Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
Saya juga di sini mengucapkan penghargaan kepada Zperdana Menteri Malaysia di atas kewujudan blog peribadi beliau.
Tahniah PM. Cara terbaik nak mendekatkan diri dengan rakyat dan golongan blogger.
Itulah yang kita harapkan. Semoga PM boleh mendengar rintihan daripada blogger.
blog PM kita dah makin pantas loading time nya..baru check di gtmetrix..semoga blog beliau makin mantap
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
makin pantas eh? mungkin team diorang ada terbaca entri ni kot..good feedback daripada diorang..
hehe msti ada punya tu kan,mgkin lepas dari tu mereka perbaikinya mmg msa hr tu slow la nk buka,skrg Alhamdulillah sudah ok
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Auntie Jual Soya Jadi Inspirasi Buat Linda Onn
mungkin team yang jaga blog dia baca entry DH. bagus la dah improve. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
betul la sy da cuba! memang lbh pantas,sng sikit kan nk msuk blog Dato Seri,saya kagum dengan beliau,.semoga Dato Seri terus di beri kekuatan,Amin,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Auntie Jual Soya Jadi Inspirasi Buat Linda Onn
Kalau dah loadingnya semakin pantas, ini mungkin team blog najibrazak.com ada membaca blog Denaihati.
Walaupun laman web peribadi tetapi 100% ianya pastinya tidak dikendalikan oleh PM. Satu inisiatif yg bagus… Nak lawan chedet.cc kot…hehe
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View
tak mungkin blog ni 100% dikendalikan PM. jadi orang paling sibuk di malaysia takkan ada masa untuk semua ni.
Blog najibrazak tak boleh fight blog chedet kerana ia sangat berbeza. Blog chedet dia sendiri yang kendalikannya tidak seperti najibrazak yang menggunakan kepakaran orang lain untuk kendalikannya..
jangan kena hack sudah…
Memang troll laa time tue…
Boleh jadi bahan media luar gak nanti..
Curahan rasa fazrol @ ..Kali kedua beraya di perantauan! TQ Kelab Blogger Ben Ashaari…
minta di jauhkan la dri semua tu kan..In sha Allah,terhindarlah dari pkra tidak baik,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Auntie Jual Soya Jadi Inspirasi Buat Linda Onn
lepas ni boleh la review blog saya pulak. eh hehehe…
Betul kata komen kat bawha ni, kena ada team yang aktif untuk update laman web ni.
kalau tak nanti tak ada pelawat sebab tak ada update
Curahan rasa sekilass @ ..Ke Pantai Morib Kita
Perdana menteri boleh upah sesispa saja pskar ysng boleh mengendalikan blog beliau. Setiap masa ada apa ssja aktiviti beliau di update di sini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Macam jugak blog Denaihati, beliaupun ada team mereka juga yang bekerja setiap masa. Memastikan perjalan blog itu tidak tergendala..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
betul tu…team denaihati terus mengukuhkan dan memantapkan lagi blog denaihati..makin mahsyur…ranking alexa terus menaik..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Team yang mengendalikan blog Perdana Menteri perlu aktif setiap masa, biar ada artikel terkini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
kalau tengok blog dia pun jarang di update. patut ada individu yang sentiasa kemas kini
Pembentangan bajet 2015 dah dekat, inilah masanya minta pandangan daripada rakyat, tetapi jika tidak kita tidak tahu intipati bajet 2015 nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
harap mereka update dalam blog PM tentang intipati bajet 2015 nanti. senang sikit nak rujuk
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya juga nk rujuk di situ sbb sy jarang tgk tv sy lbh suka mmbca akhbar dan blog,rasanya mesti ada la tu update nnti kn
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Auntie Jual Soya Jadi Inspirasi Buat Linda Onn
Sesuatu yang perlu ada setisp pemimpin sebuah blog, barulah rakyat tahu hati budi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Jangan ada blog peribadi yang Perdana Menteri punya tetapi bila dibuka habuk pun tak ada, kosong dengan artikel.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
perlu juga diadskan ruang untuk pendapat dan permasalahan, bila rskyat ada apa-apa boleh diutarakan di ruangan blog beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Setiap blog ada pautan ke halaman seterusnya , perkara ini kena pastikan ianya ada linknya. Barulah ia menepati segalanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Samsiah mula terasa badannya mengigil,
Jika mahu pembaca setia jangan gunakan font yang amat kecil
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Comments are closed.