Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, punyalah sibuk dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 sehingga terlupa nak promosi Malaysia Social Media Week (MSMW2014). MSMW2014 adalah antara majlis yang wajib dihadiri oleh Rakan Blogger yang bercita-cita untuk menjadikan Blogger sebagai kerja profesional. Yuran memang agak mahal tetapi berbaloi dengan ilmu yang dikongsikan dan paling penting network baru dari berbagai negara. Inshaa Allah team Denaihati akan berkampung pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre. Kalau ada rezeki dapat tiket percuma macam tahun lepas pasti akan dikongsikan dengan pembaca setia.
Terbaca juga beberapa status di Facebook yang mempersoalkan syarat untuk menang anugerah mesti menulis dan mempromosi MSMW2014. Lain orang lain pandangannya, bagi aku tak ada salahnya syarat tersebut kerana blog yang masuk anugerah percuma tak perlu bayar satu sen pun tetapi kalau menang memang menakjubkan penjenamaan blog yang diperolehi. Blog ini tak ada bezanya dengan produk dan perkhidmatan kalau sudah ada jenama lebih senang nak mengandakan pendapatan. MSMW awards memang banyak jasa kepada blog Denaihati begitu juga kepada blog-blog lain yang pernah menang MSMW awards.
Untuk MSMW2014 awards aku hanya mencalonkan akaun instagram Denaihati untuk katogeri “best micro blog“. Ramai juga kawan-kawan rapat yang masuk dalam katogeri yang sama antaranya SantapanMinda, Eizil786, AnarmNetwork, CikguNaman, AkmaOmar, Shakiddo, MelastikBintang dan ramai lagi boleh tengok kat SINI (sokonglah kawan-kawan kita). Alhamdulillah sejak mencalonkan akaun instagram Denaihati follower bertambah melebihi daripada jumlah gambar .. kalau dulu gambar lebih banyak dari follower. Ini pun satu lagi jasa MSMW walaupun tak menang anugerah dapat tetap dapat faedah pejenamaan blog. (Pening juga bila ada yang tanya apa maksud mikro blog).
[box type=”shadow”]Makna Mikro blog adalah suatu bentuk blog yang memungkinkan penggunanya untuk menulis teks pembaharuan singkat yang biasanya kurang dari 200 karakter dan mempublikasikannya, baik untuk dilihat semua orang atau kelompok terbatas yang dipilih oleh pengguna tersebut – Wikipedia. [/box]
Secara umumnya sambutan nominasi anugerah MSMW2014 kurang meriah terutama untuk beberapa katogeri niche blog khusus. Seperti dua tahun sebelum ini katogeri “best lifestyle blog” yang paling banyak menerima pencalonan. Paling seronok dengan senarai pencalonan ini kita dapat blogwalking banyak blog menarik yang terlepas pandang sebelum ini terutama untuk katogeri “best travel blog” dan “best foodie blog”. Bertambah semangat nak berkongsi pengalaman mengembara di blog kembara Denai.my.
10/2/2014 adalah hari terakhir untuk mengundi blog sahabat-sahabat yang dicalonkan dalam berbagai katogeri MSMW2014. Berikan satu undi anda kepada blog yang paling anda suka untuk setiap katogeri. Kalau nak undi lebih kenalah daftar akaun MSMW lain dengan email lain. Jasa satu undi yang anda bagi mungkin akan mengubah nasib rakan blogger tersebut dan pasti ada balasan baik juga dari ALLAH untuk anda.
Berjumpa kita pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mendengar ilmu dari speaker MSMW yang hebat antaranya Julian Quinn, Scott Eddy, Dr. Serkan Toto, Asha Phillips dan ramai lagi. Tak rugi kita korban sedikit wang dan masa untuk mengubah masa depan kerjaya kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya. Semuga kita akan menjadi blogger profesional yang memberi manafaat kepada dunia.
72 Comments
Bagi saya awards sebegini dapat membuka minda rakan blogger untuk mula tumpukan niche blog bagi membantu dari segi isi penulisan dan penjenamaan….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Senarai Produk YEO’S Pilihan Semulajadiku
Menarik ini…
Betul..boleh menjenamakan blog kita kan… 🙂
Curahan rasa business news @ ..Use Toy Clearance Sales to Save Money
tahniah awal-awal dulu kepada yang bakal menang nanti.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Kenapa cikgu tak nak ajar kelas kami lagi?
semoga berjaya bro denaihati 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Liverpool 5 Arsenal 1: Terkejut Beruk Aku
Assalam…
Memang benar bukan satu masalah syarat yg ditetapkan, FOC sahaja org promote blog kita jadi win win situation kita sama-sama promosikan juga huhu
Saya ucapkan good luck kepadaa semua yang di nominate dan juga kepada Tuan Hj Denaihati.
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Kekuatan Social Media Dalam Pemasaran
Kenapa gua tak perasan, 10hb last undi ek?
Curahan rasa Bro Framestone @ ..7 Cara Untuk Menegur Tanpa Buat Orang Kecil Hati
aku pun hampir ter mis ingatkan 15/2 nasib baik check balik tu yg sempat buat entri ni
saya tak dapat join,saya doakan moga denai hati terus success…
Curahan rasa Jamian Sarif @ ..Program Tahun Melawat Malaysia – Feb 2014
tak sabar menanti keputusan 🙂
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Bengkel Lanjutan dan Asas Pencahayaan di Taman Saujana Putrajaya
Selamat berjaya pada tuan Dh utk kategori micro blog. Satu undi saye utk insta tuan. =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Senarai 25 Pemain Kebangsaan Kendalian Ong Kim Swee?
Mohon pihak Denaihati Network sponsor satu tiket untuk saya sertai majlis ni, teringin sangat nak pergi kalau ada rezeki Alhamdulillah 🙂
Pihak MSMW2014 telah beri peluang kepada blog untuk dicalon dan pada sama mereka juga melantik juri profesional untuk menilai blog secara teknikal selain mendapat undian tertinggi. Bagi saya ia adalah adil. Standard dan piawaian oleh pihak juri menentukan kualiti blog yang layak diangkat sebagai pilihan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Malaysia Social Media Week 2004 undi sudah bermula
Setujulah sgat.
Penilaian juri profesional amat penting ditambah dgn undi telus drp peminat mereka yg dicalonkan =)
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Mudah Bakar Kalori Untuk Suami!
Menarik ini…
Betul..boleh menjenamakan blog kita kan
Curahan rasa hanif @ ..Selangor Penyumbang Tinggi Denggi?
Pasti nanti satu hari akan menjejakkan kaki ke majlis ini nanti
Curahan rasa hafiz @ ..Suku akhir pertama Piala FA 2014 JDT vs Kedah FA
Kalau masih di peringkat hobi, boleh sertai?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Perkara Yang Pasti Tiada Moga Lagi.
Tiada masalah bro. Rasanya mmg semua dialukan2 untuk turut serta =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Senarai 25 Pemain Kebangsaan Kendalian Ong Kim Swee?
Terbaik lah! Kalau dah tercalon MSMW2014 syukur alhamdulillah.. Menang lagi best! 🙂
Lani sibuk sikit, nak korbankan masa untuk full time blogging ni belum sampai seru lagi kot. Btw selamat berjaya
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Permainan Flappy Bird, Apa Yang ANDA Perlu Tahu?
Comments are closed.