Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
Jika ada kekurangan dan kelemahan boleh diperbaiki segera, supaya pembaca akan selesa untuk membaca artikel apa yang PM sampaikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
fast dan effective action. penting dalam masa harini. semua nak cepat dan bagus 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Banyak yg perlu dikemaskini blog PM tu. Belum masuk banyak traffic lagi, nanti jammed xbest pulak.
Curahan rasa Jawatan Kosong Jururawat @ ..Job Vacancy for Staff Nurse at Fresenius Medical Care Malaysia Sdn Bhd – October 2014
hmm betul juga kan, belum sampai tahap tu lagi rasanya 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kita tunggu dan lihat la nanti. Mana tau tetiba bandwith najibrazak.com tetiba dah limit. Hehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
betul gak an, mungkiin sebab bandwidth punya pageload lambat. tungguuuu 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kalau sebab bandwidth berlaku, ia perlu diatasi dengan kadar segera.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Semoga team Dato Seri Najib dapat perbaiki dengan segera. Ini demi untuk pembaca dapat berita mutakhir daripada PM sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
betul, kasi ringan page load blog. ia sangat sangat penting kepada pembaca 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
kalau kita nak memimpin, kita kena sedia untuk di pimpin. ini salah satu prinsip dalam diri den. den sentiasa dipandang rendah sebab punya cara ikut order. ini atas sebab den nak belajar dari pemimpin. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
sempoi. review eizil untuk laman sesawang ini juga agak detail dan mudah difahami readers
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Saya setuju sangat. Eizil memang kerjanya buat laman web. Dia tahu di mana kekurangan dan kelemahan pada sesuatu lamsn web, tidak kiralah apa theme sekalipun.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
kan, eizil ni pun sangat helpful, bila den pm di fb beliau, sangat cepat beliau respon. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
itulah kelebihan yang ada pada Eizil. Kepakaran beliau tidak boleh dipandang enteng. Memang beliau suka membantu, team Denaihati katakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
thanks review blog pm najib.. info yang berguna yang yang lain boleh improve..
menunjukkan setiap web site pasti ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. hmm susah juga ya nak bina site yang seratus peratus menepati citarasa pembaca
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Blog saya juga banyak kelemahan dan kekurangannya. Loading lambat banyak sebab. Kalau nak laju susah juga, kitapun nak pasang widget Facebook, google+, recent post, bloglist rakan-rakan dan sebagainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Dgn pengurangan subsidi minyak membuatkan imej Najib Razak kotor dan jelik.
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Disebabkan harga minyak naik la, tafik najibrazak.com naik mencanak.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
hehe untung klu PM letak iklan kat blog beliau. pasti banyak income 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
tak pernah tahu juga dengan website Najib Razak ni..mungkin tidak berapa minat politik tanah air yang sangat kotor..
Curahan rasa shamiera osment @ ..KidsNowaDays : Gurauan Maut
Politik tak kotor tapi pemain politik yg kotor. Pemain politik kena telus dan adil
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Betul tu. Berpolitik cara berhemah memang tidak diamalkan di Malaysia nih. Politik cari kslahan org, kutuk sana sini dah jasi darah daging dah. Pemikiran sempit…..
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
ouch, tak pandai den nak komen mengenai politik ni. den tak celik politik. sori 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Saya sda terbaca di akhbar PM lancarkan laman web beliau. Bila saya terjah laman web PM, saya dapati loadinnya amat perlahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
agak perlahan. tak berapa ok untuk mereka yang pakai data plan dan yang pakai internet berkelajuan rendah
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Ini juga salah satu sebab, internet perlahan juga membuat kita tertunggu- tunggu loadingnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
mmg nampak usaha najib cuba dekati rakyat. Semoga semua pemimpin jujur dalam memimpin. bkn senang nak jd pemimpin nie..
Curahan rasa Effa @ ..Peluang Perniagaan Modal Paling Minimum tapi Untung paling Besar!
betul tu, kita kadang dok kutuk pemimpin, tapi diri sendiri pun tak terpimpin. semoga najib sentiasa up to date dengan perkembangan terkini 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Memang betul, seorang pemimpin perlu lebih masa untuk menaikan ekonomi negara, bila ekonomi pesar rakyat sendiri akan dapat nikmatinya. Bukan tugas yang mudah nak jadi pemimpin walaupun ada blog sendiri, pastinya ada masa tak update.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
NR – Najib Razak , NR – Naik Rega.. terima kasih PM. Cari pendapatan lebih lagi….
Curahan rasa Wira Merah @ ..Peniaga Online Perlu Ada Blog
Cubalah nasib dengan WHO. mana tahu berjaya. Boleh cover harga yang naik tu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
setiap perkara yang berlaku harus di pandang dari sudut positif. inshaAllah solusi akan tiba jika kita berfikiran demikian 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Semoga dengan review daripada Team Tuan DH ni dapat membuatkan blog PM kita semakin hebat. Baru tahu sebenarnya mengenai blog PM ni…ekekeke… terima kasih di atas pengkongsian.. 😀
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..Paragliding Di Bukit Jugra Banting
hehe sama la, tak sempat nak updatekan diri dengan info terkini. nasib baik eizil kongsikan di sini 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
semoga dengan ada nya laman web ini segalanya lebih lancar,lebih info,dan DH telah memberi pendapat dan pandangan hopefully pihak pembangun laman tersebut boleh perbetul kn ini adalah untuk keselesaan para pembaca juga.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Rocker Penyamun
betul tu, harap komen ikhlas ni diterima baik team developer blog PM yang kita sayangi 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
InshaAllah.. Semoga rakyat dapat mengikuti perkembangan Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dari masa ke semasa
dengan pendekatan seperti ini, harap sikap buruk sangka dengan pemimpin dapat di kikis 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Semoga lepas ini segala info-info dan maklumat terkini dapat dikongsikan dengan rakyat melalui blog najibrazak.com
moga begitu juga. lepasni penat la PM nak update blog, dan fb pada masa yang sama 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Saya dah melawat ke blog PM, mungkin blog beliau sedang under construction.
mungkin juga. setuju dengan pendapat eizil yang page load dia agak lambat. tak sesuai untuk mereka yang punya internet berkelajuan rendah 🙁
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Comments are closed.