Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
Pembangkang parti lawan sudah mula irihati,
Apa kelemahan yang ada perlu diperbaiki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Banyak kelemahan tak sempat diperbaiki,
Sebab tu pembangkang senang hati,
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Baju baru dibeli kurang selesa,
Blog najibrazak.com kena buat dwibahasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Duit 20sen sudah ada,
Pasni nak upah orang buat dwibahasa,
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
harapkan blog ini akan ada pengalih bahasa. bukan bahasa melayu sahaja.mana tahu jika ada pilihan “bahasa” mungkin akan ada orang luar negara tetarik untuk membaca laman blog beliau
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 22/2014_Lets Transact With RHB Now
harapkan dengan pandagan berikan akan memberikan idea dan membuka satu cabang perkara baharu untuk perbaiki blog perdana menteir kita najib razak
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
akan harap bukan perdana menteri sahaja ada blog sendiri harapnya yang lain akan ikut jejaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 22/2014_Lets Transact With RHB Now
Yalah… pemimpin lain kena juga ada blog seperi Perdana Menteri, barulsh apa yang ingin disampaikan rakyat akan tahu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
kita harus bangga dengan perdana menteri kita sebab dia ada blog juga.harap beliau ada masa untuk menulisnya sendiri kalau tak banyak mungkin sedikit
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah
Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya perlu bangga perdana menteri kita ada blog sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
membina laman blog bukan satu perkara yang mudah tambah lagi ia satu laman yang hampir semua lapisan masyarakat bolrh kunjungi
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah
teringat masa mula-mula ada blog semua perkara banyak yang perlu ambil kira. bila sudah ada nak menguruskannya pula menjadi satu “kerja”
Curahan rasa cahayacinta @ ..The Boxtrolls
kalau tulisan font kecil nampak gaya haruslah mencari tulisan sesuai supaya mudah pelbagai peringkat umur membaca
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
sarankan jika itu blog najib razak alangkah bagsunya jika penulisannya di tulis oleh beliau sendiri sentuhan itu lebih baik berbeza dari mengharapan orang lain yang menulisnya.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 22/2014_Lets Transact With RHB Now
Betul tu, jika najib sendiri yang tulis ia lebih mendekati rakyat. Kalau tidak blog najibrazak ni nanti jadi blog surat khabar online…
apabila ada banyak buah fikiran pasti blog perdana menteri malaysia lebih kemas dan sistimatik lagi
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
terlalu banyak laman web boleh memeningkan mereka yang menguruskannya..
satu review yang baik dan telus dari team denaihati agar dapat diperbaiki
Curahan rasa zool @ ..Apa yang kita perlu tahu ketika proses pindah milik tanah ?
betul tu, komen membina untuk team developer. harap den pun dapat review macam ni gak 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
bila ada cuba berikan pandagan harap akan lebih mudha lagi bahagian pengurusan menguruskannya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
uncle zuan boleh buat contest jugalah macam denaihati.kalau tidak buat simple boleh jugakan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Banyak betul komen hentam pm kita di najibrazak.com pasal isu kenaikan harga minyak. Boleh tahan jugak ayat si pengomen
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
den malas nak amek port dengan komen komen macam ni. tak mendatangkan faedah 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kadang-kadang orang ini perlu dihentam, kalau tidak dia khayal dengan kerusi yang dia pegang. Masalah rakyat kena harus diambil perhatian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
biarlah hentam itu salah seorang atau beribu tidak menyokong perdana menteri.biarkan asal mereka puas hati rasanya denggan buat cara begitu
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Komen yg berbentuk teguran membina lebih baik. Teguran membina tanda sayang kita pada PM.Walau apapun berlaku hormat pada pemimpin perlu ada. Bahasa yg digunakan oleh pengomen sepatutnya dijaga supaya tidak menyentuh perasaan org yg di komen.
Kenaikan sesuatu barangan selalunya di disebabkan kenaikan bahan api seperti minyak. Asal saja minyak naik, barangan akan naik. Itu formulanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
pujian kpd PM haruslah Ada… Pm Masi meguruskan hal lain walaupun sibuk
betul tu, walaupun sibuk, tetap mampu manage masa untuk tulis blog. salut Najib 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
rasanya bukan ds najib yang tulis. Mungkin team pembangun website yang tolong update kan.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
begitu ke? hmm harap sangat yang beliau sendiri yang update. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
yalah… tapi tak mungkin. Orang yang sibuk 24 jam, mana ada peluang nak tulis di website sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Ia macam juga blog Denaihati, jika satu orang saja, mana mungkin beliau dapat pergi luar negeri, walhal di sini ada orang yang updatekan. Kalau tidak sunyi blog Denaihati 2,3 hari ketiadaannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
kala blogger ada blog susah nak hadap dan fokus atas urusan kerja ini pula perdana menteri kita Malaysia mencabar sungguh
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 22/2014_Lets Transact With RHB Now
Jangan banyak sangat pujian, kerana pujian boleh menyebabkan pemimpin lupa diri.
