Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
Wah, mantap sekali komen dan kritikan membina dari team Denai Hati. Siap dengan langkah mengatasi. Bagus !
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
yups, ini yang kita mahukan, kritikkan positif yang membina. salut eizil 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
seorang PM yang suka menaikkan harga, entahlah dengan en.najib ni..huhu
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!?
haha..
sabar. sabar.
dia jadi PM zaman nih. So..nak tak nak memang dia kena naikkan harga. Kalau takk..macam-macam leh jadi..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 21 dari Ashadee.com
betul tu bro, setiap perkara yang berlaku pasti ada positif side of it.. brace yourself 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
isu panas..hehehhe..tahniah le PM kita dah ade website sendiri. Harapnya dapat jugak mendengar luahan hati rakyat ni ye.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
pasti ada positive side of it. apa yang berlaku, den sokong dengan keputusan PM, jangan PM kata nak perang dah huhu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
baru saya tahu rupanya PM Najib ada laman web peribadi. Trima kasih tim Denai hati sebab kongsikan di blog
Curahan rasa sabree hussin @ ..Komen Saya Tentang Program jobdirumah
Apa kata kita jemput PM ikut bersaing dalam cabaran iPhone 5S ni..hehe
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Info Ngeri Dan Menakutkan
Skrang ni teknologi dah canggih…dgn teknologi sahaja pemimpin dapat dekat dgn rakyat…kira satu inisiatif yang bagus…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Atasi Rambut Gugur dgn Dove
betul. Tahniah buat Dato Seri Najib. Bila dah makin dekat dengan rakyat, harapnya dapat la jugak dengar luahan hati rakyat. Tapi, janganlah ‘dengar’ je. huhuhu
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
wahhh.. PM pun dah ada blog eh. hehehe. boleh blogwalking ni lepas ni.. Eh !
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
hehe apa tunggu lagi, tinggalkan backlink kat blog anda kat blog PM 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Secara keseluruhannya,tema blog tersebut dah begitu cantik dengan gabungan warna yang menarik .Mungkin dengan sedikit penambahbaikkan laman blog tersebut akan memberi prestasi yang terbaik pada masa akan datang.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #97
setuju. Harapnya team developer laman tersebut peka dan dapat mengupgrade dan melakukan penambahbaikan laman tersebut. untuk kemudahan orang awam nak membaca
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
sofar den ok je dengan theme blog tu, cuma tu la, pageload lambat 🙁
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Dah tengok laman tu..bagi saya memang perlukan penambahbaikan..loading agak lambat..pengisian kurang..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Orang Dok Sibuk Main Google Street View Sekarang Ni
betul tu…loading blog sangat lambat..kene pakai template lagi ringan lagi…memudahkan orang ramai melihat content blog tu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
iya.. slow sangat loadingnya kan? Tapi kira cantik jugak dia punya template tu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
loading yang agak perlahan tu yang kacau mood readers kan..harap ada penambahbaikan
kannn, slow untuk den yang pakai streamix ni, klu dah unifi xpe la juga..hehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
PM pun dah jadi blogger gak ker? Maka terbela lah kumpulan blogger selepas ini..
Curahan rasa encikarman @ ..Tip buat duit dengan Lazada
hihih..harap-harap ada persatuan yang membela nasib-nasib blogger akan masa depan blogger terjamin
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
hehe lepasni PM buat affiliate la. habis la otai otai tergugat klu PM buat affiliate dan pasang iklan kat blog 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Dari segi layout, memang menarik dan mengikut trend design website terkini. Pengisiannya pula, saya lebih suka membaca blog Che Det kerana isinya yang lebih mantap. Hehe
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Tragedi Oktober, Petrol RON95 naik 20 sen
hehe..kalau nak compare dengan che det, mmg tak terbanding la kan..che det punya ulasan mmg best
Curahan rasa JMR23 @ ..Impak 20sen.
Tun M punya blog memang thorbaek. Laman peribadi Dato Seri Najib belum boleh lawan. Maklumlah baru lagi ditubuhkan dan tak semua enry ditulis sendiri oleh Dato Seri.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Dr M fokus pada content. jadi sesuai untuk orang yang suka blog jenis heavy reads 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
View dari office saya pun agak slow.. kalau guna connection speed yang lagi slow, mungkin akan ambil masa yang lama untuk fully load web PM kita.
