Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah makan nasi lemak AirAsia ke? Kepada yang biasa terbang bersama AirAsia pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser yang juga mempunyai status halal JAKIM. Harga Nasik Lemak Pak Nasser RM15 tapi kalau nak murah boleh order online dapatlah RM12.
Setiap kali aku melihat nasi lemak AirAsia pasti teringat kisah lama kontroversi kecurangan rakan niaga. Di awal tahun 2000 aku mempunyai sebuah syarikat katering bersama dua orang lagi rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi mempunyai pengalaman dengan dunia penerbangan kerana pernah bertugas di syarikat Lutfhansa. Kerana kelebihan itu kami telah memberi tugas kepada beliau mencari peluang katering apabila mendengar AirAsia akan memulakan menjual makanan.
Klik panduan pesanan tiket AirAsia secara online
Oleh kerana kesibukan dengan berbagai projek setiap rakan kongsi mempunyai tugas masing-masing. Alhamdulillah dengan izin Allah rakan kongsi kami telah berjaya mendapat projek menyediakan makanan untuk AirAsia untuk dijual kepada penumpang. Ringkasnya syarikat kami yang pertama menyediakan nasi lemak dan beberapa hidangan lain untuk AirAsia.
Setelah beberapa bulan menyediakan makanan untuk AirAsia kami mula menerima berbagai komplen. Kami cuba sedaya upaya menyediakan makanan mengikut bajet yang telah diberi. Walaupun kami sudah menyediakan hidangan yang terbaik tapi komplen demi komplen diterima sehingga rasa stress di kalangan pekerja.
Bangkai gajah boleh ditutup tapi penipuan lambat laung pasti terbongkar. Suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari bank memaklumkan cek yang rakan kongsi bank in tidak boleh diproses kerana tiada tandatangan. Terkejut bila pegawai bank menyerahkan cek peribadi rakan kongsi kami yang menguruskan projek AirAsia. Rupanya selama ini beliau mengambil komisen RM2 untuk setiap hidangan yang disediakan untuk AirAsia. Cek daripada AirAsia dimasukkan ke dalam akaun beliau dan cek peribadi beliau setelah ditolak komisen dimasukkan pula ke akaun syarikat.
KLIK UNTUK TIPS BELI TIKET AIRASIA PALING MURAH
Patutlah AirAsia asyik komplen rupanya kami menyediakan hidangan yang kualitinya kurang RM2. Kemungkaran ini kami bawa bersemuka dengan rakan kongsi yang curang. Akibat daripada ketamakan komisen RM2 rakan kongsi maka AirAsia tidak menyambung perkhidmatan kami yang hanya baru setahun. Siapa rugi pastilah syarikat akibat tidak jujur dalam berniaga.
Nasi lemak AirAsia pasti akan terus menjadi ingatan ketidakjujuran seorang manusia yang gelojoh untuk menjadi kaya lebih dari rakan kongsi yang lain. Kalau tidak mungkin hari ini nasi lemak AirAsia berjenama nasi lemak Denaihati…. Mungkin.
Pasti Rakan Blogger pun ada kisah rakan niaga yang tamak dan tidak jujur kepada syarikat sendiri… kalau ada kongsikanlah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
104 Comments
Pengalaman mematangkan kita..
Curahan rasa weschairs @ ..Minumlah Air Putih Sebaik Bangun Tidur
Semoga perkara ini menjadi pengajaran untuk beliau untuk berubah menjadi lebih baik. Juga buat kita supaya lebih berhati-hati. Sedihnya bila orang yang dipercayai berbuat sedemikian.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Kisah Sakit Sendi Lutut Dan Rawatannya
Kawan tikam belakang. Apa punya kawanlah….sedih…
wanau’zubillah dari sifat2 macam ni…
terima kasih tuan DH berkongsi pengalaman
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Teknik Tak Terkalah Ini!
Bila baca sampai habis,memang tak berkat ambil komisyen walaupun RM2 sahaja.Memang kena berhati-hatri di dalam memilih rakan kongsi di dalam perniagaan ni
Curahan rasa wazy @ ..10 Entri Paling Popular Oktober 2013
bakal rakan kongsi sudah menunjukkan ciri-ciri tak disenangi.. kena lebih berhati-hati untuk semua..
pihak seperti Air Asia sudah tentu hendak menjaga kualiti demi pelanggan2 mereka…
Curahan rasa papa mifz @ ..HOT ke Letak Cermin Mata Hitam Atas Kepala…???
duit tak berkat dapat tu walaupun banyak
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Luis Suarez: Liverpool Ialah Rumah Saya
Tamak-tamak. Yang pi amik 2 ringgit buat apa. Kantoi sangat la..amik la 10sen..apo la..nak sangat cepet kaya. nak kahwin lagi la tu.
Curahan rasa Man @ ..5 Perkara Setiap Designer Patut Tahu Bila Berhadapan Dengan Pelanggan | Infografik
Pernah jadi pembekal makanan untuk Air Asia rupenye… Memang bermanfaat la dapat ilmu dari rakan kongsi dari lufthansa tue… German style…
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-47 Dari Jobdirumah
salam..
terbc kisah ni.. teringat pd perit berniaga. mcm2 ragam yg jadikn kita lebih berhati2.
dpt tender air asia tu masyuk.. sblm ni kwn dpt ngn mas. siap pakai audi sibijik.
tp kisah dia lebih kurg mcm tuan denai..
setahun je dpt pastu x dpt sambung..
tender ni payah nk dpt skali dpt mmg best. keje pn
kna bg komitmen .. kdg2 bnd kecik 2 la yg blh jd sangkut.
apa pun, kita pcya pd rezeki Allah..
Benda macam ni yang buatkan orang jadi takut nak berbisnes, kita percayakan dia sebab dia ada pengalaman, tapi lain pulak jadinya
Curahan rasa Harian Post @ ..14 Fakta Menarik Mengenai Walmart
wow x sangka bro denaihati pernah join bisnes dengan air asia, tp apa apa pun itu pengalaman lalu.. 🙂
Curahan rasa Juan @ ..Contoh Resume Fresh Graduate
macam ni pun ada. bongkar skit nama rakan kongsi tuh.
Curahan rasa encikarman @ ..GAMBAR – Hentian sebelum ke Cameron Highland
Kapor duit sebanyak RM2 memang melampau. Hilang harga diri dan reputasi selama-lamanya. Harap jauh diri ini dari sifat negatif.
Curahan rasa akubiomed @ ..Celup celup di Sungai Chiling
setiap hidangan kebas rm2….fuh! mmg kayolah…wanau’zubillah
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Teknik Tak Terkalah Ini!
perlu ke masuk poket sendiri dengan kesetiaan kepada mereka?
udah tu, nak buat cemana kan. rezeki ada di mana-mana.
jangan makan rasuah sudah.
Comments are closed.