Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
tahniah kerana pm ingin lebih dekat dengan rakyat, tetapi kenapa harga minyak tetap naik??..
walaupun ia akan sangat terkesan pada rakyat….
ada tak entry sebab musabab harga minyak di naikkan….dan nak naik tu maximumnya berapa rm ye nanti??
Curahan rasa faridah zulkifli @ ..Vivix shaklee kebaikkan dan keistimewaanya
jika katakan sesuatu mesti ada sahaja jawapan terbaik akan jawab.apa tak banyak tapi sedikit-demi sedikit rakyat turut terbeban.marilah kit abelajar berjimat part mana perlu kita jimatkan.wahualam
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
betul jugak..walau kita merungut pun harga minyak naik..ia memang dah ditetapkan oleh kerajaan..kalaulah PM dengar luahan rakyat pasal kenaikan harga minyak ni kan bagus..kenaikan minyak menyebabkan semua benda naik..berjimat memang sangat-sangat dikehendaki bila harga minyak dah naik ni..harap minyak naik…gaji pun naik..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
klu kita merungut, rasa rasa doa pun susah nak makbul. usaha je cari solusi. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
kita sendiri perlu cari solusi. tak perlu rasanya seratus peratus menyalahkan pemimpin. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
aku rasa dengan blog inilah PM akan beri penjelasan berkenaan isu semasa kepada rakyat…aku ia satu pendekatan yang berani…tetapi ia bagus untuk rakyat lebih faham
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
pasti ada idea bernas dari pada PM kepada rakyat. kita tunggu je 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Banyak yang perlu diperbaiki lagi dari segi aspek teknikal website ni agar nampak stabil dan mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Terlalu menonjol sangat pun kadang-kadang buat rakyat berfikiran negatif akan website yang dibangunkan.
untung sebab direview oleh yang pakar…semoga akan ada penambahbaikan nanti…lagipun ini bukan calang2 blog…sudah pasti ramai yang pergi baca dekat blog PM ni..bleh lawan blog Che Det la lepas ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
hmm negatif tu dari individu tu sendiri. tak kisah macam mana kita cakap, klu seseorang itu susah nak terima, tak jadi juga 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
hari ni senanglah rakyat nak komplen pasal kenaikan minyak kat sini kan..kita dgr pandangan peribadi Najib
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
Puas juga team nak explain semua soalan rakyat dalam ruangan komen. Pasti rakyat tertunggu-tunggu feedback dari PM kan….
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
untung untung najib sendiri balas komen yang di terima rakyat. brace yourself PM 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Tahniahlah…sebagai satu usaha mendekatkan diri kepada rakyat jelata.
Sayabas PM
Curahan rasa maria @ ..Yeayy…Harga Minyak Naik Lagi
ya betul tu, cara terbaik untuk kenalkan kita akan apa usaha dan kerja yang di lakukan PM. PM, jangan lupakan kesihatan ya 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Sekarang pun banyak tokoh negara yang mempunyai website serta blog sendiri
Curahan rasa News Farras @ ..Tips Cara Memperbanyak ASI
betul tu, selari dengan perkembangan dunia teknologi. agaknya lepasni PM lancarkan whatsapp bersama PM pula 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
wahhh, blog baru mesti banyak info dekat blog najibrazak.com. kalau najib blogwalking saya punya blog mesti saya terkejut huhu
hahaha..kalau PM blogwalking kat blog kita memang mimpi yang indah..yang blogwalking tu maybe admin blog dia je..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
hehe jangan terkejut beruk pula nanti klu PM kita jadi top komentar blog denaihati 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
satu kupasan dan review yang cukup lengkap..dan saya kongsi kegembiraan ada blog baru PM iaitu najibrazak.com
Curahan rasa Hero Borneo @ ..7 Jenis Mimpi Yang Mesti Diketahui
Pasti rakyat kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh PM kita ni. harap berkekalan website ni sampai bila-bila
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen pertama blog dari advertorial dot my
eizil klu bagi review memang tip top. bukan just simple review atau kritikkan sahaja 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Jom terjah blog tersebut..pasti ada isu hangat pasal minyak tak ketinggalan…
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..JAWATAN KOSONG FELCRA BHD
series..nak dengar pandangan peribadi Datuk Seri..minta minta beliau ada update
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
tungguuu.. PM mesti dah tulis, sekarang masih simpan dalam draft tu. 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
setuju tu bro…sepatutnya blog PM ni menjadi wadah PM menerangkan segala isu semasa dengan lebih jelas…rakyat mungkin nak dengar penjelasan dari PM sendiri
caiyokk…..sahut cabaran tu….pm yg bz pun sempat lg berblog..apatah lg kita yg buat2 sibuk ni…
Aku rasa mungkin team najibrazak.com yang banyak update entri di website ni. PM hanya beri idea untuk tulis apa yang patut je kot.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan keenam Arsenal vs Tottenham Hotspurs
aku pun rasa macam tu gk..dia just cakap je..yang taip n update sumer tu orang kanan dia hehhe
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
sememang admin blog dia yang update segala…kalau dia yang menaip, maybe lagi bagus..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
hehe terkena tempias kata kata bro tu..hehe den ni slalu je buat buat sibuk..huhu :p
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
PM yang sibuk pun sempat luangkan masa untuk site sendiri, jadi kita yang sederhana sibuk mesti lebih gigihkan memajukan blog sendiri.
