Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak kebelakangan ini, ramai yang mula buka mata untuk membina blog untuk perniagaan dan jenama mereka. Namun masih ramai yang keliru mengenai laman sesawang (website), blog dan lain-lain jenis laman yang berada di dunia digital masa kini. Asasnya semuanya adalah laman sesawang.
Di bawah laman sesawang, terbahagi pula kepada pelbagai jenis laman, antaranya seperti :
- laman syarikat @ korporat
- laman peribadi
- laman blog
- laman forum
- laman social seperti facebook
- laman jualan atau ecommerce
- dan pelbagai lagi jenis laman.
Semua laman ini mempunyai fungsi yang tersendiri, ada juga yang menggabungkan pelbagai fungsi untuk menjadikan laman yang mempunyai fungsi pelbagai. Disebabkan perkara ini, adalah penting untuk kita mengenalpasti mengapa kita membina sesuatu laman tersebut.
Keperluan membina laman sesawang dan blog pada masa kini
Laman sesawang adalah perkara penting yang perlu kita bina sekiranya perniagaan yang kita bangunkan akan bertahan untuk lebih daripada setahun. Andai kita menguruskan perniagaan jangka masa singkat, keperluan laman sesawang ini mungkin tidak sepenting andai kita ingin membina perniagaan jangka masa panjang.
Laman sesawang berfungsi sebagai pemudah cara dan penyampai maklumat kepada sesiapa yang ingin mengenali perniagaan kita. Pendedahan mengenai kepentingan mendapatkan produk atau perkhidmatan kita boleh disusun dengan rantaian artikel atau medium pelbagai seperti audio, video dan gambar.
Semua ini boleh dilakukan dengan mudah dan teratur. Perancangan artikel dapat di buat sekiranya kita telah mengenalpasti siapa pelanggan kita dan apa masalah yang ingin mereka selesaikan.
Permasalahan dalam bentuk penceritaan kehidupan seharian
Apabila kita menyediakan artikel, fokus pada masalah-masalah yang dihadapi oleh pelanggan kita. Mereka mungkin belum mengenali lagi produk keluaran kita. Namun mereka ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi dan masalah itu boleh diselesaikan menggunakan produk kita.
Penceritaan masalah ini akan memberikan kita ruang dan peluang untuk membina perhubungan awal. Bakal pelanggan kita mencari secara rawak dalam Google. Mereka ingin mengatasi masalah yang dihadapi, dan sekiranya penceritaan kita itu dekat dengan apa yang mereka alami, di sini bermulanya sesi perhubungan antara dua pihak, kita dan pembaca.
Situasi yang pelbagai akan memudahkan kita untuk bercerita. Apabila menulis artikel, fokus kepada apa yang pembaca alami, bukan fokus semata-mata pada ciri-ciri produk atau perkhidmatan kita. Bercerita seakan kita memang mengambil berat mengenai masalah yang mereka sedang hadapi.
Perbanyakkan artikel sebegini, kita akan dapat mendominasi pasaran enjin carian seperti Google dengan lebih mudah. Kenalpasti apa masalah yang berkaitan dan mula menyediakan penyelesaian-penyelesaian mudah untuk mereka. Ada yang melibatkan produk kita secara langsung, dan tak kurang tips-tips yang mereka boleh beli bahan sendiri untuk dijadikan ramuan.
Blog sebagai pengantara yang mudah diurus
Blog sebenarnya hanyalah salah satu daripada jenis laman yang boleh kita bina. Blog ini sifatnya mudah, ianya melibatkan rantaian artikel yang adakalanya berkaitan dan ada ketika yang lain berdiri sendiri. Susun atur artikel dalam konsep blog memudahkan pembaca untuk membuat rujukan dalam topik yang mereka minati.
Artikel boleh kita klasifikasi kepada kategori-kategori tertentu, ini memudahkan para pembaca untuk membaca dan mempelajari topik tersebut dengan secara teratur. Apabila artikel ini disusun dengan baik, kesannya adalah untuk jangka masa panjang.
Enjin carian seperti Google cukup gemar meneliti artikel yang ditulis dengan baik dan diatur dengan kedudukan yang tersusun. Semua ini adalah sesuatu yang akan memberikan impak yang positif untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Apabila penulisan kita dekat dengan pembaca, ianya akan membuatkan pembaca melekat di laman kita untuk satu tempoh yang lama.
Ianya juga akan memberikan impak dari sudut membina kredibiliti dan penjenamaan untuk jangka masa panjang. Proses membina blog ini memerlukan masa dan usaha yang banyak, namun kesannya memang luar biasa untuk sesiapa yang mengusahakannya.
