Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, harini team Denaihati bersama beberapa rakan blogger bersama-sama menghadiri Malaysia Social Media Week 2015 (MSMW2015) yang diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Ini merupakan tahun keempat Malaysia Social Media Week 2015 diadakan, alhamdulillah pada tahun ini Denaihati Network menjadi Strategic Partner untuk acara media sosial yang sentiasa mendapat perhatian ramai penggiat media sosial. Tahun ini ramai penceramah-penceramah yang memang bergiat aktif dalam pelbagai platform media sosial berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelbagai sesi.
Acara MSMW 2015 telahpun bermula sejak 21 April, namun hanya pada 22 April Social Media Summit berlangsung.
Crowd Sourcing / Funding Campaign
Perkongsian pertama adalah daripada Andrew Chow. Andrew Chow telah bercerita dan berkongsi bagaimana proses untuk melakukan Crowd Funding atau pengumpulan dana daripada orang ramai boleh dilakukan. Ianya melibatkan 10 kata kunci utama yang perlu dititikberatkan. Boleh rujuk perkongsian 10 perkara ini dalam Perkongsian 10 perkara melibatkan crowd sourcing:
Walaupun nampak mudah, namun ianya adalah perkara yang perlu dilakukan dengan disiplin dan berhati-hati.
Rumusan untuk perkongsian oleh Andrew Chow adalah seperti dalam gambar di bawah.
Damage Control on Social Media
Kemudian perkongsian mengenai bagaimana menguruskan krisis dalam social media. Sesi forum yang melibatkan empat orang penceramah melibatkan proses bagaimana kita boleh menguruskan krisis yang berlaku dalam sosial media.
Antara perkara yang paling penting adalah untuk kita perlu bina perhubungan dalam jangka masa panjang, kenal pasti punca masalah, tidak memberikan maklumat palsu, minta maaf apabila perlu dan cuba untuk elakkan daripada perkara yang sama akan berulang.
Kaedah untuk menguruskan krisis ini berbeza mengikut keadaan, namun tips utama yang diberikan adalah apabila kita sentiasa berhubung dengan followers atau peminat akaun media sosial kita, kebanyakan krisis ini akan dapat diuruskan dengan lebih mudah.
Perkongsian selepas itu, melibatkan C Level Executive yang berkongsikan pandangan dan pengalaman mereka mengendalikan media sosial untuk jenama-jenama yang besar. Ini melibatkan membina perhubungan dengan para pelanggan dan perkara yang berkaitan.
Bloggers Jam & Break
Ini murupakan sesi yang menarik perhatian saya sebagai blogger. Sesi ini dikendalikan oleh Tuan Khairul, seorang peguam, penulis dan usahawan. Panel jemputan terdiri daripada seorang blogger dari singapura, blogger mandarin dari penang dan juga joe sebagai aktivis media sosial dari J Play.
Perkongsian pengalaman bagaimana Grace Tan yang berhenti kerja hanya kerana ingin memberikan sepenuh perhatian dalam aktiviti penulisan blog. Satu skop penjanaan pendapatan yang tidak pernah lagi saya cuba adalah, dengan membuat temuramah sesetengah pihak, dan proses itu melibatkan aktiviti yang dibayar oleh pihak yang ditemuramah.
Selepas ini bolehlah rakan-rakan blogger mencuba juga teknik ini. Selain itu, perkongsian blogger Mandarin, Sock Peng memberikan semangat, bagaimana walaupun kita membuat kelainan, contohnya menulis dalam bahasa mandarin, ia bukanlah sebab mengapa blog kita tidak boleh berjaya. Yakin dengan apa yang kita lakukan, insyaALLAH kita akan mendapat faedah selepas itu.
Joe atau menggunakan twitter id @klubbkidd berkongsi pengalaman bagaimana beliau bermula dengan platform blog pada sekitar tahun 2002 sebelum berpindah ke Twitter untuk aktiviti media sosial beliau. Sehingga kini, banyak projek-projek yang telah beliau usahakan bersama jenama besar seperti Blackberry.
Satu pesanan daripada Joe, Be a trend setter.
Personalizing or Going General
Perbincangan dalam slot ini melibatkan sama ada kita perlu menggunakan pendekatan personalize ataupun secara general. Ini merupakan strategi pemasaran untuk perniagaan kita menggunakan media sosial. Terdapat kelebihan dan perbezaan dari segi pengurusan sekiranya kita ingin memilih pendekatan personalize, general atau gabungan keduanya.
