Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam menyusuri kemuncak peradaban dan kerohanian Islamiah, penyalinan mushaf Al Quran menjadi asas pembinaan budaya yang cemerlang. Biar di mana pun Islam melabuhkan sinarnya, disitulah seni mushaf Al Quran berkembang. Bermula di Makkah al Mukarramah, di tanah Arab menyusuri Andalusia di sebelah barat hinggalah ke China di sebelah timur, benua Asia dan ke persada Nusantara.
Budaya penyalinan al Quran telah melahirkan pelbagai gaya tulisan yang unik, indah, dan mempunai ciri-ciri kekuatannya yang tersendiri. Khat Nasakh digunakan secara meluas dalam penyalinan Al Quran walaupun lebih daripada 1000 tahun telah berlalu.
Perkembangan penyalinan Al Quran untuk memperlihatkan penggunaan bahan daripada alam semulajadi seperti handam, ijuk, buluh, duri landak, bulu ayam dan kulit gandum.
Seni mushaf dan motif dalam Al Quran
Seni mushaf ini dibangunkan semula pada penghujung abad ke 20, Yayasan Restu adalah antara pelopor yang menyalin Al Quran di Malaysia. Garis panduan yang dikeluarkan oleh Lajnah Resam Al Quran Mushaf Malaysia perlu diikuti.
Al Quran Mushaf Malaysia menggunakan khat Nasakh gaya Hashim Al-Baghdadi dengan tetap mengekalkan lenggok Melayu. Setiap cetakan Al Quran perlu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan perlu melalui beberapa prosedur percetakan sehingga terhasilnya sebuah Al Quran yang lengkap.
Setiap Al Quran yang dihasilkan di Nasyrul Quran ini akan mempunyai beberapa perkara seperti motif hiasan, iluminasi mengikut negara atau negeri serta warna yang berbeza. Pada peringkat awalnya, mesin cetakan yang mempunyai 4 warna iaitu cyan, magenta, kuning dan hitam akan mencetak di atas sekeping kertas besar yang akan mempunyai 16 mukasurat.
Kemudian ia digabungkan serta dijahit bahagian tepinya mengikut susunan. Setiap setengah jam, pemeriksa kualiti akan memeriksa hasil cetakan dan di dalam sehari, mesin boleh mencetak sehingga 50 ribu ke 70 ribu naskah Al Quran.
Motif hiasan yang dihasilkan adalah berbeza mengikut negara atau negeri.
Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyu serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ingatlah misal misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al-Hasyr : 21)
Nasyrul Quran Pusat Percetakan Al Quran terbesar di Malaysia
Nasyrul Quran merupakan sebuah pusat percetakan al-Quran bersepadu utama di rantau Asia Tenggara yang dibangunkan di atas tanah seluas 5.514 ekar di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM60 juta bagi tujuan pembinaan dan pembelian mesin cetak yang dibantu oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kompleks ini dibina demi pelaksanaan cita-cita murni Negara bagi memiliki sebuah pusat pengeluaran al-Quran bertaraf antarabangsa dan kedua terbesar di dunia.
Nasyrul Quran diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud “Penyebaran al-Quran”. Ia memberikan gambaran fungsi kompleks ini sebagai pusat penyebaran al-Quran bermula daripada bidang penyelidikan, percetakan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan seterusnya pengagihan al-Quran.
Yayasan Restu latih penulis Khat
Nasyrul Quran ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat serta penggemar seni khat dari dalam dan luar Negara. Ia juga bakal menjadi mercu tanda baharu kemajuan syiar Islam kepada Malaysia dan Putrajaya khususnya.
Fasa 1 pembangunan Nasyrul Quran yang meliputi kawasan kilang dan tempat mesin-mesin percetakan telah siap dan akan mula beroperasi. Sememangnya kejayaan fasa pertama bahagian kompleks percetakan al-Quran ini adalah daripada usaha gigih pelbagai pihak, iaitu Kerajaan Pusat, Yayasan Restu dan beberapa jabatan, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Perbadanan Putrajaya yang membolehkan Nasyrul Quran beroperasi sempena tarikh peristiwa Nuzul Quran.
Nasyrul Quran telah dibina ini bukan untuk bersaing dengan negara pencetak lain tetapi merupakan bentuk sumbangan Malaysia dalam mengembang dan memartabatkan kitab suci umat Islam itu di persada dunia. Pengoperasian kompleks itu akan menjamin usaha menampung keperluan Al-Quran di peringkat domestik dan dunia kerana populasi umat Islam dijangka mencecah tiga bilion orang daripada sembilan bilion penduduk dunia pada 2050.
