Mencari kehidupan hijrah 1432

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari sudah melangkah di penghujung 1431 dan akan menjejaki hijrah 1432. Apakah pencapaian yang boleh kita banggakan sepanjang hijrah 1431? Masa akan terus berdetik sepanjang 1432 tanpa menoleh kebelakang dan setiap masa yang pergi tidak akan kembali walaupun jutaan dollar mampu kita bayar.

Jika 1431 adalah tahun kejayaan maka pastikan 1432 tahun yang lebih berjaya dari tahun sebelumnya. Mungkin kejayaan mencari harta, pangkat, kedudukan, jodoh atau zuriat.

Cuma sekadar ingin berkongsi pesanan. Selangkah kita mencari Allah berkali langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita.

Segala rezeki yang kita cari adalah dari Allah untuk Allah. Hanya sebahagian dari rezeki yang kita dapat adalah milik kita dan yang lain milik Allah yang perlu kita beri melalui infaq, sedekah dan zakat kepada yang perlu. Seringgit rezeki yang kita kembalikan kepada Allah seikhlas hati akan dibalas Allah dengan rezeki yang berlipat ganda dengan harta, kebahagian dan kesihatan insyallah. Itulah kelebihan hidup untuk memberi.

Begitulah kasihnya Allah kepada hamba yang mencari Nya.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

173 Comments

  1. Salam maal hijrah dari keluarga yanmieonline.com, moga tahun nie lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya buat kita semua…insyaallah.

  2. Hijrah amat terkenal di kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah dan juga merupakan tarikh permulaan pengiraan tahun Islam. hijrah juga amat adalah perpindahan bilik di asrama saya,,dari blok b3 ke b1. heheheheh
    Curahan rasa secantikmanis @ ..SHAWL BATIKMy Profile

    1. Dengan begitu, setiap kita sebagai insan beradab melakukan perbaikan dalam pelbagai lini kehidupan sebagai cerminan semangat hijrah dan menyambut tahun baru Islam dengan membuka lembaran baru yang lebih baik di hari-hari mendatang.

  3. Salam Maal Hijrah 1432H dari profhariz.com.. Dengan masuknya Tahun Baru 1432H pada esok 06 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharram 1432H bulan pertama dalam tahun islam.

    Semoga ada satu penghijrahan yang besar dalam diri kita, keluarga kita serta masyarakat pada tahun baru, bulan baru dan hari baru pada 1432 Hijrah ini.. InsyaAllah..
    Curahan rasa ProfHariz @ ..Maal Hijrah 1432H – Peristiwa Penting Dalam MuharramMy Profile

  4. “Segala rezeki yang kita cari adalah dari Allah untuk Allah”. hehe suka ayat nie, amat bermakna dan hakikatnye memang camtuelaaa, segala nikmat yang diberi tue bertujuan untuk tolong kita buat pahala.

  5. Salam,
    Ni kali pertama tingal komen kat sini,
    Hijrah merupakan satu perjuangan yang maha berat, hinggakan Nabi Muhammad SAW sendiri megatakan :
    Perang Badar:
    “Sesungguhnya kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan besar.”

    Sahabat bertanya: “Peperangan apa Ya Rasulullah?”

    Rasulullah bersabda: “Peperangan melawan hawa nafsu.”
    Curahan rasa dnoBiz @ ..Selamat Tahun Baru 1432 HijrahMy Profile

  6. Salam Maal Hijrah wat Denaihati..

    Sy da join contest “Hidup untuk memberi” tapi tidak tersenarai dlm blogroll anda..hanya 98 blog yg tersenarai dlm contest tersebut..sy berasa sgt hampa. mungkin de blog2 yg lain juga, yg baru join contest ni pon blom tersenarai lg.

    yang prihatin,
    nass
    Curahan rasa nass @ ..Taman Orkid KLMy Profile

    1. Jangan risau bila sudah berdaftar pasti akan dikira peserta. Buat masa ini masih belum sempat update senarai kerana masih berada di luar negara.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!