Menguji kemahiran berblog.

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah ramai juga yang menyahut cabaran kemahiran berblog sambil berkongsi ilmu dan muhasabah diri saling mengingati antara satu sama lain untuk kebaikan dunia dan akhirat. kebetulan dalam tempoh yang sama google juga telah update pagerank secara besar-besaran dan melalui komen di entri “google update pagerank Jun 2011” ramai rakan blogger yang tersenyum lebar apabila PR blog naik. Paling best banyak blog dah naik status menjadi blog PR4. Tahniah semua dan bagi yang belum jangan kecewa inilah peluang untuk kita menguji kemahiran berblog dengan berbagai teknik yang ada.

Kepada rakan blogger yang telah menyahut cabaran berblog untuk keywords Isra dan Mikraj sila sreenshot jumlah trafik yang terkumpul dari 12.00am 28/6/2011 sehingga 11.59pm 29/6/2011. Semua rakan blogger layak samada menggunakan analisa trafik google analytics, getclicky, nuffnang atau sebagainya. Entri baru atau lama tak kisah janji untuk tajuk khas Isra Mikraj.

Contoh srceenshot trafik entri Isra dan Mikraj

Entri Isra Mikraj yang menerima trafik yang tertinggi akan menerima hadiah dari blog denaihati :

1. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 1-3 akan menerima hadiah senaskah buku “Ziarah ke Alam Barzakh” untuk setiap seorang.

2. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 4-6 akan menerima hadiah senaskah buku “Ajaibnya Sedekah” untuk setiap seorang.

Cabaran kemahiran berblog ini terbuka untuk semua blog yang buat entri Isra Mikraj dan tak perlu nak daftar atau sebagainya. Yang perlu hanya tinggalkan link bukti screenshot trafik entri di ruangan komen. Maklumkan kepada semua rakan blogger yang ada buat entri Isra Mikraj ya. Inilah masa menguji kemahiran berblog.

Cabaran ditutup tepat jam 11.59pm 1/7/2011.

Dah daftar ke akaun Paypal kalau belum klik banner ni ..

[ad#Paypal]


Spread the love

65 Comments

  1. Punya saya turun drastis gan.. waduh parah nih..
    bagaiman nih cara memulihkan lg supa bisa kembali semua. bantuanya gan..:)

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!