Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Antara kekuatan yang kita semua rasakan dalam hidup ini pastinya apabila dikurniakan kesihatan yang baik.
Bagi orang yang diuji dengan masalah kesakitan, sudah pasti tubuh badan mereka lemah, kurang selera makan, malah untuk menguntum senyuman juga terasa berat.
Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan sihat itu juga adalah satu amanah dalam hubungan manusia dengan Allah SWT.
Terdapat mutiara kata daripada ulama iaitu: “Akal sihat berada pada tubuh badan yang sihat.” Ia juga selaras dengan tujuan Islam menyarankan umatnya sentiasa memelihara agama, akal, jiwa, harta dan keturunan.
Dalam konteks melaksanakan ibadat solat misalnya, semestinya tubuh badan sihat membolehkan seseorang itu berupa melaksanakan solat yang dituntut dengan lebih sempurna.
Begitu juga dengan ibadat puasa, memerlukan kesihatan yang baik untuk berpuasa sepanjang hari. Selain itu, ibadat haji juga memerlukan kekuatan fizikal untuk melaksanakan semua rukun haji.
Sebab itu, apabila dikurniakan kesihatan yang baik, kita perlu menjaga dan ‘mempersembahkan’ setiap ibadat dengan baik.
Bukan saja dapat melengkapkan ibadat wajib, malah yang sunat juga tidak ditinggalkan.
Jika tidak berusaha ke arah itu, ia satu kerugian besar kerana kita tidak tahu satu masa nanti kita diuji dengan penyakit. Ketika itu amalan yang hendak dilaksanakan pastinya tidak sebaik ketika masih sihat.
Benar ada yang mengatakan, manusia akan merasa sesuatu nikmat itu apabila kita kehilangannya. Terlalu banyak nikmat yang kita peroleh daripada Allah SWT sebagai bukti kebesaran-Nya, cuma terlalu sedikit manusia mengucapkan rasa syukur.
Dalam Surah an-Nahl, ayat 18, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Pastikan setiap kali selepas solat, jadikan doa yang wajib kita ungkapkan kepada Allah SWT adalah supaya diberikan kesihatan yang baik.
Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’
Rasulullah SAW menyambung:
“Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.”
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)
Boleh baca mengenai Khasiat kunyit hitam BlackG dan Rahsia kunyit hitam.
Wallahu’alam. Dah baca? klik share 🙂
kredit : hmetro
20 Comments
Terima kasih kepada penulis yang menulis artikel itu
sihat adalah mahal, dan ia tetap mahal. tetapi menjaga adalah cara yang paling murah sebelum kita perlu dirawat.
Oleh itu marilah kita menjaga kesihatan ini
kesihatan adalah harta karun yang paling mahal untuk kita, bayangkan ketika anda sakit, berapa banyak nikmat yang hilang dari kami dari kesenangan makan, minum, menyembah untuk menikmati senyuman.
Saya berharap dengan membaca artikel ini semua orang boleh mengekalkan kesihatan mereka dengan baik
kesihatan adalah hadiah paling besar yang Tuhan telah berikan kepada kita semua, tanpa makan yang kurang enak dan ibadah terasa sangat berat. oleh itu tugas utama kami adalah untuk melakukan perbuatan baik sebelum penyakit itu datang dan tentu saja menjaga kesihatan juga
terima kasih kerana berkongsi perkara ini,
Dengan kesihatan tubuh badan yg sihat , kita dapat melakukan ibadat dengan mudah .
Bukan melakukan ibadat dengan mudah je, nak wat keja lain un rasa seronok je ,
happy je
Curahan rasa sakinah @ ..Cara Daftar Agen dan Dropship Tasneem Naturel
Menjaga kesihatan itu sangat penting! Terima kasih atas sharing. Sangat bermanfaat terutama dalam situasi wabak sekarang ni
Curahan rasa Shafida Saiman @ ..Anak Batuk Selsema? Dapatkan Balm Dari Stokis Tasneem Naturel Ipoh
Terdapat mutiara kata daripada ulama iaitu: “Akal sihat berada pada tubuh badan yang sihat.” Ia juga selaras dengan tujuan Islam menyarankan umatnya sentiasa memelihara agama, akal, jiwa, harta dan keturunan.
