrik tu.. xperlu lah disentuh kerana semestinya berkerjasama dengan orang bukan islam itu tidaklah haram, malah disunatkan lagi untuk menyampaikan dakwah 🙂
        Curahan rasa EddyGeek @ ..Klien Twitter Echofon Kini Dilancarkan Untuk Pengguna WindowsMy Profile

        1. Aku tak nak berdebat kita ada alasan dan pendapat yang berbeza sebagaimana PAS ada alasan boleh bekerjasama dengan DAP dan begitu juga ada pemimpin PAS yang hadir majlis DAP yg menghidang ARAK atas alasan matlamat yg lebih besar. Aku belum pasti dijemput tapi bagi aku menghadiri majlis seperti ini yg hanya berlaku mungkin sekali dalam beberapa tahun tidak menjadi masalah.

          Jangan pula kita menidakkan sesuatu tetapi membenarkan yang lain. Kita mesti melihat dalam raung yg luas kerana Islam itu sederhana dan banyak memberi ruang. Tak salah kita berbeza pendapat kerana Islam membenarkan perbezaan pendapat.
          Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia vs Thailand Sea Games 2011My Profile

          1. em jika nak dibandingkan isu ni dengan isu yang dinyatakan iaitu PAS/DAP tu kurang sesuai sebab itu isu besar untuk kerjasama pemerintahan negara, oleh yang demikian banyak perkara dibolehkan.
            umat islam ditegah hampiri perkara yang ada unsur syubah, isu ni berat sekali ditekankan, silap je mmg binasa.
            Kita dibenarkan untuk sertai jika betul2 diperlukan dan mustahak, kena pertimbangkan niat, untung, rugi jika disertai.
            aku sampaikan apa aku timba selama ni je. mungkin juga boleh disangkal. jika apa yang dinyatakan ni salah boleh la sampaikan kat aku di masa hadapan . maaf jika ada terlajak kata 🙂
            Curahan rasa EddyGeek @ ..Klien Twitter Echofon Kini Dilancarkan Untuk Pengguna WindowsMy Profile

  1. Denaihati mesti dapat masuk punya, masa yang menentukan. Dari pandangan semasa terkini, didapati peminat Denaihati sentiasa memberi pandangan dan maklum balas serta komen membina terhadap anda. Cuma anda lebih banyak lagi keluarkan artikel tergempak utk menarikl perhatian ramai.

  2. Bukan calang-calang blogger yang masuk award ini. Kalau ada kalangan circle blogger DenaiHati tidak ada masalah untuk mendapatkan undi daripada saya. 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!