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Smartboard Untuk Khair
silap silap tak abis load dah error.. huhu team developer kena amek serius hal ini..
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Wah! blog YB Najib pun dikritik. hehe, Saya belom lagi jejak kat blog YB Najib lagi. Mungkin lebih baik dari sebelomnya.
Curahan rasa adarain @ ..Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery
kritikan membina ok je kan bro..harapnya team blog najibrazak.com ambil feedback ni secara positif
Curahan rasa JMR23 @ ..Impak 20sen.
kritikan membina ni its okey kot.. Lagipun bagi saya ini lebih kepada memberi pandangan untuk penambahbaikkan,.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
hehehe..terbaik team Denai Hati. Menegur demi kebaikan bersama. Kalau tak ditegur mungkin diorang beranggapan laman tu dah cukup baik, sedangkan reader nak baca tunggu loading punya la lambat. huhuhu
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
kritikkan positif xpe, bagus untuk semua. kita ni manusia biasa, biasa la klu kena kritik 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
cuba anda semua bukak blog najibrazak.com..kenapa pelik sangat je..gambar najib sampai dua..macam tengah edit blog je
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
Mungkin sedang dalam penambahbaikan untuk blog YB najib yang mungkin tidak rasa sesuai atau lambat loading. 😀
Curahan rasa adarain @ ..Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery
mungkin dorang dah baca review dekat blog DH kot…sekarang dalam proses penambahbaikan kot…aku rasa blog PM kita ni satu pendekatan yg baik…terutama dalam mengetengah idea2 baru Datuk Seri Najib untuk membangunkan negara
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
saya rasa PM kena hire web designer yang lebih kreatif lepas ni. baru bloog tu menarik.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
saya setuju dengan kebanyakan komen balas disini. kemungkinan blog masih didalam proses penambahbaikan. Tak pon memang ade dua kot gambar Dato Seri.. hehehehhe laman peribadi dia kan..ngeee
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
masih dalam proses penambahbaikan rasanya tu. lepas ni mantap la blog tu. rasanya team developer dah mula ambil serius komen eizil 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
tudia sapa yang bikin blog najib tu kan hihii..kena naik taraf sikit bagi cantik mudah untuk orang melawat..cer review blog ana pulak boleh dak
Curahan rasa adna2029 @ ..Its October Giveaway By Naomie
hehehe..betul tu. apa-apapun tahniah Dato Seri Najib maju lagi setapak dengan laman peribadi ni. Tapi apa kata entry tu ditulis sendiri oleh Dato Seri dan pandangan peribadi beliau. Best jugak kalau dapat komen dari DH ni. boleh tau kekurangan blog kite kan..
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
patut diorang upah eizil yang develope. pasti menjimatkan kos dan statisfation guaranteed 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
menarik skli perkongsian DH,Mungkin tguran dan pandangan ini boleh di perbaiki spya laman web itu lbh mesra,.seronoknya ada yg beri ulasan begini hehe
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Google Malware Check Tool Membantu Menyemak Laman web dan Blog Dari Malware
yaaa.. sebab dia kan PM, SO MESTI RAMAI YANG AKAN MASUK WEB NI.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
ye betul. perkongsian yang menarik. sambil-sambil tu kita terjah sekali laman peribadi Dato Seri Najib jom. Harapnya makin laju la ye loading.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
bagus review macam ni, jenis review membina. jadi ia mudah diterima umum 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
bagus orang mengkritik blog kita sebab ada orang ambil berat akan halnya.kita juga dapat menambah baik apa perlu baiki kemaskan lagi supaya ia nampak lebih profesional
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
setuju. dari segi susun atur dan background laman peribadi ni dah nampak profesional. tapi mungkin boleh di’mesra pembaca’kan. sebab rasa macam baca portal kerajaan je, tapi namanya laman peribadi PM. hehehehehe
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
setuju. sangat professional cara review blog PM. ehem, brapa eizil dapat bayaran ni? hehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Comments are closed.