Menuju ke destinasi akhirat dengan Program Journey of Faith

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

“Journey of Faith – A Traveller’s Guide” adalah program tahunan yang dijalankan oleh Akademi iMuslim. Program ini dijalankan selama 6 hari dan para peserta kursus akan melalui proses pembelajaran secara intensif dan komprehensif. Peserta kursus akan didedahkan kepada tema dan tajuk yang berbeza sebagai subjek penting setiap tahun di mana tajuk-tajuk ini akan disampaikan semasa 6 hari berkursus bagi meningkatkan intelektual dan spiritual peserta.

Inilah masanya untuk kita habiskan masa dengan ulama antarabangsa untuk belajar, berbincang, dan mendapatkan manfaat daripada kehebatan ilmu mereka sehingga bakal membuatkan kita berasa sukar untuk menamatkan program ini. Program ini juga akan membolehkan para peserta untuk membina rangkaian perhubungan dengan peserta-peserta lain yang hadir sewaktu mengambil bahagian dalam perbincangan, sewaktu sesi soal jawab dan lain-lain.

iMuslim - The Journey - Poster

Tema untuk program “Journey of Faith” pada tahun ini adalah rukun Syahadat dan prinsip-prinsip Tauhid. Dalam hadith Rasulullah salallahu’alaihi wasallam, baginda meminta umatnya untuk hidup di dunia ini sebagai pengembara; lantaran itu, kita seharusnya faham bahawasanya destinasi utama kita adalah akhirat, yang mana menjadikan Aqidah dan prinsip-prinsip Tauhid, ‘panduan’ kita ke destinasi akhirat.

[box type=”shadow”]Dari Ibn Umar r.a., katanya : “Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara.’

Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati.”

(HR. Bukhari)[/box]

Program ini akan dijalankan di Hotel Everly, Putrajaya pada 9 Disember hingga 14 Disember 2014. Anda semua boleh daftar di laman sesawang www.imuslim.my/jof dan di situ terdapat pelbagai maklumat lanjut mengenai program ini.

Antara penceramah yang akan memberikan ilmu yang cukup bermanfaat kepada semua peserta program Journey of Faith ini adalah:

Sheikh Dr Muhammad Salah
Topik: Foundation Aqidah

Sheikh Dr Ahsan Hanif
Topik: Ulum Quran
Sesi Quran untuk lelaki

Sheikh Abdulbary Yahya
Topik: True Manhaj of a Muslim

Sheikh Shady Al Suleiman
Topik: 99 Names & Attributes of Allah SWT.

Ustadha Salma Shokri
Sesi Quran untuk perempuan

Sessi Tarbiyah Istimewa
Sheikh Tariq Appleby
Sheikh Abdulaziz Ahmed Ateik
Sheikh Zoubir Bouchikhi
Sheikh Dr Isam Rejab
Sheikh Hussain Yee

Pendaftaran

Kos Pembelajaran (termasuk Penginapan + Makanan + Bahan Belajar)

Bilik Seorang – RM 2,000.00 atau USD 700.00
Bilik berdua – RM 1,600.00 atau USD 550.00

Skim pembayaran secara Tunai, Pay Pal, Money Gram, dan Telegraphic Transfer (TT) diterima untuk pendaftaran program Journey of Faith ini.

iMuslim - The Journey of Faith

Bagi sesiapa yang ingin sertai program yang hebat selama enam hari ini, boleh hubungi:

admin@imuslim.my
Nurhadi Zainol
Nombor tel (Whatsapp) – 0166327911
Emel: nurhadi@imuslim.my

Alamat :
4-2-2 Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam, Selangor

Laman sesawang @ media sosial
www.imuslim.my
www.facebook.com/imuslimmy
www.twitter.com/imuslimmy
www.instagram.com/imuslimmy


Spread the love

339 Comments

  1. program yang sangat mulia, saya suka dengan program ini, sebab tujuan dri program ini untuk menggapai dunai akhirat, semoga Allah Swt melancarkan usaha anda gan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!