Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah baca entri “15 Tips MeningkatkanTrrafik Blog“. Tips no 11 mengalakkan penulis jemputan menulis di blog anda. Kali ini Afiq Aiman tuan punya blog FokusBlogger.com menjadi penulis jemputan di blog Denaihati. FokusBlogger.com blog status PR1 penuh dengan informasi Tip Blogging Terbaik untuk rujukan semua Rakan Blogger. Teruskan membaca rasa hati Afiq Aiman :
Hari ini mengikut amanz.my, domain .com yang berdaftar adalah sebanyak 98 juta dan dijangkakan melangkaui 100 juta tidak lama lagi. Angka ini hanya melibatkan blog dan juga laman web yang menggunakan domain .com sahaja. Jika dicampur bersama domain .net, .my, dan lain- lain, sudah tentu angkanya lebih besar. Ini menunjukkan pasaran blog dan juga laman web semakin meningkat hari demi hari.
Ramai yang mula menceburi bidang blogging – sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Ramai juga yang takut untuk mencubanya. Ini kerana adanya mitos-mitos dalam blogging yang memberi impak kepada seseorang itu. Antaranya :
1. Mudahnya Buat Duit Dengan Blog
“Jana pendapatan hanya dari depan laptop”
Siapa tak nak? Sudah tentu ramai yang angkat tangan mengatakan “Saya nak!”. Perkara normal yang berlaku dalam masyarakat sekarang.
Salah satu cara untuk jana pendapatan online adalah dengan blogging. Tetapi anda perlu tahu, kejayaan untuk buat duit dengan blog bukan datang hanya selepas 24 jam blog anda wujud di internet. Anda perlukan masa yang lama. Ya, anda boleh buat duit dengan blog. Ianya fakta! Ramai blogger yang menjana 4 angka sebulan hanya dari blog. Tidak kurang ada yang menjana 6 angka setahun. Tetapi cuba anda tanya mereka, berapa lama tempoh yang mereka ambil untuk sampai ke tahap itu? Anda boleh agak jawapannya.
2. Pembaca Bencikan Iklan
Anda suka lihat iklan yang terpapar di blog? Jika iklan di blog anda, tentu anda suka – ada iklan = ada income untuk bulan ini, kan? Bagaimana jika di blog lain?
Jika saya sebagai pembaca, saya tidak kisah sekiranya pemilik sesuatu blog letakkan iklan di blog. Tetapi, biarlah tersusun dan juga tidak menutup kandungan di sidebar blog – terutama yang meletakkan iklan tergantung. Pengiklanan adalah hak pemilik blog tetapi blog adalah hak pembaca. Jadi, anda perlu bijak mengatur strategi. Jangan sampai pembaca lari dari blog anda hanya disebabkan perkara remeh temeh.
3. Kejayaan Blog Datang Dari Trafik Yang Besar
Tidak…tidak… Kejayaan sesebuah blog tidak boleh diukur hanya dengan trafik yang diterimanya. Trafik yang besar hanya mempengaruhi pendapatan anda dengan Innity, Nuffnang, dan Google Ads. Kejayaan blog berdasarkan beberapa faktor. Antaranya:
- Komuniti – kejayaan sesebuah blog membina pengaruh (komuniti) tersendiri
- Komunikasi – Kejayaan sesebuah blog mewujudkan komunikasi berkesan antara pemilik dan juga pembaca blog
- Profesional – Bagaimana pemilik blog menguruskan blog secara profesional
Bagaimana anda mengukur kejayaan sesebuah blog pula?
4. Blogger Wajib Post Setiap Hari
Ini satu lagi mitos dalam dunia blogging. Blogger tidak perlu post setiap hari. Bergantung mengikut kesesuaian anda. Yang penting post itu berkualiti dan memberi manfaat/informasi berguna buat pembaca, itu sudah memadai. Yang paling bagus ialah penghasilan post berkualiti dalam kuantiti yang banyak.
Bagi saya, jangan “mengajar” blog anda terbitkan post baru setiap hari. Mungkin anda post setiap hari untuk menjaga ranking, trafik dan sebagainya. Bagaimana jika suatu hari nanti anda sibuk dan tidak sempat untuk terbitkan post baru selama seminggu/sebulan? Ini akan memberi kesan buruk terhadap ranking dan juga trafik blog.
Betulkah Mitos Di Atas?
Sekarang anda tentukan sama ada mitos di atas betul atau tidak. Mungkin anda ada hujah tersendiri tentang perkara ini. Ayuh kita bincangkan di bawah.
241 Comments
sy juga bkn blogger post entry setiap hari…wawawa…hehe…
good info afiq! tq
Curahan rasa Lorna @ ..Remy Ishak akhirnya akui menyintai…
semua di atas betul 🙂
Curahan rasa puanbee @ ..Sinopsis Adam Dan Hawa
Info berguna. terima kasih daun keladi.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Maharaja Lawak Mega di Astro Warna
semua mitos diatas ini dalah benar….
abg denaihati….umm saya daa antr email tubus ganjran semalam…bila boleh dapat???
