Asslamualaikum dan selamat sejahtera,
Bantuan demi bantuan yang dihulurkan oleh pendakwah bebas tanah air Malaysia, Ustaz Ebit Lew kepada orang susah. Akhlak yang ditunjukkan oleh beliau membuka mata masyarakat untuk terus membantu lebih ramai lagi.


Malah, beliau menghulurkan bantuan tidak kira agama dan bangsa. Ada sahaja yang ingin dibantu kepada mereka yang memerlukan. Itulah sifat dermawan yang ditunjukkan seorang insan yang hebat.
Menerusi perkongsian terbaru di laman Intagram miliknya, Ustaz Ebit Lew tampil membelikan sebuah motosikal baharu dan menghadiahkan kepada satu keluarga daif yang pernah menyentuh hati ramai apabila motosikal mereka terbakar ketika dalam perjalanan meminta bantuan di Johor.


Sebak rasa baca pasal abang oku bersama 2 anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Abang polis johor cuba bantu beliau. Terima kasih Polis Johor. Syukur ramai datang bantu.
Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja. Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga disitu. Beras dan barang dapur dari elewsmart
Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya.Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kasih walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini-ebitlew
Dalam kejadian tersebut, tiga beranak Orang Asli di Johor itu menaiki motosikal sebelum ianya terbakar dan menjadi tular di media sosial.
Difahamkan kejadian berpunca apabila motosikal yang ditunggang oleh bapa bersama dua anak lelakinya itu mengeluarkan percikan api di bahagian enjin, selain mereka tersesat jalan ketika dalam perjalanan.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat Allah hantar insan yang hebat yang selalu membantu orang susah. Didoakan semoga Allah membalas jasa dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Ustaz Ebit Lew. Terima kasih Ustaz.
Sumber: Ebit Lew
- Kita bertemu ini kerana ALLAH sayang kita, Liz peluk Islam di program Keluarga Sunnah Ustaz Ebit Lew
- Bergilir-gilir Tukar Seluar Sukan Dengan Adik, Netizen Prihatin
- Sebak tengok bangsal pasangan ini dan anak comel ini, Ustaz Ebit Lew
- “Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan”, terima kasih Ustaz Ebit Lew
- iPhone 4 – gadget terbaru yang mengiurkan
5 Comments
Terrific article! This is the kind of information that should be shared around the
internet. Disgrace on the seek engines for now not positioning this put up upper!
Come on over and discuss with my website .
Thanks =)
moga ramai lagi orang baik hati dan kaya raya seperti Ebit Lew..
nanti ramai juga orang dalam kesusahan boleh dibantu
Curahan rasa mrhanafi @ ..11 rahsia untuk kekal bahagia
Memang bagus betul laa Ustaz Ebit Lew dan team ni. Membantu yang amat memerlukan. Patut jadi contoh
Curahan rasa Geng Borak @ ..Tony Fernandes Jadi Penghantar Makanan AirAsia Food
Mari kita tiru kebaikan ini. Tidak mampu berbuat banyak seperti Us Ebit, buatlah semampu kita. Ada sahaja kebaikan yang boleh dibuat jika kita mahu membuatnya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Sesiapa Sahaja Bebas Berniaga Di Wilayah Persekutuan Tapi Hendak Berniaga Apa?
Sangat kagum dengan apa yang telah dibuat oleh ustaz Ebit. Dia contoh ikutan terbaik buat generasi muda masa kini. Semoga kita juga dapat berbuat seperti yang dia buat.
Curahan rasa Sabah Malaysian Borneo @ ..Imago Shopping Mall Kota Kinabalu Tour (46 Photos)
Comments are closed.