Bagi yang ingin melawat kilang tersebut, digalakkan secara berkumpulan dan emel ke [email protected] atau talian Whatsapp sahaja ke 016-7182741.
Semoga usaha dakwah ini akan berterusan dan kita sebagai umat Islam wajib mengamalkan apa yang terkandung di dalam kitab suci Al Quran.
26 Comments
Nak cetak al quran ni tak bolwh buat main.. kena ambil serius dan buat dengan teliti
tak sangka kita memiliki tempat sebegini.. siapa yang dapat melawat pasti akan mendpt pengalaman yg hebat
Ayah saya masuk hari tu, memang bagus. Ada di negara kita seperti yang ada di Arab Saudi
Wah bagus nya. Boleh juga tarik pelancong islam dari luar negara ni. Mereka tak perlu ke sana
Saya dengan famili berkesempatan untuk ke kompleks ni hari tu. Kagum sungguh. Tak sangka al quran ada banyak mushaf.
Hari tu tak berkesempatan nak pergi. Biasanya kena masuk berkumpulan, tapi hari tu open semua boleh masuk.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Best nya. Kalau berkesempatan ke sana nak juga singgah. Mesti banyak info best yg kita tak tahu
Subhanallah ini sangat luar biasa, Saya sampai merasa takjub dan bangga melihatnya.
Teknik penulisan khat ini bukan semua orang mampu melakukannya dengan cemerlang. Dalam sekelas hanya beberapa orang yang akhirnya benar-benar dapat menguasai tekniknya. Perlu minat yang tinggi dalam ilmu khat ini.
bukan semuairg diberi bakat sebegini.. bakat yang ada harus digunakan dengan sebgaik mungkin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Bukan mudah nak buat khat tapi kalau belajar tekniknya memang cantik tulisan khat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
masya Allah, sungguh generasi muda yang sangat ditunggu-tunggu dizaman ini. para generasi muda yang akan melebarkan sayap islam keseluruh dunia. dengan akhlak dan ilmu yang dimilikinya. subhanallah
baru tahu ada motif rupanya. Sungguh kerdil daku. Banyak lagi perlu didalami, bukan sekadar membaca Al-Quran sahaja.
Kan? Setiap negara lain lain pulak designnya. Cantik pula ditulis dengan khat yang berseni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Masha Allah. Besarnya nikmat Allah Maha pencipta sekalian alam. Tiada lagi yang lebih besar dariNya.
Subhanallah. Semoga kita semua dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang dunia akhirat.
Curahan rasa Aqil Adli Agro @ ..Ibadah korban Kemboja 2018
Itulah yg diharapkan. Harap anak anak kits nanti dpt baca al qurn dengan baik dan brjaya
Cantik sungguh dan memgkagumkan sungguh tempat nie..
memamg patutla kerana ia cara terbaik untuk kita memuliakan serta memartabatkan Al- Quran
Curahan rasa mrhanafi @ ..Buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki 2’ Wajib Dimiliki
Al quran mmg layak di letak di tempat yg selayak nya sebab itulah wasiat rasulullah pada kita
Salam Jumaat. Mama singgah blog walking. Baru tau di Malaysia ada pusat percetakan mushaf kedua terbesar
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pelembap muka terbaik di Malaysia untuk kulit cantik bercahaya.
Semoga al-quran bukan sekadar dicetak sahaja, tetapi disebarkan dengan kefahaman, dan bukan sekadar digunakan untuk menghalau jin dan syaitan sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Alhamdulillah.. Teruja sungguh.. Semoga industri ini berkembang dengan lebih maju.. InsyaAllah.. Aamin
Curahan rasa NORADYANI BINTI AB RAHMAN @ ..7 PUNCA JERAGAT DAN CARA HILANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT LAGI BERKESAN
Subahanallah. Begitu teliti proses pembuatan Al Quran. Semoga syarikat terus istiqomah. Al quran nadi hidup umat islam
Curahan rasa Tah @ ..Mata Kabur Akibat Kencing Manis, Apa Harus Dilakukan?
alhamdulilllah…
saya sungguh teruja dengan perkembangan ini…
memang terbaik dalam sejarah Malaysia..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebenar Lelaki Jadi Pengasuh Bayi
Satu satunya di Asia Tenggara yang ada. Alhamdulillah Allah pilih negara kita.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.