Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
fuh..tu dia..bukan calang-calang blog tuna DH buat review ni..silap-silap lepas ni Satuk Seri najib bagi job dekat team denaihati tuk jaga blog beliau..hahahaa
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
Hahaha jangan main main dengan denaihati. Blog perdana menteri pun dia berani komen. Hahaha good job!
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Saya kagum dengan keberanian tuan Denaihati review bloh Perdana Menteri siap dengan komplen lagi kelemahan yang ada pada blog itu.
Betul juga kata Blogger Lelaki. Silap haribulan diupahnya tuan Denaihati jadi penulis jemputan di blognya atau pun minta kepakaran Team Denaihati untuk ubahsuai blog najibrazak.com
hehe bila la agaknya eizil nak review blog eden ek? hehehe boleh eizil? :p
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
saya pulak rasa blog PM kurang menarik. tapi masih lagi mudah utk dibaca. selera masing2..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
Hmm mungkin datuk seri tak berapa pentingkan kekemasan blog. Content tu lagi penting kot supaya apa yang nak ditaip tu sampai pada pembacanya.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Sebagai sebuah blog peribadi seorang pemimpin, ia tidak boleh dibuat tanpa penelitian. Kalau ada kelemahan boleh diperbaiki. PM boleh upah mana-mana kepakaran untuk menghasilkan blog yang dapat menarik lebih ramai pembaca.
Blog Perdana Menteri memang saya terjah hari tu loadingnya lambat. Kelemahan yang perlu diperbaiki kerana ini bukan blog sebarangan.
tak boleh nak argue, itu selera masing masing. mana boleh orang tak suka makan burger di paksa makan burger kan 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Al-Lazad @ Burger Bakar Abang Burn
Tabik dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh pm kita untuk lebih dekat dengan rakyat. Baru la boleh memahami jiwa dan kehendak rakyat ye dakk
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
walaupun dia tu manusia tersibuk di malaysia, tapi still lagi update blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
satu pendekatan yang bagus daripada P.M. kita cuma ada tak saluran untuk rakyat luahkan pendapat dekat blog tu…biarlah lagi senang rakyat nak sampai apa yang rakyat rasa
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
Hm cara tu pun betul jugak. Rakyat dapat suarakan rasa hati. Tapi beliau kan sibuk tak sempat la nak baca luaha hati atau pendapat sorang sorang. Kalau ada pun yang sempat baca, yang tak sempat tu mesti nak touching kan haha
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Blog beliau sentiasa memaparkan artikel berkaitan negara Malaysia. Pasti perkara berkaitan dengan aduan orang ramai perlu diteliti, barulah pembaca akan tertarik menerjahnya.
blog PM, thorbaik kan. idea tu ada. jangan bersawang nanti ya PM 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Al-Lazad @ Burger Bakar Abang Burn
Rasanya aku sekali je dah pegi blog najiibrazak.com ni. Lepas tu dah tak pergi dah. Bukan apa, 1 sebab je, blog lambat loading. Streamyx aku amabil pakej paling murah, kat sekolah guna 1bestari lagi slow. Sepatutnya blog najibrazak ni mesra rakyat. Dari rakyat yang guna line internet perlahan pun sepatutnya tiada masalah nak loading. Lepas aku akan cuba juga lah, godek2 apa yg ada kat sana…
Okay la tu sekali dah jejak blog beliau. Saya sekali pun tak lagi maklumla busy je memanjang. Harap nanti boleh curi masa visit blog beliau nak tengok betul ke macam yang orang lain gembar gemburkan tu hihi
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
samalah aku pun pernah sekali je pergi..ingatkan nak blogwalking dekat blog tu…hahaha..tapi selepas itu ini baru teringat balik PM kita ada blog
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ranking Alexa Oktober 2014
Saya semasa ada blog 1malaysia.com.my kerap juga terjah tetapi bila ianya ditukar,semacam tiada seri pada blog baru beliau. Moga selepas ini ada perubahan yang berlaku pada blog nombor 1 di Malaysia.
eden punya internet pun slow. menjadi penyebab juga kenapa den masih belum hit 5000 komen di blog denaihati 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Masih banyak kekurangan yang ada pada blog nijibrazak.com. Ia jauh berbeza dengan blog beliau dahulu iaitu 1Malaysia.com.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh
Kalau nak dibandingkan dengan blog beliau yang lama, memang banyak perbezaannya tapi takpe la ni baru step pertama. Mudah mudahan beliau dapat upgrade supaya lebih baik dan mesra rakyat.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
saya rasa blog dia boring. terlalu simple. tapi pengisian masih mantap
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
masih up to date lagi ke blog 1Malaysia.com? den pun dah lama tak menjengah sana
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Saya puji tindskan Tuan Denaihati reviewkan blg najibrazak.com, sekurang-kurangnya tuan empunya blog sedar bahawa ada kelemahan pada blog beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh
Tindakan yg bagus dari team denaihati, harap developer blog najibrazak mendengar cadangan2 untuk kebaikkan blog beliau.