Dalam konteks melaksanakan ibadat solat misalnya, semestinya tubuh badan sihat membolehkan seseorang itu berupa melaksanakan solat yang dituntut dengan lebih sempurna.
Curahan rasa ummu @ ..Stokis Tasneem Naturel Ipoh Perak
betul sekali dengan menjaga kesehatan merupakan bentuk syukur kita tentang amanah yang di kasihkan kepada kita..
Curahan rasa Kapsul diet sehat @ ..Cara Pesan Drw Skincare Purworejo
Ye. Sememangnya kita wajib untuk menjaga kesihatan kita supaya kita lebih selesa untuk beribadah kepada Nya
Amanah yang nampak senang untuk dijaga tapi sebenarnya susah dan kena istiqamah.. semoga kita semua diberi kesihatan yang lebih baik
Curahan rasa JMR @ ..Tak Rugi Baca: Nasihat Untuk Isteri Bila Suami Minta Izin Kahwin Lagi.
Aminnn YRA. Semoga kita semua sentiasa sihat dan boleh melakukan ibadat dengan sempurna. insyallah
Curahan rasa RN @ ..Nama Dan Gelaran Boleh Mempengaruhi Sikap Kita
menjaga kesehatan dengan olah raga teratur, pola makan yang sehat bentuk rasa syukur kita kepada Allah swt karena sudah memberikan kesehatan
Curahan rasa drw skincare @ ..Cara Pesan Drw Skincare Purworejo
Sebab itu, apabila dikurniakan kesihatan yang baik, kita perlu menjaga dan ‘mempersembahkan’ setiap ibadat dengan baik.
Curahan rasa RN @ ..Nama Dan Gelaran Boleh Mempengaruhi Sikap Kita
Betul setuju dengan post bro, kesihatan adalah amanah dan merupakan tanggungjawab. Terbaik, Terharu dengan post ni, teruskan menulis ye bro.
Alhamdulillah terima kasih, Semoga mendapat serba sedikit mengenai entry kali ini. Jangan lupa share pada kawan-kawan yang lain ye
Curahan rasa RN @ ..Nama Dan Gelaran Boleh Mempengaruhi Sikap Kita
betul, kesihatan yang baik adalah satu anugerah. duit banyak, tapi kalau tak sihat, tidak bermakna.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji
Sihat itu nikmat, kaya juga nikmat. Beruntunglah orang yang mendapat kedua-duanya. Hanya insan terpilih sahaja yang akan mendapat kedua-dua nikmat ini.
Curahan rasa RN @ ..Nama Dan Gelaran Boleh Mempengaruhi Sikap Kita
Saya sangat setuju. Kita semua harus selalu sehat agar ibadah pada Allah pun dapat berjalan dengan lebih lancar dan khusu
Berapa banyak manusia yang ditipu oleh usia sihat sehingga melengah-lengah ibadah kerana menunggu usia tua untuk betul-betul melakukan amal ibadah tetapi apabila sampai ke usia tua, dia pun sakit
Curahan rasa RN @ ..Nama Dan Gelaran Boleh Mempengaruhi Sikap Kita
waalaikumussalam. sangat setuju. bila ditarik sikit ja nikmat sihat, masa tu terasa sia-sia tak pedulikan kesihatan 🙁
Curahan rasa umi nazrah @ ..Ubat Antiviral dan Vaksin Influenza Untuk Wabak Influenza A
“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya : Sihat dan kelapangan (masa lapang).”
HR Al Bukhari
Curahan rasa RN @ ..Nama Dan Gelaran Boleh Mempengaruhi Sikap Kita
Comments are closed.