Misteri FIFA #worldcup 2010 siapa yang terkena

Salam 1Malaysia, pertama-tamanya aku nak ucap jutaan terima kasih kepada Kak Jie yang sudi buat review Blog Denaihati bertajuk Hidup Indah Denaihati.com. Semalam ketika aku buat survey tanah di Sg Mati, Muar aku asyik tersedak-sedak je rupanya ada beberapa teman sedang bercerita tentang perihal aku lanjutan daripada review Kak Jie ni. Ada yang mulanya sangka aku ni perempuan dan memang sampai sekarang pun aku masih dapat email-email dan twitter yang gelar aku kakak … kakak pun kakak lah tapi yang paling gelihati ada yang ingat aku ni suami Kak Jie … emmmm marah nanti abangnya yang kat Algeria tu. Dan ramai yang kata aku ni misteriiiiii…… (kena sebut ala Zainal dalam Misteri Nusantara, TV3)

[ad#advertlets468]

Semenjak FIFA worldcup 2010 berhenti rehat pasti ramai yang senasib dengan aku tidak dapat melelapkan mata kerana sudah sekian lama berjaga malam menonton perlawanan worldcup. Pertandingan sudah pun masuk pusingan suku akhir dan pasukan yang tinggal untuk berjuang adalah Germany, Brazil, Netherlands, Ghana, Uruguay, Argentina, Paraguay dan Sepanyol. Aku mungkin tak berkesempatan nak menonton pusingan suku akhir yang akan bermula pada 2/7 kerana sedang dalam Kembara Sumatera (ikut secara LIVE di http://facebook.com/denaihati) yang telah dirancang lebih awal. Harap-harap bolehlah aku menonton dengan menggunakan iPhone 3GS melalui kemudahan Astro B.player.

Gambar dari Fifa.com

5 pasukan daripada 10 pasukan pilihan teman-teman blogger untuk juara Piala Dunia masih bersaing hebat iaitu Germany, Brazil, Netherlands, Argentina danΒ Sepanyol. Maaf ya aku tak sempat nak senaraikan blog yang masih bernafas berjuang untuk hadiah RM1000(Ada yang nak sponsor hadiah tambahan lagi ke?), semua yang dah kirimkan link dalam tempoh ditetapkan diterima sebagai peserta contest. Semalam PA partner aku gelakkan aku bila aku kataΒ Netherlands bakal jadi juara Piala Dunia 2010. Jadi kita tunggu sama-sama dengan penuh debaran siapakah bakal terkena …ha ha ha ..jangan aku dah lah.

Oklah aku nak bersiap-siap ke LCCT nak terbang ke Sumatera. Kepada yang terlepas contest pilih Juara Piala Dunia masih ada peluang untuk menang Laptop dan TV LCD 42″ joom join contest Watch and Tweet to win anjuran Astro.com.my.

[ad#advertlets336]

279 Comments

            1. @Maryam Jamilah, Yer la.. dah yang lain tu bekas2 juara, gergasi dalam arena ni, mana la dorang pandang sangat team lain pulak.. hehe

    1. @Anazkia, sumatera ke pekanbaru, pelalawan, sg kampar, pulau penyalai, pulau tanjung batu, pulau tanjung batu. kok mbak denaihati …ha ha ha.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!