Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
PM dah ada blog ye? Bagus jugak Tuan Denaihati komen tentang blog PM. At least dapat diperbaiki lagi mana yang kurang. Semoga semua rakyat dapat berkunjung dan membaca entri dengan mudah
ya, pm dah ada blog. bleh la anda bw blog pm pasni yee 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
harapnya ada pembaikan. sebab nampak kurang selesa jugak laman web ni.
design nya bagi saya juga tidak begitu menarik. perlu lebih banyak reseach degan web trend sekarang.
Curahan rasa sekilass @ ..Ke Pantai Morib Kita
harap juga la. tak perlu banyak pun perubahan rasanya. cukup la sekadar meringankan pageload blog ini 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Rasanya masih dlm construction blog ni.kalau blog lambat nk loading mmg bye2 la jawabnya.tak sanggup tunggu apatah lagi jika data dh tggl ciput.
Curahan rasa Aishah Ahmad @ ..Kek Aiskrim untuk Hari Jadi Adam
hehe pakai la free wifi.. den jarang pakai data untuk web surfing.. data tu tuk social je 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Betul kata Tuan denaihati, font di entri perlu diperbesalkan agar orang-orang yang berumur boleh baca apa yang kita tulis.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
betul. AB yang rabun ni pon agak sakit mata jugak la nak membaca. lagi-lagi bila bukak melalui handphone. kena la zoom in sikit.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
setuju juga. Pasal font tu memang rabak mata nak tengok. guna henpon apatah lagi kan,
Curahan rasa sekilass @ ..Ke Pantai Morib Kita
Nasi baik hangphone boleh zoom in, kalau tidak susah nak baca. Apatah lagi orang lebih tua daripada kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
takpun tambah fatures untuk besarkan dan kecilkan saiz font tu ikut keselesaan pembaca sendiri 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Suka juga jika ada blogger terkenal dapat mereview blog kita kan. Sekurang-kurangnya kita boleh diperbaiki.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
betul tu. Kalau ada orang tegur baru la kita perasan apa kurangnya blog kita. Kadang-kadang kita tengok macam okayh je. hehehhe
betul tu, terutamanya bila datang dari web developer eizil sendiri. 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Banyak kekurangan yang ada di blog najibrazak.com. Apa yang dipaparkan di blog Denaihati ada asasnya. PM perlu amabil perhatian terhadap blog beliau jika mahu lebih ramai pembaca melawatnya,
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
harapnya team developer laman peribadi Dato Seri peka dengan kekurang laman tersebut dan melakukan penambahbaikan.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
pada den, content tu paling utama, 2nd baru design. mungkin sebab den bukan jenis judge book by its cover 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Inilah peluang untuk Perdana Menteri meluahkan apa saja yang terbuku di hati selama ini untuk dikhabarkan kepada rakyat. Ini akan memberi banyak kemudahan kepada rakyat untuk mencari info dan maklumat berkaitan yakdir-urus oelh PM terhadap negara kita.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
stuju. semoga Dato Seri dapat mengeluarkan isi hati dan pendapat secara peribadi mengenai isu semasa agar rakyat dapat memahami dan berasa lebih dekat dengan pemimpin. Laman peribadi ini menjadi satu lagi medium untuk Perdana Menteri rapat dengan rakyat.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Bagus macam nie…
Tapi kalau ada komunikasi 2 hala, lagi terbaik…
Curahan rasa fazrol @ ..Jangan marah isteri!
Ya betul tu bro..kalau komen kita disengari dan ada respon lagi bagus. Sekurang-kurangnya komen kita dapat dibaca oleh PM.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Yang buat website ni hanya akan dengan komplen dari owner web je. hehehe..
