Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
Semoga blog pm kita digunakan dengan sebaiknya…dan semoga apa yang diluahkan oleh rakyat akan diberi perhatian yang sewajarnya… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Harapannya macam tu la..dah ada medium untuk rakyat bersuara..semoga ada la pertimbangan yang munasabah di buat untuk kebaikan rakyat
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Harap keluhan rakyat marhein akan mendapat perhatian sewajarnya especially tentang kos sara hidup yang semakin membebankan..
Itulah yang kita harapakan daripada Perdana Menteri. Apapun itu semua adalah keputusan di tangan PM sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Tak boleh semua keputusan diletakkan di tangan PM.. huru-hara jadinya macam sekarang..hukhukhuk
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Betul tuh.. harap blog PM nih dapat jadi saluran rakyat menyuarakan rasa hati..
penata rias yang bertanggungjawab pada laman web orang penting negara kena la peka dan fikir di luar kotak serta fikir lebih hadapan daripada masalah 🙂
Curahan rasa nazra @ ..Bahaya ESP soya bila LELAKI ketagih mengambilnya!
Tak tahu ler siapa yang dipertanggungjawabkan.. mungkin buat percuma kot, tuh yang macam tuh hasilnya.. kalau berbayar, memang tak patutlah kalau hasil tak berbaloi dengan bayaran..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
blog dah di kemas kini, wahhh mesti ramai tunggu bajet 2015.
Curahan rasa iuzira @ ..Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang
Betul ke? pekerja swasta tak tengok sangat bajet nih sebab takder keistimewaan sangat pun diberi kepada pekerja swasta.. kesian kan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
petang ni pukul 4 ada pembentangan bajet 2015.. jom ramai2 masuk blog najibrazak.com tengok lintas langsung dari parlimen..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Internet Murah Dengan Celcom 1 Malaysia
Wah.. ada lintas langsung pembentangan bajet ke kat situ.. makin slow lah loading macam tuh..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Harap PM membalas permasalahan rakyat yang dilontarkan di blog najibrazak.com ni.
Curahan rasa Mohd Norzali @ ..Layan Cerita Hindustan
Lepas ni menunggu bajet untuk 2016 pula bolehlah surakan permasalahan dan kehendak rakyat di bl9g tersebut.
Setiap kali bajet diumumkan, yang dapat manfaatnya cuma sebahagian golongan jer.. tak menyeluruh.. sedangkan semuanya rakyat malaysia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Begitulah yang kita harapkan terhadap lontaran komen yang akan diberikan. Barulah rkayt dapat memberi cadangan yang yang patut dilakukan untuk kebaikan bersama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Harap PM dapat menyelami keluhan rakyat marhaen.. dapat bukan hanya sekadar mencari populariti semata..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Setiap tindakan PM dan barisan kabinetnya juga kita dapat lihat samada keluhan rakyat marhaen didengari atau pun tidak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
ada pembentangan budjet taw petang ni jangan lupa ya tengokk hihii
Curahan rasa adna2029 @ ..Petua Berkesan Atasi Tumit Kaki Pecah
Tak berminat pun nak tahu sebab saban tahun takder keistimewaan pun untuk pekerja swasta.. yang banyak habiskan bajet rakyat cuma pekerja sektor awam jer.. rakyat malaysia bukan hanya pekerja sektor awam jer yer PM..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Dengan adanya platform baru ni bolehlah rakyat marhaen macam saya ni melontarkan pendapat walaupun kita rasa tak da nya dia nak baca!sekurang-kurangnya kita mencuba berikan pandangan
Curahan rasa nord @ ..Diet Protein Menggemukkan?
wow. kalau mcm tu boleh la kita bagi pandangan dan PM akan baca nanti. mudah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Kalau Perdana Menteri tak baca, kalau begitu tak payah wujudkan blog najibrazak.com, cuma kekalkan blog iMalaysia.com.my.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Orang sibuk macam PM tuh mana ada masa nak baca.. orang lain yang tolong bacakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Dia baca ke tidak belakang kira.. dapat luahkan perasaan kat komen blog dan facebooknya pun dah puas hati.. dia tak baca orang lain baca, silap2 diviralkan pulak lagi..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Tapi sepatutnya PM kenalah baca kan. Kita pun faham belaiu sibuk, tapi bila dah buat platform untuk berinteraksi, kenalah gunakannya sebaik mungkin.