Curahan rasa amie7834 @ ..Baru Niat Sudah Dapat Pahala
Kalau betul caranya dalam tempoh 7 hari dapat lah tapi kalau cara tak betul memang tak akan dapat. Cara yg betul ada tertulis dalam link Cara Untuk Claim Rewards yg ada pada setiap akhir semua entri. Masih ada yg tak faham cara walau telah diingatkan berkali2 tapi ramai yg faham, memang tip top sebab diorang teliti membaca.
saya xfaham yang klik button untuk claim reward…yang emel dan maklumat sudah saya sendkan..:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
Saya sudah dua kali claim, tapi mungkin salah… jadinya seperti itulah. Tapi nggak masalah, yang penting tetap berkunjung kesini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Say NO to HALLOWEEN
saya xfham yang claim reward…adakah bila cukup point kena tekan claim reward pastu baru send maklumat????begitukah…sbb saya yang claim reward xtahu mcm mner maklumat sudah saya send pada abg denaihati…:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
Bro DH patut buat tutorial bagaimana proses nak claim
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
Kalau nak claim rm100 @ 25000 points kena post macam ni ke
nama,
no hp
no akaun maybank
jumlah points yang di claim
ke email [email protected].
or
nama, no hp (pre paid), jenis telco (Celcom/Maxis/Digi), jumlah prepaid dan jumlah points yang di claim ke email saya [at] denaihati [dot] com.
sebab nak claim rm100 kan, Mana ada jumlaj prepaid
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
klau nk claim duit buat mcm yg atas la..yg bwh tu klau nk claim prepaid..
saya paling benci kalau iklan menutupi post…
Curahan rasa manmala @ ..Jip Tentera Yang Boleh Terbang Dicipta
Ada juga kebaikan dan keburukan hari-hari post entri terbaru kat blog,mungkin lepas ni komited dengan kerja,hanya post 2 atau 3 hari sekali.Untuk iklan pula,iklan melayang tu memang ganggu pelawat yang pertama kali ke blog,tapi kalau boleh letak iklan di sidebar atau bawah entri dengan kemas dan tersusun.
Curahan rasa wazy @ ..Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH
tu la. kebnapa la tak susun je elok2 -.-
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
cara saya mengukur kejayaan sebuah blog adalah sampai sejauh mana Admin blog tersebut bisa membangun Network yang besar dengan visitornya seperti halnya blog DH ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Finalis dan Pemenang Miss Celebrity Indonesia 2011
satu lagi mitos..kebnykkan org benci bounce rate..tp sebnarnya bounce rate tinggi ade kelebihannya.. 🙂
Curahan rasa bumilangkawi @ ..Hello world!
btul tu…..rgilah kalau org bncie mndew nie..
Curahan rasa amie7834 @ ..Baru Niat Sudah Dapat Pahala
Nak tahu juga kelebihan bounce rate yg tinggi ni. Boleh kongsikan ke?
Bounce rate tinggi x bermaksud website kita x menarik @ x popular..Bergantung kpda jenis blog…bounce rate tinggi lebih efektif kepada bisnes @ produk2 sbgai cth homestay..dimana semua visitor akn dpt mklumat hanya dlm satu page aka landing page…
Apa pun ni pendapat sy shja..hehe
masih tak faham bounce rate ni
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
dulu ada pernah tulis pasal ni, bounce rate tinggi tak semestinya tak bagus. Contoh kalau macam bro denaihati buat blog post promote product dari website lain macam eQurban ke. Sudah tentu bounce rate tinggi lagi bagus jika traffic bounce ke eQurban, masuk jer post tu ramai yang tekan link eQurban, kan bagus tuu..
Bukan persoalan samaada bounce atau tidak, tetapi lebih kepada bounce ke mana.
Curahan rasa zuls @ ..About Experiment in Making Money
Yup. Nak tahu juga apa kelebihan dia
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
Entahla..masih samar-samar lagi.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Kebaikkan Bounce Rate Tinggi
Saya biasanya kesal kalau berkunjung ke sebuah blog yang postingannya ditutupi dengan iklan melayang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Perfect House
setuju tu Bang Iwan…
Curahan rasa manmala @ ..Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia
biasanya mintapun klik sekali untuk menghilangkan
Curahan rasa munir ardi @ ..Hiduplah Bersahaja dan Rendah hati
Memang annoying Gila kan
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
kesal sangat. entah apa2
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
sudh menjadi reality…:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Baru Niat Sudah Dapat Pahala
bergantung. takde masalah kalau nak kejar trafik atau duit. Cuma kalau tak dapat, jangan salahkan orang lain.
kejayaan blog, salah satunya memang dari trafik yang besar. itu memang tidak dapat dinafikan. kalau mahu buat duit, trafik mesti tinggi. takde, kirim salamlah nak buat duit. blog denaihati ni pun..bergantung juga pada trafik yang besar. triknya berjaya. sekarang, lihat. denaihati..dah berjaya buat duit dengan blognya. ramai yang tak tahu denaihati punya blog yang lain. hoho..
komuniti tu bagi aku bonus dan juga backup. kalau ada, memang bagus. tak ada pun tak apa. ada orang jenis hit dan run. ramai blogger malaysia jenis hit dan run.
setiap orang ada cara nak berjaya dengan blog. pandangan mereka juga berbeza. bagi aku, takde salahnya. nak guna cara mana. janji depa bahagia. haha..
Curahan rasa titan @ ..Dendam Chong Wei berbalas
network besar. komuniti besar..masyuk la..tu yang kita capai kan? hehehe
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..4 Langkah Install Microsoft Office 2007 Di Ubuntu 11.10
Bilalah nak dapat network yang besar ni
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Halloween
boleh punya. bro steward kan hebat haha
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Jika betul caranya, mitos diatas boleh berlaku.
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Waffle Mudah dan Ringkas
jika apa yg disebutkan itu mitos, blogger kena belajar bongkar mitos tersebut rasanya
Curahan rasa neo @ ..Penulisan Blog – 13 Senarai Semak Artikel Anda
bgi tahu dengan lebih jelas dan terperinci….
Curahan rasa amie7834 @ ..Baru Niat Sudah Dapat Pahala
rase tu bukan mitos.. itu la reality.. tiada myth or mystery or mitos in blogging…
Curahan rasa Pereman @ ..Why We Hates Americans ?
btul tu…:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Baru Niat Sudah Dapat Pahala
Dua-dua kot
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
Comments are closed.