Team developer NajibRazak.com boleh take note apa yang Tuan Eizil bagi pandangan ini ya.:)
Curahan rasa Nurhalawa Md Yusof @ ..Promosi ESP Shaklee Kini Kembali
diharap apa yang beliau update nanti memberi input positifi kepada readers esp rakyat Malaysia..
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
kan, kita yang kerdil ni pun buat buat sibuk. susah la nak berjaya klu gitu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kalau NajibRazak buat blogwalking dan tinggalkan komen kat blog kita, cam maner rasa ya..aku kalau Tuan DH tinggalkan komen kat blog dah suka sangat. Bayangkan kalau PM kita he..he..he..
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Blogger Mesra Alam September 2014
Memang beruntung sangat la kalau blog kita ditinggalkan jejak oleh pemimpin No.1 negara kita. Rasa bertuah sangat-sangat
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan keenam Arsenal vs Tottenham Hotspurs
boleh cuba dan jangan terkejut pula jika ia benar-benar berlaku
Curahan rasa Hero Borneo @ ..7 Jenis Mimpi Yang Mesti Diketahui
hhee pasang startegi awal-awal la macam mana nak mintak Datuk Seri tinggalkan kmen kt blog kita hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
hehe best giler kalu Dato Seri Najib blogwalking kt blog kita..mesti rasa bangga gile kan
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
hahaha…ini memang rare la bro…memang aku printscreen…print buat frame…manalah tau kan PM nak blogwalking dekat blog kita suatu hari nanti…agak2 tinggi tak PR blog PM ni..xsempat nak check lagi ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
huhu klu PM bw ke blog kita, maknanya beliau pandai manage time beliau. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
waahhh.. sungguh tak sangka yang amat berhormat perdana menteri malaysia pun ada laman web sendiri.. kelasss
Curahan rasa sohoque @ ..Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni…
Memang sepatutnya, YAB perlu ada laman web/blog sendiri. Kalau boleh setiap YAB/ YB mesti ada blog bagi menyampaikan pendapat, pandangan dan aktiviti mereka kpd rakyat. Ini bagi memudahkan rakyat mengenali pemimpin mereka lebih dekat.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Blogger Mesra Alam September 2014
dunia sudah berubah bro..PM pon nak mendekati hati blogger2 seperti kita semua ni hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
TPM ada tak web blog sendiri ya? klu ada macam mana pula inteface blog beliau 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Ulasan yang bagus dari otai blogger.. Blog peribadi PM mestilah mudah di layari dan sedap mata memandang.. supaya reader tak boring menunggu..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA!!
mesti ada pakar-pakar yang hebat di belakang pembinaan laman web ini…
Curahan rasa sohoque @ ..Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni…
PM tak sempat nak buat sendiri. Tak macam kita ni, semua kena buat sendiri, semua kena belajar pasal blogging. Nak dapatkan pakar, duit pula jadi masalah.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Blogger Mesra Alam September 2014
blog kena la menarik baru rakyat senang hati nak singgah blog dia kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
tapi otai kita ni komen loading time utk slide tu lama sangat kan..bosan gk nan nunggu tu
Curahan rasa JMR23 @ ..Lagi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan, apa kesudahannya?
memang bertuah lau dapat review daripaada team blogger hebat ni…terperinci ulasan dia..memang bagus untuk kita perbaiki blog kita…aku rasa lagi baik team denaihati apply jadi penjaga blog ni…mesti masyukkk ma…hahaha..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
huhu klu dah otai yang bagi komen, memang bernas la kan. klu den bagi komen tah apa jadinya..hehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Dengan kesibukan empunya blog menyebabkan entri dan kandungannya tidak lengkap. Dengan review yang dibuat oleh Denaihati sedikit sebanyak dapat membuka mata PM.
adakah wajar yang amat berhormat menggunakan penulis untuk kemas kini blognya?
Curahan rasa sohoque @ ..Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni…
mungkin content dari beliau sendiri tp di outsource kepada orang lain untuk tulis
Curahan rasa sohoque @ ..Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni…
Pada aku sememangnya wajar sebab sibuk kesana kemari menguruskan hal berkitan negara. kalau setakat PM update twitter dan facebook sendiri aku rasa dah kira ok. Untuk laman web ni biarlah team yang handle. takut nanti makin licin kepala PM kita nak memikirkan masalah blog pula. hehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan keenam Arsenal vs Tottenham Hotspurs
entah entah PM sendiri yang develope blog ini? jeng jeng jengggggg
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Isi kandungan tidak beberapa lengkap, ianya perlu diperbaiki dengan berperngkat agar ianya dapat menarik pembaca, walaupun kita hau orangnya.
Rasanya tak sempat PM sendiri nak tulis isi kandungan blog ni. Mungkin ada penulis yang di upah untuk update segala konten.
Comments are closed.