Hm betul tu. Untung blog dapat direview oleh pihak denaihati. Memang komen menyeluruh la denaihati bagi. Baru la boleh buat penambahbaikan untuk kualiti blog yang lebih baik. Denaihati the best!
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Memang untung kalau blog kita dapat peluang juga untuk direview oleh denaihati..anyway..blog najibrazak.com is quite ok.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
harap web designer baca blog DH ni. then improve mana yang patut
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
Hehehe harapnya tuan empunya blog yang blog beliau direview agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk kualiti yang lebih baik dapat diberikan kepada rakyat.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
ini utk kebaik semua pihak. rakyat pun senang hati nak bca blog dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
salah satu pendekatan rakyat yang sayangkan pemimpin. sikap yang harus di puji 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Memang sebelum ini saya ada dua, tiga kali pergi ke blog najibrazak.com, memang ada rasa sesuatu yang tidak kena.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh
Tak kena? Haha hm saya tak pernah sampai lagi blog beliau. Hehe malas nak blogwalking lagi tambahan plak line memang berat skit. Insya Allah kalau ada masa saya melawat blog najibrazak tu
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
saya tak pernah pulak singgah blog PM ni. blog 1malaysia pernah jugak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
apa yang tak kenanye bro? tak kena sasaran apa tu? huhu mcm pelik je bunyinya
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Tahniah untuk Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib kerana ada laman web sendiri mengantikan blog 1Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh
Memang bangga dengan pm kita. Dah la sibuk menguruskan negara pastu sempat plak nak mengupdate blog semata mata nak berkomunikasi dengan rakyat secara lebih dekat di alam maya ni.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
harap ia purely di tulis oleh PM dan bukan di update oleh admin semata mata 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Tak sangka DS Najib pun dah ada laman web peribadinya sendiri. tahniah ye! 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Patience
Menjadi orang nombor 1 negara, semestinya ada laman web peribadi. Kalau tidak susah nak mendekatkan diri dengan orang2 muda ni.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Blogger Mesra Alam September 2014
ini je cara utk dia dekat dengan rakyat. sebab susah kalau nak jumpa sorang sorang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
Menjadi orang nombor 1 negara, semestinya ada laman web peribadi. Kalau tidak susah nak mendekatkan diri dengan orang2 muda ni.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Blogger Mesra Alam September 2014
Memang betul, setuju sangat. Generasi muda zaman sekarang banyak habiskan masa dalam alam maya ni. Pastinya lebih senang nak bergaul dengan mereka jika pm sendiri turun padang berkomunikasi dengan generasi muda ni.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Haha memang tak sangka. Harap laman web ni akan sentiasa update la supaya beliau lebih dekat dengan rakyat walaupun sibuk menguruskan hal negara.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
sebagai contoh kepada rakyat juga. lepasni harap ramai ada blog sendiri juga 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Terima kasih DH .. secara tak langsung saya yg baca ni dapat belajar sikit sebanyak tentang rekaletak blog. Memang puji dgn inisiatif yg diambil PM kita mewujudkan blog NajibRazak.com ni.