PM perlu baca setiap komen diberi supaya masalah rakyat cepat sampai. Bolehlah cuba selesaikannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Bertuah lah jika PM baca setiap komen yang diberi.. kalau baca pun rasanya yang baik2 saja kot..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kalau dia buat blog atau fesbuk tuh untuk mendekatkan diri dengan rakyat, biarlah ada komunikasi 2 hala..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Semoga setiap soalan yang diutarakan di blog PM, mendapat jawapan yang sebaiknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Rakyat marhaen mahu suara mereka didengari.. ada wakil rakyat pun bukan semuanya betul2 perjuangkan hak rakyat.. ramai yang hanya mewakili tembolok sendiri dan kroni jer..
Beliau memang tak baca tapi ada admin yang boleh tolong baca dan sampaikan.. kalau adminnya sekadar kipas dan sampai2kan yang baik2 jer memang keluhan rakyat tuh tak cukup sampai ler..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Esok merupakan pembentangan bajet 2015, sepatutnya ada artikel berkaitan bajet itu disiarkan di blog najibrazak.com kerana intipati yang terkandung pada bajet 2015 sudah berada di tangannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua
tak sabar nak tahu apa intipati bajet 2015. nak tahu apa yg boleh menyenangkan rakyat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Sepertimana biasa bajet nih hanya lebihkan pekerja sektor awam semata2.. bajet yang tak meliputi keseluruhan peringkat rakyat baik yang rendah, sederhana atau atasan.. sepatutnya semua berhak mendapat bahagian dari pendapatan negara..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Rasanya tak mungkin bajet 2015 tuh akan dipaparrkan sebelum dibentang di parlimen.. bajet bayangan pakatan rakyat ada ler..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Jika dibuat perbandingan antara najibrazak.com dengan 1Malaysia.com.my tidak ada jauh bezanya. Ini sudah pasti team yang buat blog adalah orang yang sama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua
Oh yaka.. tak perasan la pulak. Singgah sekali lalu je kat 1malaysia.com.my hari tu
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Tapi yang kagumnya domain 1malaysia nih boleh capai PR8.. memang sangat tinggi tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Berbanding domain 1malaysia.. domain najibrazak nampak lebih personal.. lebih bagus begitu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Sebagai blog peribadi Perdana Menteri, beliau boleh buat lebih baik lagi daripada yang ada sekarang ini. Saya tidak tahu kenapa? Sudah pasti ini dibuat secara tergesa-gesa atau mahu cepat disiapkan.
dengan duit yang dimiliki kerajaan, saya rasa mereka boleh hire web designer yang lebih baik dari tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Betul tu nikkhazami…semoga ia lebih dibuat baik lagi. PM boleh upah sesiapa saja yang pakar dalam segi design blog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Rasanya kalau setakat blog biasa ramai kot yang boleh tolong buatkan.. guna platform percuma jer.. najibrazak.blogspot.com ..haha
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kalau gunakan duit kerajaan untuk kepentingan sendiri nanti disalah anggap pula.. duit gaji PM pun ada nak tampung kos semua nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Mungkin mereka yang diupah untuk membuatnya mereka yang kurang pengalaman kot..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Dalam kaca mata saya…. saya lihat blog najibrazak.com tidak menarik. Nampak berserabut dan bercelaru, tidak seprti 1malaysia.com.my yang lebih menarik dipandang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua
saya pun sama. blog tu nampak ‘janji ada’ da nampak tidak diurus dengan baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Payment sangkut kot.. tuh sebab hasilnya macam tuh.. hehe.. agak je lah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Mungkin perlukan masa untuk menjadikannya menarik.. sepatutnya rancang dulu apa yang nak dibuat, bukan buat dulu baru merancang..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Moga dengan tertubuhnya blog najibrazak.com, sedikit sebanyak rakyat boleh mengutarakan permasalahan berkaitan negara kita Malaysia dan cuba selesaikan secara bijaksana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua
Bolehlah lepas ni rakyat dapat mengutarakan isi hati mereka…harapnya pemimpin kita dapat mendengar dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
saya dengar rakyat boleh komen dalam blog tu. agak agak PM baca tak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Tertubuhnya blog najibrazak.com tepat pada masanya. Perdana Menteri akan dapat banyak manfaatnya kerana ia dapat menyelami denyut nadi rakyat yang mereka utarakan dalam ruangan komen.
Ya, saya setuju…daripada rakyat meluahkan pendapat mereka di laman sosial yang mungkin terlepas pandang oleh orang atasan, blog ini mampu mengetengahkan apa yang dirasakan oleh setiap rakyat…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
tapi saya rasa setiap komen yang masuk akan ditapis dulu baru diorang bagi PM baca
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Blog najibrazak amat sesuai untuk beliau wujudkan. Beliau boleh menulis tentang kehidupan harian beliau sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia.
Comments are closed.