Misteri Dunia Blogging

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kata-kata seorang teman pengiat media massa katanya kalau bukan kerana media massa pasti ramai tidak mengenali Redmummy, Beautifulnara, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan Yuyu Zulaikha. Katanya lagi ramai yang menjadikan mereka idola dan motivasi untuk menulis blog.

Teringat komen Kak Jie dalam satu diskusi di Group FB Denaihati katanya ada wartawan yang menghubungi beliau untuk menggunakan beberapa tulisan blog beliau yang bagus untuk dikongsikan kepada masyarakat tetapi tidak pulak pernah nak interview beliau masuk media massa . Itulah antara misterinya dunia blogging.

Kita mungkin tidak puashati dalam banyak hal dan mempunyai perbezaan pendapat seperti dalam perbincangan paling panjang dalam sejarah Groub FB Denaihati yang ada lebih 150 komen yang berkualiti di SINI. Tapi akhirnya suara kita tidak didengari kerana kita hanya umpama buih-buih kecil di lautan. Apabila Blogger tidak bersetuju dengan pendapat wartawan maka akan disingkir dikatakan kolot sedangkan Blogger lain tergila-gila nak masuk surat khabar dan apa kuasa kita? Masa akan menentukan ..

Tertarik dengan pendapat Blogger Azman Ishak yang merupaka salah seorang sifu aku .. memang tabik dengan beliau yang sentiasa ada pendirian :

Salam hormat dan salam cerita rakan-rakan semua.  ooo… ok.. baru paham cerita dia. hahaha… what so ever. dalam dunia internet ni, apa yang saya boleh cakap:

  1. you can be what ever you wanna be.
  2. kalau anda malas.. tiada orang akan tolong push anda.
  3. makin dilarang.. makin orang nak buat.
  4. anda takut keluar dari kepompong.. jangan salahkan alam sebab nampak anda seekor ulat yang buruk rupa paras dia.
  5. tiada kejayaan untuk mereka yang malas!
  6. rambut sama hitam.. keyboard jenama lain-lain.
  7. peluang hanya datang untuk mereka yang rajin.
  8. diluah orang marah.. bila ditelan.. makan sorang-sorang nama dia.
  9. kadang-kadang, kita merupakan batu loncatan untuk kejayaan orang lain.
  10. bukan semua orang senang tengok kejayaan kita

NOTA: ini pendapat peribadi saya.. 10 kesimpulan yang saya buat setelah lama berkecimpung dalam dunia blogging.

Blogger Ensem

Ini pulak pendapat Encik Titan yang sudah lama bergelumang dalam dunia blogging :

sebab bagi gua, untuk jadi full time blogger, tak perlu gi event atau join anugerah awards. full time blogger, maksudnya..dia boleh survive alone without need to go any event. Makna lain, dia boleh buat duit untuk periuk nasi dia tetiap bulan. Contoh cam Gobala Krishnan, Patric Chan, Rohaizad, Shuth Wangcyber, Neu dan lelain lagi. Tapi jika nak jadi celebrity blogger, itu lain ceritanya.. sebab bila sape2 dah jadi full time blogger yang berkaliber..orang lain sendiri akan nominated kita kat mana-mana anugerah dan orang tu sendiri tak perlu minta undi. Sebab tu gua selalu cakap, nak undi..undi pada orang yang lu rasa layak untuk menang. Tak layak, toksah ngada nak undi. Contoh terbaik, Mat Luthfi. Ada dia minta orang undi dia? Tup, tup. Menang.

Encik Titan Cendol

Kenapa aku bawa pendapat Kak Jie, Azman Ishak dan Encik Titan … sebabnya mudah kerana mereka orang lama dalam dunia blogging yang kita kena dengar dan hormat pendapat mereka. Kekadang kita sudah salah tarikat dan terasa kita betul sehingga tak nak dengar pandangan orang yang sudah melalui berbagai sepak teranjang dalam dunia blogging. Tapi bukan juga bermakna pendapat kita salah. Jangan lupa Blogger Broframestone dan Amanz yang banyak ilmu tetapi kalau tak ditanya tak kan mereka nak menunjuk-nunjuk. Tabik pada diaorang ni walaupun dah lama blogging tapi tak pernah letih belajar dan terus belajar.

Ramai juga Blogger yang confuse teringin nak menjadi Blogger yang berjaya tetapi tidak tahu mana nak mula, tidak tahu apa nak buat dan paling malang tidak sabar untuk berjaya. Ingat pesan Kak Jie untuk menjadi Blogger yang berjaya Blogger mesti rajin membaca. Kejayaan Blogger bukan hanya di index dengan pendapatan  atau berapa kerap masuk media massa kerana Blogger ada dunia tersendiri yang sangat luas potensinya kalau Google dan Facebook dijadikan contoh.


Spread the love

132 Comments

  1. saya sudah ada blog lebih 8 tahun..
    tapi disebabkan tak serius.. main main, gini la jadi nya.. dan sekarang ingin kembali semula ke alam blog dan kenal lebih ramai kawan.. target dalam blogger ni, hanya kongsi ilmu dan kenal ramai kenalan.. dari segi jana duit, itu bonus dan rezeki Allah…
    Curahan rasa Datin Tyka @ ..Abang Tu JahatMy Profile

  2. saya meminati blogging sebab minat membaca, saya hanya tulis pasal gajet, komputer dan teknologi sebab amat minat membaca mengenai kedua-dua topik.

  3. pada saya, untuk jadi seorang blogger (proffesional blogger) kita perlukan masa. bukan 1-2 tahun, tapi mungkin 5 tahun paling minima untuk betul-betul yakin dan tahu ke mana arah sebenar kita nak pergi dalam dunia blogging ni. depends on niat awal-awal.

    memang ada sesetengah orang, niatnya nak popular. jadi, dia buat cara tersendiri untuk capai objektif tu. ada orang, memang tak nak popular, jadi dia buat cara dia sendiri. berbeza-beza.

    ada sesetengah blogger gagal dan give up dalam dunia blogging sebab dia tak minat dalam penulisan atau research (mungkin). macam saya, sepanjang hampir 5 tahun berblog memang ada masa naik ada masa jatuh tapi sebab memang minat dalam bidang penulisan/perkongsian maklumat/business online/research on internet materials bla bla bla jadi tak menjadi masalah. KEY untuk tidak stress dalam dunia blogging ialah MINAT. hehehehehe

    panjangnyer komen aku -…………-
    Curahan rasa Lizz @ ..Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 1My Profile

  4. Menjadi blogger berjaya dalam definasi sebenar memang sukar kalau tidak ada ilmu dan pengalaman. Dua perkara yang boleh dapat menerusi pembacaan.

    Kak Kujie hebat. Dalam menulis cerita, diselitkan informasi berguna, yang pastinya dapat dari pembacaan, dan pengalaman sendiri sambil kuis-kuis teknik SEO tersendiri.

    Dalam bercerita ada nada kasih dan sayang yang buatkan pengunjung blog terus terusan singgah dan baca.
    Curahan rasa hasrulhassan @ ..Rahsia Kejayaan Seorang Blogger SebenarMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!