Pujian harus diberikan kepada Datuk Seri Najib kerana dalam kesibukan masih mampu menguruskan laman itu sendiri
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Produk Gamat Asli di Nusantara Maju Langkawi
beliau bijak manage masa beliau. itu la orang berjaya, pandai manage time mereka 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
menjadi perdana menteri bukan satu perkara yang mudah tambah pula dengan uruskan blog.amat memerlukan masa sangat-sangat
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
Mungkin najibrazak.com masih baru..oleh sebab itu terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Produk Gamat Asli di Nusantara Maju Langkawi
betul tu, mungkin juga para developer sengaja biarkan blog nampak seperti banyak kelemahan supaya dapat kritikkan positif seperti ini agar mudah mereka buat penambahbaikkan 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Harap segala kelemahan dapat di atasi oleh team najib, kalau team najib tak boleh handle dgn baik blog najibrazak ni. Mungkin team denaihati boleh jadi penganti…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Team Denaihati memang terbaik. Nanti ambil team Denaihati… berhabuk pula blog Denaihati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
oh baru tahu datuk najib ada blog. boleh usha kat blog tu. bagus penambah baikan ni.
lepasni doa doa la PM buat contest macam denaihati pula.. 😀
saya baru tahu bila baca dalam blog denaihati. kalau tak sesungguhnya saya macam anda jugalah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
Perdana tak fikir itu semua, nak adakan contest. PM ada pendekatannya yang tersendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Tak macam blog bagi kawe. Lebih kepada promosi diri 😀
Bagi kawe lebih better kalau simple tetapi ada banyak content/maklumat yang berguna untuk dikongsikan.
Blog chedet masih yang terbaik..
Curahan rasa Ismail N @ ..Car Wash Di Putrajaya
lain pemimpin lain cara sampaikan info kepada rakyat. mungkin pendekatan najib berbeza dengan Dr M 🙂
Betul tu…kalau PM buat contest mesti hadiah lagi gempak, haha
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Produk Gamat Asli di Nusantara Maju Langkawi
hehe kannn silap silap pemenang boleh dapat 1 model proton iris. 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kawe sokong. Blog che det simple dan penuh dgn isi. Bak kata pepatah, biar kulit buku biar buruk tapi setiap mukasurat didalamnya penuh dgn ilmu
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
betul tu. umpama buku yang covernya buruk, tapi isinya solid 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Tun Mahathir dari dulu lagi seorang penulis buku berkaitan politik, sosial , adat dan perfect. Itu sebab blog beliau banyak artikel yang berkualiti. Belisu adslah ulat buku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Kelemahan begini perlu diambil perhatian supaya menjadikan blog menjadi lebi baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Saya tertarik dengan ulasan saiz font yang digunakan pada paparan website blog.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tak semua pembaca boleh baca tulisan yang terlalu kecil dan terlalu besar.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
ya betul tu. susah nak adapt pada sesetengah orang. rasanya elok di tambah features untuk ubah saiz font
Saiz font mmg memainkan peranan yg penting. Lebih2 blog najib yang di baca oleh semua peringkat umur. Font mesti sesuai untuk semua peringkat umur. Aku walaupun tahap kesihatan mata boleh membaca dengan jelas tak kira apa saiz font lebih suka melihat font yg saiz nya mudah di baca macam font blog denaihati ni.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
pandangan mengenai blog Najib Razak yang jujur tanpa mengutuk development sendiri. baguslah kalau mereka membaca dan membetulkan semuanya.
nota: blog yeop pun perlu betulkan lagi…
sama la yeop, blog den pun banyak nak kena betulkan lagi, eh, xde sapa ka nak komen blog den? hehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Bro boleh buat contest berkaitan review blog, pasti ramai yang akan review nanti. Hadiahnya biarlah menarik… barulah ada orang yang komen apa yang perlu diperbaiki. Kalau nak yang percuma, kena buat sendiri kot.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
saya suka juga sekali-sekala lawat blog Perdana Menteri ini. Nak juga tahu perkembangan negara kita dari kaca mata PM. Ini sebagai pengetahuan untuk diri sendiri mendapatkan maklumat di negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
Ye apa salahnya abg kamil.. ada juga input yg kita akan peroleh kalau singgah di website para pemimpin..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Photoshoot Majlis Perkahwinan AKU
Sebagi alternatif informasi terkini dari beliau, mungkin tak ramai manfaatkannya, mungkin perlu lebih penarik kot….
Curahan rasa Denaihati @ ..Suasana di Sekitar Masjidil Haram Musim Haji 2014 / 1435H
hmm mungkin juga. tapi mungkin atas sebab kesibukkan, PM tak kekurangan masa untuk dapatkan daya penarik yang solid kepada pembaca 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Ada bagusnya jugak Denaihati buat review blog Najibrazak.com, sekurang-kurangnya PM tahu banyak kelemahan yang ada pada blog beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
bagus, kita kena sentiasa up to date dengan perkembangan terkini. den pun nak kena rajinkan diri bw ke blog PM 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Blog Denaihati sekarang ni pun dah baik tetapi masih tidak memuaskan hati kita juga. Setiap komen kena tunggu dulu baru boleh direply. Saya rasa tahun lepas tidak macam ni. Setiap kali kita reply komen ia terus keluar tanpa perlu tunggu dan tak perlu tick Confirm you are Not a spammer.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Comments are closed.