Andai hari ini, anda masih belum mempunyai laman sesawang dan blog, bolehlah mulakan dengan mendaftarkan nama domain berkaitan dengan perniagaan atau jenama anda.
50 Comments
Banyak kan berkongsi tips dan info di blog. Memudahkan orang untuk mencari maklumat di enjin carian. Itukan dapat memudahkan cara. Secara tak langsung tambah saham pahala automatik.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Email Marketing Tools 2017 Percuma yang anda patut cuba dan guna
Betul…entri di blog boleh dibuat carian semula dan dirujuk bila-bila masa.
Curahan rasa isma @ ..Review Set Mengandung Premium Shaklee : Kisah Benar Ibu HB Rendah
Entri di blog boleh diulang-ulang baca dan mudah untuk di cari semula. Sememnagnya channel yang sangat bagus.
Selalu je usha usha blog ni. Banyak tips yg bagus dan bermanfaat kpd org ramai dan mereka boleh gunakan. Good job bro. !
blog memang pemasaran terbaik untuk jangkamasa panjang. kena sabar je la. sementara usaha hari2
Curahan rasa raihanah @ ..Omega Guard Minyak Ikan Terbaik
Blog ni mula nak buat rasa berat, susah. Tapi bila dah biasa , seronok sangat. Kalau datangkan hasil, lagi bertambah seronok😊
Curahan rasa Sithy @ ..Pengalaman Puan Yaya Dan Puan Azlinda Menaikkan HB Dengan Set Kehamilan Premium Shaklee
penjenamaan perlu untuk pergi jauh, sebab tuh blog makin lama, bila kita update secara berkala, traffic akan naik sikit demi sedikit..
Curahan rasa zik @ ..Live streaming malaysia u23 vs Brunei u23 sukan sea 14.8.2017
Usahawan yang serius memang menjadi satu kemestian mengwujudkan blog atau website.
Alhamdulillah…
Saya sudah ada blog… Dengan blog yang saya ada telah membantu saya untuk mengiklankan homestay saya menerusi enjin carian google.
Curahan rasa Anuar @ ..3 Cara Buat Duit Melalui UBER!
Keseronokan menulis blog ialah apabila kita dapat menempatkan artikel blog kita di page pertama enjin carian menerusi keyword-keyword tertentu yang kita sasarkan…
Curahan rasa Anuar @ ..3 Cara Buat Duit Melalui UBER!
Lepas ni orang yang ada masalah tempat tinggal ketika bercuti hanya perlu google sahaja, semuanya dihujung jari.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Hebatlah encik annuar kerana dapat konsisten menulis diblog. Memang wajar dicontohi.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
memang sebuah modal blog telah memberi banyak buat saya perjalanan ke luar negeri uang sahabat dan banyak lainnya tetapi memang perlu sedikit lebih berusaha keras untuk berjaya dalam dunia blog
Curahan rasa web guru tech @ ..Resep Puding Santan Manis dan Gurih
Blog perlukan masa. Ye setuju. Kena sabar sebab sudah terbukti kesannya sangat luar biasa. Dari dulu hingga kini.
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Memang benar…blog merupakan pelaburan jangka panjang.
Entri terbaru zainab – Tips mencegah kanser
Memang ambil masa, 2 bulan belum tentu. Nak cepat boleh gunakan kaedah berbayar..
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Hari ini kawan mengulang -ulang membaca perengan yang Ada tulis.
“sekiranya penceritaan kita itu dekat dengan apa yang mereka alami”
Mudah-mudahan kawan boleh selalu melakukanya untuk membantu pelayar -pelayar internet yang sedang mencari maklumat .
Curahan rasa onlajer @ ..Beli Vacuum Dry and Wet Carpet Cleaner terbaik untuk kediaman anda.
Betul , blog merupakan pelaburan jangka panjang. Anda buat anda dapat.
Insyaalah.
Benar! Medium blog adalah medium terbaik. InsyaAllah. Rasai impaknya, jangan tunggu lagi 😉😉
Curahan rasa Ayu @ ..SET KEHAMILAN SHAKLEE- VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL @ IBU MENGANDUNG
Blog mudah dijumpai di Google untuk pengguna yang tiada akaun Facebook.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kalau Sudah Tahu Kenapa Datang Seminar
kita ingat semua orang dah ada FB, rupa-rupanya ramai lagi yang tak register FB, lebih suka google..tu belum kira yng dah register tapi lupa password FB kan hehe
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Menjadi keperluan juga kepada usahawan yang ingin turunkan kos pemasaran dengan menggunakan retargeting dan custom audience.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Comments are closed.