Pendekatan yang melibatkan aspek personal, kebiasaannya akan membolehkan kita untuk kecilkan skop pasaran kita dan lebih spesifik. Ini akan memberi kelebihan dari segi pengurangan kos pemasaran dan perkara berkaitan. Berbeza pula dengan skop pemasaran general yang kebiasaannya akan melibatkan modal yang lebih besar.
Penting untuk kita mengetahui pasaran yang ingin kita tembusi, atau kita akan melakukan pembaziran wang, tenaga dan masa melakukan kempen pemasaran yang kurang sesuai dengan produk atau perkhidmatan kita.
Berakhirlah hari pertama Social Media Summit di MSMW2015. Perkongsian hari pertama ini memberi sudut dan ruang pandang yang baru dan segar untuk kempen-kempen yang akan dijalankan kelak. InsyaALLAH kita akan sambung perkongsian untuk hari kedua dalam artikel berasingan.
35 Comments
Sosial media zaman sekarang memang sangat bermanfaat sekali jika kita pintar-pintar melihat peluang. banyak bisnis yang sukses hanya dengan bermodal media sosial.
Hari pertama pun nampak menyeronokkan. Pasti banyak info yang sangat berguna. 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Apa Rahsia Vitamin Shaklee Bertahan Lebih Lama?
Assalammualaikum…
best dapat join event macam nie… dan dapat berjumpa dengan barisan penceramah yang hebat2 dan blogger yg hebat2.. tahniah buat team denaihati yang sentiasa berusaha mengembangkan dunia blogging masakini… moga tuan sukses selalu… orait . Keep up…
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Kisah Ummul Banin Puteri Abdul Aziz bin Marwan
Banyak info pemasaran yang berguna dalam post kali ini terutama penggunaan media sosial.
Curahan rasa rahimah @ ..17 Pemandangan Di Pulau Nami Ketika Musim Luruh Yang Mengasyikkan
ini sebagai motivasi hidup untuk kita semua di dalam dunia blogger, jujur saya kagum terhadap mereka.
Curahan rasa fendi @ ..VIVA LA VIDA-COLDPLAY
Selalu menyimak setiap update artikel terbaru mas … Salam sukses selalu dari Indonesia ….
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Cara Menghaluskan Wajah Dengan Smart Blur
Info yang sangat menarik- perkongsian daripada mereka mampu memberikan inspirasi kepada kita!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Elak Pedih Mata Ketika Memotong Bawang Merah
perkongsian yang membina… ini bermakna berblog tidak hanya menulis.. banyak perkara nak kena kuasai… perjalanan masih jauh… (harap miod tidak kelaut dalam lagi… hehe
Curahan rasa potia casadelarossa @ ..Tawaran Istimewa Kupon Diskaun di iprice
Terima kasih sudi berkongsi info Tn. DH. Dapatlah mereka yang tak hadir mengetahui banyak maklumat yang menarik untuk mempertingkatkan lagi diri dan blog masing-masing.
Curahan rasa myliferia @ ..Kurus Tidak Bermakna Kita Sihat!
Hehe..tak berpeluang lagi untuk ke sini..insyaAllah..satu masa nanti..hehe
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Susah Menjahit Baju Sebenarnya
MSMW setiap tahun memang terbaik!! Aktivis media sosial sepatutnya datang dan menimba ilmu di sini…
Curahan rasa KiD @ ..Hikmah Ibadah Aqiqah
Tengok tajuk2 pon dah nampak menarik belaka..walaupun saya sendiri tak kenal penceramahnye..
Curahan rasa zara @ ..Cara Mengatasi Sembelit Bayi Yang Teruk Dengan Urutan
Perkongsian daripada penceramah-penceramah yang bergiat aktif dalam pelbagai platform media sosial, pastinya membuka mata ramai pihak terhadap pengaruh media sosial dalam menaikkan jenama, populariti dan perniagaan…Tahniah buat team Denaihati Network yang telah memeriahkan MSMW 2015…
Curahan rasa Anuar @ ..Nasi Lemak Pandan Restoran Pak Ya Nasi Pandan, Metro Pengkalan, Pusing Perak
hebat belaka mereka nie, saya kena benyak belajar lagi nie
Curahan rasa kertaspaper @ ..Tertib Cara Solat Aneh di Madinah
sharing yang sangat best… boleh diapplykandi dalam penulisan blog .. semoga dunia blogging malaysia akan mencapai satu tahap yang tinggi
Curahan rasa haridah @ ..Bagaimana untuk mendapatkan kulit yang cantik, tanpa menggunakan produk.
Comments are closed.