Curahan rasa CahayaDiana @ ..Contest Komen Terbanyak OKTOBER 2014 di Blog CahayaDiana.com
Aah betul tu. Denaihati banyak review blog bloggers lain. Walaupun blog saya tak pernah direview oleh pihak denaihati, tapi saya dah dapat aplikasikan cara cara nak reka blog yang berkualiti.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
komen positif ni sentiasanya dalam bentuk membina dan dalam masa yang sama mempengaruhi readers juga. tahniah kerana dapat input dari entry ini 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
website dah cun. harga minyak ni xbrape nk cun. adoii
Curahan rasa Que @ ..Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel NAIK 20 sen seliter bermula 2 Oktober 2014
Betul2, tapi sukar nak elakkan harga minyak naik. Cara nak imbangkan gaji dengan kenaikkan harga barang. nak tak nak kita mesti cari duit lebih.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Blogger Mesra Alam September 2014
Betul tu. Orang yang belajar ekonomi mungkin tau bab bab ni dengan lebih mendalam. Kita rakyat yang tak tau apa apa ni tak boleh la membebel je salahkan kerajaan.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Haha betul tu. Tapi kan mungkin ada hikmahnya harga minyak terpaksa dinaikkan. Sentiasa fikir positif k haha
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Memang dari dulu lagi harga barang memang naik. Tak kira siapa jadi PM.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Blogger Mesra Alam September 2014
hehe terima baik je apa yang jadi. dok mengeluh pun xde mendatangkan hasil kan? 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Bab Bab layout ni no komen sangat sebab saya pun biasa biasa je… Apa pun tahniah buat PM sebab menggunakan medium digital online utk mendekati rakyat
Curahan rasa Weschairs @ ..Pantun Evergreen (terkenang semasa dulu)
Sekadar kemukakan pendapat peribadi. Pandangan bernas boleh menaikkan kualiti dan imej laman web najibrazak.com ni.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan keenam Arsenal vs Tottenham Hotspurs
Betul betul. Payah nak cari perdana menteri camni yang sanggup luangkan masa berkomunikasi dengan generasi muda zaman sekarang yang lebih gemar berinternet je kerjanya
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
tak tau pasal layout takpe, janji anda selesa browsing blog PM kita 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
wah, DS najib pun dah ada laman web peribadinya. tahniah! Walaupun dah berjaya mencipta laman peribadi, namun beliau kena upgrade sikit laman itu sepertimana yg dikatan oleh tuan denaihati. supaya memudahkan para pembaca untuk mencari maklumat di laman DS najib 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..NAK LANCARKAN SEGMEN OKAY KE TAK?
Betul tu. Kalau blog DS dah diupgrade ke tahap yang lebih baik, baru la rakyat ni rajin dan ringan tangan je nak blogwalking. Apa apa pun, harapnya ada pembaharuan la.
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
kan, satu pendekatan yang bagus. contoh kepada pemimpin pemimpin lain juga 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
usaha tu ada. tapi memandangkan bab teknikal memang beliau out habis..
dan geng teknikal blog beliau pun memang out jugak walaupun ada la gak kreatif sikit..
kira oklah jugak tu. hoho..
blog pakcik mahathir still da best dan ada soulnya yang tersendiri.. Terasa macam beliau yang taip setiap artikel tu. Blog pakcik najib takde “soul” yang tersendiri. Masih banyak kena berlatih lagi.
Curahan rasa titan @ ..Royal Sweetener Stevia Pengganti Pemanis Gula Semulajadi
Betul tu. Aku sokong. Adalah lebih profesional kalau PM kita sendiri yang karang semua artikel yang ada dalam najibrazak.com tu.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan keenam Arsenal vs Tottenham Hotspurs
Saya pun setuju juga, yang tulis di blog najibrazak.com bukanya PM sendiri tetspi dia mengupah penulis jrmputan untuk mengarang dan menyiarkan artikel.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh
mahu ke sana juga mencari apa terbaru katanyalah. itulah perdana menteri Malaysia kita
Curahan rasa suri @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Laa ni mesti pakai assistant nak update blog ni haha. Tapi kan kalau datuk seri sendiri yang taip dan karang mesti best. Baru la sampai ke hati pembaca apa apa yang disampaikan tu
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
aku setuju dengan hang weh. blog dr mahathir lagi berjiwa dan lagi best nak baca. blog DS Najib ni macam kurang sikit
Curahan rasa doulnut @ ..Dah Bosan Dengan Gula? Cubalah Royal Sweetener Stevia!
aku harap dia ada masa sikit untuk tulis lepas nih.
kalau tak..macam itu la jawabnya..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 21 dari Ashadee.com
huhu tengok la berapa tebal buku-buku yang Dr M tulis. mesti la soul tu deep..huhu smpai sekarang den tak abis lagi khatam buku Dr in the house tulisan dr M
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Pandangan saya blog ini memberi fokus yg banyak juga kepada bahan media dan hiasan blog. Berlainan dgn blog Tun Dr Mahathir yang lebih simple dan memberi fokus hanya kepada content. Wallahualam saya pun tak tahu yang mana elok yang mana kurang elok. Apa2 ianya adalah suatu medium yang baik untuk salurkan maklumat.
Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..Kuruskan Badan Bukan Hanya Pada Timbangan Berat
Betul tu. Sekarang ni kan zaman moden. Internet di mana mana je. Lebih senang guna medium ni untuk sebarkan maklumat
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
lain orang lain cara pendekatan. ada orang suka membaca, ada yang suka melihat. sebab tu tak boleh nak compare sangat Dr M dan Najib 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Comments are closed.