Nilai duit di mata manusia kerana ramai tidak menghargai

Assalamualaikim dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca setia yang Abang sangat hormati. Tanpa anda semua siapalah Abang ini, tidak tergelarlah sebagai seorang Blogger.

Abang hendak berkongsi kisah kehidupan, yang sebenar sudah sering Abang kongsikan dengan anak-anak. Baru-baru ini Abang berjumpa denagn ramai kawan-kawan lama dan baru dengan berbagai kisah kehidupan yang boleh dijadikan sempadan dan teladan.

Antara cerita yang paling menusuk hingga ke denai hati adalah kisah seorang kawan ini. Abang kenal beliau dari jauh itu sebab pernah menjadi pengurus Syarikat yang pernah bekerjasama dengan Denaihati Network. Dia sekarang sudah tidak bekerja. Sudah pergi interview berbelas jawatan untuk mencari kerja tapi masih belum sangkut, mungkin kerana umur sudah melebihi 40 tahun jadi syarikat tak nak bayar semahal yang dia minta.

Sementara mencari pekerjaan baru, dia buat macam-macam kerja antaranya bantu bisnis isterinya buat duit dari rumah, tugas dia menghantar chili kisar kepada pelanggan. Ada sekali dia dapat pesanan daripada seorang kakak yang tinggal di rumah flat. Bila dia sampai rupanya kakak itu duduk di tingkat 13 dan hari itu lift rosak. Dia pun menapak memijak mata-mata tangga naik hingga ke tingkat 13, setiap tingkat dia berhenti kepenatan. Bayangkan pada usia 40 an nak memanjat sampai tingkat 13. Pasti kawan-kawan boleh bayangkan betapa semputnya nafas terasa sehingga ke hujung paru-paru.

Untung daripada sebalang chili kisar yang dijual pada kakak tersebut hanyalah RM7. Barulah dia merasa betapa mahalnya nilai duit walaupun hanya RM7. Selama ini makan gaji di syarikat besar dengan  gaji besar dan selalu ponteng dan curi tulang tidak pernah nak menghargai malahan habis duit berhibur sana  berhibur sini. Negeri akhirat pun terlupa kerana kemewahan  duit gaji setiap bulan.

Abang pun selalu beritahu anak-anak betapa susah nak cari duit walaupun RM1. Tak percaya pergi cari duit di luar dengan apa cara apa sekali pun walaupun terpaksa minta sedekah pasti akan merasa kesusahannya.

Jadi kepada yang ada duit sila hargai walaupun 20 sen jangan dibiarkan bersipah atas lantai. Susah tau nak dapat duit  sen dan ringgit. Yang bekerja sungguh-sungguh saja pasti tahu nilainya.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (like ya page kami untuk jadi top 10 Malaysia)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

30 Comments

  1. Sedih bila baca entry kali ni. Bukan apa, dalam suasana ekonomi yang tak menentu banyak yang kehilangan kerja. Bagi yang bekerja dengan kerajaan masih boleh menarik nafas lega. Saya pun salah seorang yang menerima tempias dari masalah ekonomi akhir-akhir ini. Sememangnya bukan mudah nak dapatkan 20sen. Hanya mereka yang tahu betapa peritnya yang merasa. Moga Allah membuka pintu rezeki ku… amin.
    Curahan rasa Panduan Terkini @ ..Kad Peduli Sihat Selangor Untuk Keluarga Dan IndividuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!