Muhasabah Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Ramadhan sudah masuk bahagian ke dua meninggalkan bulan Rahmat dan memasuki bulan Pengampunan. Masih banyak lagi azam bulan Ramadhan seperti dalam entri “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan bulan Pembebasan dari api neraka”  yang masih belum dilaksanakan. Janji ALLAH SWT setiap amalan sunat di bulan Ramadhan ganjarannya sama dengan amalan Fardu manakala setiap amalan Fardu ganjaran berlipat kali yang hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.

Tembok barat Masjid Al Aqsa
Tembok barat Masjid Al Aqsa

Semuga aku tidak menjadi manusia yang rugi kerana mengikut sabda Rasulullah SAW, “Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan“. Terlalu banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk hambanya di bulan Ramadhan cuma kita sering mengabaikan kerana semuanya abstrak. Seandainya semua ganjaran dalam bentuk wang ringgit pasti kita berkejaran untuk mendapatkannya.

Di akhirat kelak matawang yang diterima dan dipandang tinggi di sisi ALLAH SWT hanya pahala tidak Ringgit Malaysia, Rupiah Indonesia atau Dollar Amerika. Bulan Ramadhan ada saat yang paling sesuai untuk mengumpul Pahala sebanyak yang boleh sebagai bekalan di akhirat kelak yang perjalannya tiada noktah.

Ini adalah Muhasabah Ramadhan untuk diri aku sendiri yang selalu lalai dengan keindahan dunia yang sementara. Ramadhan 1433H belum pasti milik aku.


Spread the love

96 Comments

  1. semoga Ramadhan yang mulia ini, kita semua bisa meraih derajat Taqwa, amin
    ayo mari kita kejar amalan harian kita, tilawah, taraweh jangan lupa

  2. sedih..kejap je bulan ramadhan dah nak habis. Tahun ni tak dapat nak menikmati bulan ramadhan sungguh2..kalau lah ramadhan ni setahun, kan best..

    1. Mari bersama kita tingkatkan iman dan taqwa kita pada Alloh SWT.
      Kita tingkatkan pula syukur kita karena memasuki hari yang ke 11 di Ramadhan 1432 H.

      Kita berdo’a semoga ibadah di 10 hari Ramadhan yang lalu membuahkan hasil, yakni menjadikan kita sebagai manusia muttaqin. Amin.

      Terlebih, kita bermohon mengharap pada Alloh SWT agar Ia menerima dan meridhoi amal kita. Amin. Sejenak kita melihat ke belakang, menuju hari pertama Ramadhan 1432 H ini.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tema dan Logo 66 Tahun Indonesia MerdekaMy Profile

      1. Jika semua sisi kehidupan kita adalah sesuai dengan yang diperintahkan Alloh SWT, maka kita benar-benar menjalankan amanah dari Sang Rabb. Amanah untuk ibadah adanya. “Wama kholaktul jinna wal insa illa liyak budu…” adalah amanah dari Alloh SWT kepada jin dan manusia untuk beribadah.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tema dan Logo 66 Tahun Indonesia MerdekaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!