No more download percuma

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu panas dalam dunia internet Malaysia apabila beberapa website yang menyediakan khidmat muat turun atau download percuma filem dan video secara tidak sah telah disekat. Isu menjadi bertambah panas apabila beberapa blog telah melaporkan isu sekatan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) lebih awal sebelum diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ramai pengguna online menganggap sekatan ini melanggar perjanjian kebebasan internet.

MCMC memaklumkan sekatan ini dibuat kerana website tersebut telah melanggar Akta Hakcipta 1987 dan tidak boleh disalah ertikan dengan penapisan/censor maklumat di internet bagi menjawap protes tentangan yang dibuat melalui Facebook dan Twitter.

10 website yang telah disekat dari 19 yang dipohon oleh Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri kerana melanggar Akta Hakcipta 1987 :

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Industri muat turun atau download filem dan video percuma dari sumber yang tak sah memang mengakibatkan kerugian kepada industri. Baru-baru ini juga timbul isu pihak Astro yang memohon Youtube.com menyekat muat turun rancangan MAHARAJA LAWAK. Isu ini pasti tidak akan selesai selagi ada supply and demand kerana pengguna sentiasa berusaha nak dapat yang percuma terutama yang cetak rompak. Adakah kita sebahagian penyokong lanun cetak rompak?

Apa rasa apabila entri blog yang kita tulis setelah memerah otak di copy paste tanpa kebenaran malah tak ada satu pun backlinks yang diberi? Tanya Emila Yusof apa perasaan beliau apabila hasil seninya diciplak di blog sesuka hati. Kalau anda nak lapor entri anda di ciplak boleh ikut cara begini (link).


Spread the love

77 Comments

  1. Ok ! pasal perjanjian kebebasan internet. kalu kita boleh tahu kontennya boleh lah bahaskan disini ? munkin ada rasionalnya .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!