biasanya macam tu. kita buat ikut apa yang dipersetujui. kadang2 kita dah buat lagi cantik, tapi dorang yang tak nak, tukar itu ini. penglaman saya sebagai web content designer. 🙂
Curahan rasa sekilass @ ..Ke Pantai Morib Kita
setuju. kalau ada komunikasi dua hala barulah kita dapat mengeluarkan pendapat kita pulak berdasarkan apa yang ditulis oleh Dato Seri didalam laman peribadi beliau. Baru la sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan lebih jelas. Mungkin selepas ini Dato Seri boleh menambah baik laman tersebut.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
means chat bersama PM? rasanya nanti mesti ada punya. nice idea tu 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Bila dah ada blog sendiri, bolehlah Perdana Menteri boleh kongsikan pengalaman beliau menguruskan hal-ehwal negara kita.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Dato Seri boleh jugak bekongsi pengalaman selama berada diluar negara untuk program peribadi dan juga kerja.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
atau lebih baik dia cerita pasal pemngalaman perdibadi lagi best. hehehe..
yela asyik tahu cerita kerja dia je, boring jugak kan. nak tahu juga, pagi makan apa,,datin seri masak apa. cewah…
Curahan rasa sekilass @ ..Ke Pantai Morib Kita
IItulah yang perlu Perdana Menteri lakukan. Tulis apa saja yang berkaitan program beliau, lawatan dalam negeri dan luar negara, sumbangan untuk rakyat, bantuan di musim musibah seperti bsnjir, kebakaran, runtuhan tansh dan sebagainya. Saya lihat blog 1malaysia.com.my lebih menarik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
sebelum ni klu follow FB pm, bnyk juga beliau kongsi aktiviti beliau kepada rakyat 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Tahniah Perdana Menteri Malaysia, berjaya menubuhkan satu blog najibrazak.com untuk rakyat menilai cara PM takdbir negara Malaysia.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Tahniah Dato’ Seri Najib. Semoga dengan penubuhan laman peribadi ini Dato Seri akan lebih dekat dengan rakyat dan mengambil langkah untuk mengatasi segala aduan rakyat.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
den suka url blog PM kita, pendek je. den dlu ada nak buat syazwannorhalik[dot]com, tapi panjang sangat. huhu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
semoga PM terus berusaha untuk membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup…..
Curahan rasa asraff @ ..Asics Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 16 November 2014
Semoga Dato Seri memanfaatkan laman peribadi untuk mendengar luahan dan mengambil inisiatif untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi rakyat.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
klu pemimpin tak dapat bantu kita, kita sendiri kena bantu diri kita sendiri 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
semoga laman web ini menjadi salah satu medium yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Hazzirah Izzati Pelajar Termuda Penerima Doktor Falsafah Matematik
Yup…nedium blog ini boleh diperbaiki mana yang ada kekurangan dan kelemahan supaya ia dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Mereka memerlukan maklumat terkini dan sahih, bukan sekadar menceduk berita yang tidak tahu dari mana datangnya.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
setuju. Lebih lebih lagi daripada blog atau laman web yang banyak memuatnaik info yang salah dan jugak memutarbelitkan info yang benar. semoga jugak alman peribadi Dato seri sentiasa terupdate dan tindak ketinggalan dengan berita terkini.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
ya betul tu. harap juga para keyboard warriors tak lontarkan kata kata ‘terlebih’ bernas di sana 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
wah pm kita ada blog..lepas ni kena buat penambahbaikkan mana yang patut… 🙂
Curahan rasa zaza zehra @ ..Bermalam Di Hotel Bajet D’Bayou Shah Alam
Dengan kelemahan yang ada pada blog PM, boleh kita olahkan di blog kita agar agar lebih mantap.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
agak agak PM nak jana income tambahan melalui blog tak? kan dah nak ada GST 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Mesti besar kos untuk bangunkan web ni. Guna blog wordpress biasa kan mudah!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hasil Mahsul Negara Hilang!
Harap tak guna wang rakyat lah untuk buat blog ni. Haha
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
setiap perkara yang berkaitan dengan pembangunan yang melibatkan kerajaan pasti memelukan kos yang besar. ia atas sebab menjaga kualiti 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Harapnya lepas ni team developer website Dato; Seri Najib boleh upgrade website tersebut. Mungkin jugak mereka terlepas pandang. Maklum la website baru.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
mungkin juga. kadang sebab nak kejar deadline, para developer pasti terlepas sesuatu perkara yang minor
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Comments are closed.