Misteri Dunia Blogging

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kata-kata seorang teman pengiat media massa katanya kalau bukan kerana media massa pasti ramai tidak mengenali Redmummy, Beautifulnara, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan Yuyu Zulaikha. Katanya lagi ramai yang menjadikan mereka idola dan motivasi untuk menulis blog.

Teringat komen Kak Jie dalam satu diskusi di Group FB Denaihati katanya ada wartawan yang menghubungi beliau untuk menggunakan beberapa tulisan blog beliau yang bagus untuk dikongsikan kepada masyarakat tetapi tidak pulak pernah nak interview beliau masuk media massa . Itulah antara misterinya dunia blogging.

Kita mungkin tidak puashati dalam banyak hal dan mempunyai perbezaan pendapat seperti dalam perbincangan paling panjang dalam sejarah Groub FB Denaihati yang ada lebih 150 komen yang berkualiti di SINI. Tapi akhirnya suara kita tidak didengari kerana kita hanya umpama buih-buih kecil di lautan. Apabila Blogger tidak bersetuju dengan pendapat wartawan maka akan disingkir dikatakan kolot sedangkan Blogger lain tergila-gila nak masuk surat khabar dan apa kuasa kita? Masa akan menentukan ..

Tertarik dengan pendapat Blogger Azman Ishak yang merupaka salah seorang sifu aku .. memang tabik dengan beliau yang sentiasa ada pendirian :

Salam hormat dan salam cerita rakan-rakan semua.  ooo… ok.. baru paham cerita dia. hahaha… what so ever. dalam dunia internet ni, apa yang saya boleh cakap:

  1. you can be what ever you wanna be.
  2. kalau anda malas.. tiada orang akan tolong push anda.
  3. makin dilarang.. makin orang nak buat.
  4. anda takut keluar dari kepompong.. jangan salahkan alam sebab nampak anda seekor ulat yang buruk rupa paras dia.
  5. tiada kejayaan untuk mereka yang malas!
  6. rambut sama hitam.. keyboard jenama lain-lain.
  7. peluang hanya datang untuk mereka yang rajin.
  8. diluah orang marah.. bila ditelan.. makan sorang-sorang nama dia.
  9. kadang-kadang, kita merupakan batu loncatan untuk kejayaan orang lain.
  10. bukan semua orang senang tengok kejayaan kita

NOTA: ini pendapat peribadi saya.. 10 kesimpulan yang saya buat setelah lama berkecimpung dalam dunia blogging.

Blogger Ensem

Ini pulak pendapat Encik Titan yang sudah lama bergelumang dalam dunia blogging :

sebab bagi gua, untuk jadi full time blogger, tak perlu gi event atau join anugerah awards. full time blogger, maksudnya..dia boleh survive alone without need to go any event. Makna lain, dia boleh buat duit untuk periuk nasi dia tetiap bulan. Contoh cam Gobala Krishnan, Patric Chan, Rohaizad, Shuth Wangcyber, Neu dan lelain lagi. Tapi jika nak jadi celebrity blogger, itu lain ceritanya.. sebab bila sape2 dah jadi full time blogger yang berkaliber..orang lain sendiri akan nominated kita kat mana-mana anugerah dan orang tu sendiri tak perlu minta undi. Sebab tu gua selalu cakap, nak undi..undi pada orang yang lu rasa layak untuk menang. Tak layak, toksah ngada nak undi. Contoh terbaik, Mat Luthfi. Ada dia minta orang undi dia? Tup, tup. Menang.

Encik Titan Cendol

Kenapa aku bawa pendapat Kak Jie, Azman Ishak dan Encik Titan … sebabnya mudah kerana mereka orang lama dalam dunia blogging yang kita kena dengar dan hormat pendapat mereka. Kekadang kita sudah salah tarikat dan terasa kita betul sehingga tak nak dengar pandangan orang yang sudah melalui berbagai sepak teranjang dalam dunia blogging. Tapi bukan juga bermakna pendapat kita salah. Jangan lupa Blogger Broframestone dan Amanz yang banyak ilmu tetapi kalau tak ditanya tak kan mereka nak menunjuk-nunjuk. Tabik pada diaorang ni walaupun dah lama blogging tapi tak pernah letih belajar dan terus belajar.

Ramai juga Blogger yang confuse teringin nak menjadi Blogger yang berjaya tetapi tidak tahu mana nak mula, tidak tahu apa nak buat dan paling malang tidak sabar untuk berjaya. Ingat pesan Kak Jie untuk menjadi Blogger yang berjaya Blogger mesti rajin membaca. Kejayaan Blogger bukan hanya di index dengan pendapatan  atau berapa kerap masuk media massa kerana Blogger ada dunia tersendiri yang sangat luas potensinya kalau Google dan Facebook dijadikan contoh.


Spread the love

132 Comments

  1. sebab itu perlu adanya satu tempat atau platform seperti denaihati network group untuk kita sesama blogger bersuara atau berkongsi pendapat, kalau ada yang tak mahu berkongsi pendapat atau rasa pendapat dan fahaman dia jer betul, dia sangat2 malang
    Curahan rasa sweetkurma @ ..isteri curang suami pun curangMy Profile

  2. tiap orang betul kerana dia melihat dari sisi diri dia
    kalau orang lain ada pendapat , dia melihat dari sudut yang dia faham, mungkin tak sempurna tetapi kadang² pendapat dari pelbagai sudut itu dapat melengkapkan dan memambah baik sesuatu perkara…

    cumanya…………. dari sudut mana pula kita yang menerima pandangan orang lain. itu juga mempengaruhi orang lain untuk menjadi tulus dan terus terang.
    Curahan rasa Kujie @ ..Kali Kedua Ke Pameran Raja Kita Muzium Diraja Istana NegaraMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!