Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kerajaan Turki dibenarkan untuk menukar status bangunan ikonik, Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.
Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan tersebut selepas Majlis Negara mengemukakan petisyen yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.
Baca : Kembara tempat menarik di Istanbul
Ini adalah langkah kontroversial kerana Hagia Sophia yang berusia 1,500 tahun didirikan sebagai sebuah katedral (gereja besar).
Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople. Namun, pada tahun 1934 ia dijadikan sebuah muzium.
Hagia Sophia adalah tapak Warisan Dunia Unesco.
Unesco sebelum ini menggesa Turki untuk tidak mengubah statusnya tanpa perbincangan. Perubahan status itu adalah janji Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika pilihan raya lalu.
Baca : Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
Umat Islam di Turki telah lama menuntut agar Hagia Sophia ditukarkan semula kepada masjid tetapi pembangkang telah menentang usaha tersebut.
Usul tersebut telah menimbulkan kritikan daripada para pemimpin agama dan politik di seluruh dunia.
Ketua Gereja Ortodoks Timur telah mengecam cadangan itu, begitu juga dengan Yunani – tempat tinggal berjuta-juta pengikut Ortodoks.
4 Comments
satu kejayaan untuk umat Islam seluruh dunia…
semoga ianya memberi inspirasi dalam mengembalikan kegemilangan umat Islam seluruh dunia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom ubah hidup lebih baik
Kalau anda pernah tengok kisah “Fetih”, pasti anda akan dapat lihat macam mana Sultan Al Fatih tenangkan orang bukan islam dalam Hagia Sophia lepas dapat takluk Constantinople ni.
Masa Sultan Muhammad alFateh takluk Contanstinople, penduduk bukan Islam mendapat apa yang mereka dapat sebelum Islam masuk. harta peribadi, gereja kekal dan sebagainya. Hanya Islam ambil Hagia Sophia sahaja. Sedang sultan boleh ambil semua sekali sebagai harta rampasan perang sebab mereka berada pada pihak yang menang.
Ketua penduduk kristian setuju sebab sedar mereka berada pada pihak yang kalah. Lebih baik hilang hanya Hagia Sophia daripada semuanya dirampas.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Shopee Melancarkan Portal Buy Malaysia sebagai Menyahut Kempen Beli Barangan Malaysia
“Umat Islam di Turki telah lama menuntut agar Hagia Sophia ditukarkan semula kepada masjid tetapi pembangkang telah menentang usaha tersebut.”
Alhamdulillah nasib baik akhirnya jadi masjid kembali
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Misi Impossible – Ain Lutfi, Nurul Asma, Ana Rohani, Hassan Hasaa’ree Ali, Maizatu Hidayah, Zamri Shahri, Sakinah Said & Ahm Ahmad | Review Buku
Comments are closed.